Sunday 22 July 2012

1 Ramadhan 2012/1433H Bersama Irfan Khairi

Pada 1 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012 buat pertama kalinya saya dapat berpuasa dengan Sifu Irfan Khairi ketika menghadhiri kelas kedua kursus DIMS 2nd batch. Saya ingin mencatatkan peristiwa ini sebagai salah satu peristiwa manis yang tak dapat saya lupakan dalam hidup saya.

Hanya ini saja gambar-gambar yang sempat saya rakamkan disebabkan sibuk mendengar lecture yang disampaikan oleh lecturer kami Sifu Irfan Khairi di AeU, Kuala Lumpur ini.

Enjoy the pics ;)

Walaupun berpuasa Sifu Irfan Khairi tetap bersemangat memberikan lecture kepada kami.

Sifu Irfan Khairi dari dekat (maaf blurr sikit). Topik hari ini iaitu topik kedua bagi Kursus Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing di AeU Kuala Lumpur ialah membina Laman Web yang menjual.


Sifu Irfan Khairi menjawab salah satu pertanyaan dari salah seorang pelajar.


Kami beratur untuk mendapatkan dummy domain,  username & password untuk latihan praktikal membina laman web pada waktu petang nanti yang akan di kelolakan oleh krew Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) En Zul dan En Putera.

Kami semua berada di Tingkat 20, Main Building, Asia eUniversity, Kuala Lumpur. Sebelum kelas kami bermula pada pukul 9.30pagi, kira-kira pukul 8.30pagi Sifu Irfan Khairi masih berada dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara live di TV1, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

4 comments:

  1. Tak sangka ada jurusan diploma Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing ditawarkan.

    Saya nyaris hendak ambil diploma SHO tetapi terbantut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada, memang bagus sangat. Kalau minat, cakaplah kat saya ;)

      SHO tu apa ek?

      Delete