Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Wednesday, 23 January 2013

Kekurangan Vitamin D Pada Kanak-kanak Gemuk

Vitamin D dibentuk dibawah kulit apabila kulit anda terkena cahaya matahari. Selain dari itu makanan seperti  cendawan shitake & butang, ikan sardin, tenggiri, salmon, tuna dan ikan sembilang juga mengandungi Vitamin D.

Vitamin D menjalankan pelbagai fungsi yang penting dalam badan anda termasuklah pembangunan dan pembentukan tulang. Satu kajian menujukan kanak-kanak yang gemuk mengalami kekurangan vitamin D sehingga 50%. Remaja belasan tahun  yang gemuk memerlukan lebih Vitamin D berbanding rakan mereka yang lebih kurus.

Kanak-kanak dan remaja belasan tahun yang gemuk menyerap Vitamin D ke dalam lemak pada badan mereka dan menghalangnya dari digunakan & badan mereka hanya mampu menggunakan 50% dari Vitamin D berbanding rakan sebaya mereka yang lebih kurus.

3 Cara Untuk Mengatasi Masalah ini ialah:
  1. Jika anak anda gemuk, bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan ujian tahap Vitamin D.
  2. Hidangkan susu rendah lemak kepada anak-anak anda.
  3. Pastikan anak-anak anda bergerak untuk menjauhkan diri dari tv dan pergi bermain di luar untuk mendapatkan senaman (latihan fizikal) dan Vitamin D percuma dari pancaran matahari.
Kawal berat badan anak-anak anda sebagai salah satu faktor untuk mengelakkan kekurangan Vitamin D.

Tuesday, 2 October 2012

Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?

Pertelingkahan antara kanak-kanak hanya perlu diperhatikan, hanya masuk campur bila keadaan menjadi ganas.
Kanak-kanak memang tak dapat dielakkan daripada bergaduh atau konflik. Selalunya ibu bapa akan masuk campur dan meleraikan perbuatan tersebut. Menurut pakar, ibu bapa tak sepatutnya masuk campur dalam pergaduhan anak-anak mereka sebaliknya hanya berdiam diri dan memerhati sahaja.

Ibu bapa hanya perlu menghentikan pergaduhan bila mereka sudah mengata atau mengejek dengan kata-kata yang melampau atau bila berlaku pukul-memukul (physical contact) yang membahayakan.

Ibu bapa perlu mencari punca pergaduhan tersebut dan menasihatkan cara-cara untuk mengatasinya. Ajar mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suara yang rendah, biarkan pihak lawan bersuara dan jangan sekali-kali memekik/menjerit. Ini akan membentuk cara mereka bersuara/berdebat di masa dewasa nanti.

Kanak-kanak perlu bergaduh untuk pembentukan personaliti & mengasah kemahiran sosial mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah bila berada dalam sesuatu komuniti. Mereka juga akan belajar cara menerima kekalahan dan kemenangan dalam kehidupan.

Monday, 1 October 2012

5 Langkah Keselamatan Penting Untuk Kanak-kanak

Keselamatan diri anda semasa kecemasan mungkin terletak ditangan anak anda yang masih kecil.
Keselamatan diri dan keluarga mungkin bergantung kepada kecekapan dan kepandaian seorang anak yang masih kecil.

Walaupun masih kecil pastikan anak-anak anda tahu apa yang perlu dibuat semasa kecemasan untuk keselamatan orang sekeliling dan diri kanak-kanak itu sendiri seperti ahli keluarga jatuh sakit, kemalangan, kanak-kanak itu sendiri hilang seperti di pusat membeli-belah, di pantai, di kawasan keramaian seperti ekspo, pamiran, majlis dan sebagainya.

Antara perkara yang perlu kanak-kanak tahu ialah:

  1. Perlu tahu bagaimana untuk memanggil 9-9-9 dan nombor kecemasan lain dan bila ia perlu untuk berbuat demikian.
  2. Perlu tahu nama penuh (atau nama pertama dan terakhir) ibu bapa mereka, 
  3. Alamat rumah mereka, 
  4. Nombor telefon rumah atau nombor handfon ibu bapa mereka.
  5. Sebagai langkah keselamatan, mereka mungkin perlu tahu nama penuh dan umur mereka sendiri.
Ada apa-apa lagi yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak untuk keselamatan ketika kecemasan? Pendapat anda dialu-alukan untuk kebaikan bersama.


Klik link berikut untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun yang telah menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.

http://gma.yahoo.com/blogs/abc-blogs/illinois-tots-911-may-saved-moms-life-153946341--abc-news-topstories.html

Untuk diri mereka sendiri, keluarga dan orang di sekeliling didiklah anak anda bagi menghadapi sebarang kecemasan demi keselamatan.

Tuesday, 22 May 2012

Alahan Gluten Pada Kanak-kanak

Tidak semua roti mengandungi gluten, ada juga roti yang bebas gluten, biasanya ia diperbuat dari tepung jagung.
Alahan atau intoleransi terhadap gluten adalah tindakbalas imun pada usus. Gluten adalah sejenis protin yang di dapati dalam endosperma gandum, rye, barli dan oat.

Alahan gluten boleh berlaku sebaik saja mereka mengambil makanan bijirin untuk kali pertama, biasanya ketika berumur 6 bulan atau setelah mereka mula bersekolah atau bila mereka dewasa.

Jika kanak-kanak mengalami cirit-birit dan kembung perut yang kronik, kurang selera makan dan sukar menambah berat badan mereka mungkin menghidap penyakit coeliac (sistem imun bertindak-balas luar biasa terhadap gluten). Penyakit coeliac menyebabkan keradangan pada usus yang merosakkan lapisan villi yang berupa seperti rerambut halus yang berfungsi menyerap zat makanan. 

Organ-organ lain seperti kulit, sistem saraf, buah pinggang, jantung dan hati juga boleh dijangkiti. 

Satu-satunya cara berkesan untuk menyembuhkan penyakit alahan gluten ini adalah mengelakkan makanan yang mengandungi gluten seperti roti, kek, pai, biskut, confectioneries, makanan dalam tin, beberapa jenis sosej dan keju.

Gluten mungkin juga terdapat dalam agen penstabil, emulsifier, penambah perisa, rempah-ratus, agen pemisah dan selalu juga digunakan untuk memekatkan jus buah-buahan.

Kanak-kanak yang mengamalkan diet bebas gluten akan beransur-ansur pulih dalam masa 6 hingga 12 bulan. Cirit-birit akan pulih semula dan mereka akan mengatasi semula pembesaran yang telah terencat dan kembali membesar secara normal.

Setelah semua simpton penyakit hilang kanak-kanak perlu meneruskan diet bebas gluten jika tidak ada kemungkinan mereka akan menghidap kanser usus.

Tuesday, 31 May 2011

Kesihatan dan Kimia Penghalang Kebakaran

Kesihatan kita pada zaman moden ini boleh tergganggu dengan penggunaan pelbagai bahan kimia. Salah satunya ialah kimia penghalang kebakaran yang dipanggil TDCPP.

Kajian terbaru yang diumumkan pada minggu lepas menunjukkan 80% dari kusyen yang digunakan untuk tempat duduk kereta, tempat tidur bayi mudah alih dan lain-lain perabut untuk bayi mengandungi kimia ini & ia boleh terkumpul dalam tubuh bayi yang menggunakannya.

Lain-lain produk bayi yang menggunakan polyurethane foam termasuk tempat duduk bayi dalam kereta, changing tables, bantal, high chair dan stroller (kereta sorong bayi) mengandungi TDCPP yang mengakibatkan kanser pada kajian terhadap haiwan. Snuggly & Evenflo adalah 2 jenama yang perlu dielakkan.

Sejenis bahan penghalang kebakaran yang telah diharamkan di kebanyakan negara, penta brominated diphenyl ethers atau PBDEs masih terdapat dalam sebahagian kecil peralatan.

Bahan TDCPP yang digunakan dalam pijama kanak-kanak yang telah diharamkan di AS 10 tahun lalu masih lagi digunakan sebagai kusyen bagi produk bayi dan lain-lain barang kegunaan rumah tangga.

Untuk kesihatan kita semua elakakn dari membeli produk bayi yang mengandungi polyurethane foam dan TB117 atau bertukar kepada fabrik yang lebih selamat dan elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia penghalang kebakaran.

Cara Mengelakkan Dari Terkena Bahan Kimia Penghalang Kebakaran

  • Beralih kepada produk yang lebih baik untuk kesihatan seperti kapas atau bulu yang kemungkinan sangat rendah menggunakan bahan kimia penghalang kebakaran ini.
  • Kerap mencuci tangan kerana kontek dari tangan ke mulut adalah yang paling biasa terjadi. Ini boleh mengelakkan kesihatan diri kita dari terdedah kepada bahan penghalang kebakaran, plumbum (lead) dan racun makhluk perosak.
  • Gunakan pencuci hampagas (vacuum) dengan filter hepa dan gunakan mop basah dengan kerap untuk mengawal habuk bagi menjaga kesihatan.


Sunday, 20 February 2011

Junk Food Merosakkan Otak Anak Kecil


Anak-anak kecil yang makan junk food boleh mengalami kerosakan kekal pada otak mereka.

Sebuah kajian menunjukkan mereka yang makan lebih banyak cip, kerepek, biskut dan pizza sebelum berumur tiga tahun mempunyai IQ lebih rendah lima tahun kemudian.

Perbezaannya boleh mencapai sebanyak 5 mata IQ berbanding dengan anak-anak yang diberikan diet sehat dengan buah, sayur dan makanan yang dimasak di rumah.

Para penyelidik di Bristol University mengatakan zat makanan yang baik sangat penting dalam tiga tahun pertama kehidupan kita ketika otak tumbuh pada kadar terpantas.

Anak-anak kecil yang makan makanan yang tinggi kandungan lemak & gula dan makanan berproses, mengambil terlalu sedikit vitamin dan nutrisi, menyebabkan otak mereka tidak mungkin dapat tumbuh ke tahap optimum.