Showing posts with label konflik. Show all posts
Showing posts with label konflik. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?

Pertelingkahan antara kanak-kanak hanya perlu diperhatikan, hanya masuk campur bila keadaan menjadi ganas.
Kanak-kanak memang tak dapat dielakkan daripada bergaduh atau konflik. Selalunya ibu bapa akan masuk campur dan meleraikan perbuatan tersebut. Menurut pakar, ibu bapa tak sepatutnya masuk campur dalam pergaduhan anak-anak mereka sebaliknya hanya berdiam diri dan memerhati sahaja.

Ibu bapa hanya perlu menghentikan pergaduhan bila mereka sudah mengata atau mengejek dengan kata-kata yang melampau atau bila berlaku pukul-memukul (physical contact) yang membahayakan.

Ibu bapa perlu mencari punca pergaduhan tersebut dan menasihatkan cara-cara untuk mengatasinya. Ajar mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suara yang rendah, biarkan pihak lawan bersuara dan jangan sekali-kali memekik/menjerit. Ini akan membentuk cara mereka bersuara/berdebat di masa dewasa nanti.

Kanak-kanak perlu bergaduh untuk pembentukan personaliti & mengasah kemahiran sosial mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah bila berada dalam sesuatu komuniti. Mereka juga akan belajar cara menerima kekalahan dan kemenangan dalam kehidupan.