Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Sunday, 6 July 2014

7 Masjid Yang Cantik dan Unik di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak masjid yang cantik dan menarik. Terdapat 7 buah masjid di Malaysia yang cantik malahan unik pula dan mempunyai kisah yang tersendiri di sebalik pembinaan masjid tersebut di Malaysia.

7 Masjid Yang Cantik dan Unik di Malaysia ialah:


1) Masjid Beijing (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra)

Lokasi: Rantau Panjang, Kelantan

Sebuah masjid yang unik dan tak sama dengan masjid-masjid yang kebiasaannya wujud di Malaysia kerana reka bentuknya yang luarbiasa menyerupai senibina dari China. Sungguh indah seperti istana maharaja Cina dibina pada tahun 2005 untuk memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Kelantan yang ke 28 Sultan Ismail Petra.

Masjid ini digelar Masjid Beijing kerana reka bentuknya seakan-akan Masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Negara China. Bahagian luarnya mempunyai bumbung dan menara gaya pagoda hijau dan dengan panel merah yang mencerahkan bangunan, dalamannya pula direka mengikut elemen reka bentuk India dan Uzbek.


2) Masjid Jamek An Nur

Lokasi: Labuan.

Masjid Jamek An Nur adalah satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai rekabentuk yang sangat moden (futurisctic) kelihatan seperti bulu tangkis atau kapal angkasa yang akan berlepas. Masjid Jamek An Nur juga dikenali sebagai Masjid Wilayah Persekutuan Labuan adalah mercu tanda yang terkenal di Labuan. Masjid ini telah siap dibina pada tahun 1987 dan dirasmikan oleh yang dipertuan Agong ke-8.

Masjid ini menggunakan senibina Melayu Brunei dan Turki dengan menggunakan elemen kontemprori seperti gril dan cermin transparen untuk ventilasi dan membenarkan cahaya semulajadi masuk ke bahagian dalamnya.


3) Masjid Diraja Ubudiah.

Lokasi: Kuala Kangsar, Perak

Masjid ini bermula dari sultan perak ke-28 Sultan Idris Murshidul'adzam Shah yang sakit, beliau bertekad jika baginda sembuh dari penyakitnya baginda akan membina sebuah masjid. Ditakdirkan baginda sembuh dan masjid ini pun dibina, sayangnya beliau telah mangkat setahun sebelum masjid ini siap dibina yang memakan masa pembinaan selama 4 tahun dari tahun 1913 - 1917.

Masjid ini menggunakan seni bina Indo-Saracenic, masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai ciri-ciri menarik iaitu kubah emas dan pintu gerbang gaya Moorish.


4) Masjid Zahir

Lokasi: Alor Star, Kedah

Kubah Masjid Zahir kelihatan hitam tetapi bila dilihat lebih dekat kubah masjid sebenarnya berwarna ruby merah gelap. Warna hitam muncul dalam cahaya yang terang, memberi Masjid Zahir penampilan yang menarik. Selalu diletakan antara 10 masjid tercantik di dunia oleh admirers of mosque architecture.

Masjid Zahir adalah salah satu masjid tertua di Malaysia terbina pada tahun 1912. Masjid ini dibina di atas tapak persemadian pahlawan-pahlawan yang gugur ketika menentang siap pada tahun 1821. Masjid Zahir mempunyai 5 menara sebagai lambang 5 rukun islam. Inspirasi seni bina dari Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara, merupakan visi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.




5) Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Satu lagi masjid yang tidak mengikut rekabentuk masjid konvensional yang terdapat di Malaysia kerana ia mengikut ciri-ciri menara jam British dari kurun ke-19. Banyak dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian.

Berusia lebih 100 tahun dibina pada tahun 1892, di bawah dekri Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Hasilnya adalah terjemahan indah sentimen Anglophile Sultan. Merupakan bangunan sebuah monumen warisan dilindungi. Terletak di atas Bukit Kechil dengan pemandangan panorama indah bandar Johor Bahru dan Selat Tebrau.



6) Masjid Jamek Kuala Lumpur

Lokasi:  Kuala Lumpur

Terletak di persimpangan 2 sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai... yang pada masa dahulu dikenali sebagai muara sungai berlumpur dari mana Kuala Lumpur mendapat namanya. Masjid Jamek Kuala Lumpur merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia dibina pada tahun 1907 dan dirasmikan 2 tahun kemudiannya oleh Sultan Selangor.

Masjid Jamek Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri reka bentuk seni bina masjid Neo-Moor sama dengan bangunan kolonial di utara India. Kubah-kubahnya berbentuk bawang dengan gerbang seperti ladam kuda.


7) Masjid Kampung Hulu

Lokasi: Melaka

Masjid Kampung Hulu telah dibina sejak 280 tahun lalu, oleh pendatang Cina Muslim bernama arom @ Harun. Satu lagi masjid yang unik di Malaysia kelihatan seperti Menara menyerupai pagoda, yang juga kelihatan seperti menara kubu dan rumah api.

Gaya seni bina Masjid Kampung Hulu yang unik, gabungan seni bina Sumatera, Cina, Melayu Melaka dan reka bentuk Hindu. Masjid Kampung Hulu terletak di utara Jalan Harmoni (dinamakan semula hari ini sebagai Jalan Tukang Emas).

Lawati 7 Masjid Yang Cantik dan Unik di Malaysia boleh juga bersolat sekali.

Sumber: nst

Saturday, 28 July 2012

Bagaimana Cara Mendapatkan Kulit Yang Cantik?


Kulit yang cantik dan sihat akan menceriakan anda

Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.

Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:

  1. VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering. Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak terdapat dalam hati haiwan, telor, salmon dan tomato.
  2. VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal. Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.
  3. VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur berdaun hijau gelap.
  4. SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.


Dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.