Showing posts with label Halia. Show all posts
Showing posts with label Halia. Show all posts

Wednesday, 4 July 2012

Khasiat Halia, Kunyit, Bawang Putih dan Bawang besar

Bawang putih sejenis herba yang boleh mengurangkan risiko kanser, gastrik, ulser dan merendahkan tahap kolestrol anda. 
Herba/rempah yang anda gunakan pada setiap hari mempunyai khasiat kesihatan yang amat baik. Di antara herba yang biasa digunakan ialah halia, kunyit, bawang putih dan bawang besar.

Di antara khasiat yang ada ialah:

Halia
  1. Bahan aktifnya flavonoid gingerol dapat mengurangkan dan mengelak penyebaran sel-sel kanser.
  2. Mengurangkan mabuk dalam perjalanan.
  3. Merendahkan tahap kolestrol.
  4. Mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan keganansan platelet dan mempunyai sifat anti radang yang boleh melawan penyakit jantung.
Kunyit
  1. Flavonoid curcumin bahan aktif yang terdapat dalam kunyit dapat mendorong kematian sel-sel kanser.
  2. Ia juga dapat mengurangkan saiz tumor kolon sehingga 57%.
  3. Curcumin juga dapat menghalang perkembangan sel-sel kanser.
Bawang putih
  1. Pengambilan bawang putih yang tinggi dapat mengurangkan risiko kanser kerana ia menghalang pembentukan nitrosamine (sejenis karsinogen) dari makanan yang dimakan.
  2. Bawang putih mentah atau dimasak yang ditambah pada makanan dapat mengurangkan risiko kanser colorectal (kanser kolon atau rektum) sehingga 30%.
  3. Boleh mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 31%.
  4. Menurunkan triglycerides dan kolestrol yang tak baik (LDL kolestrol) sehingga 50%.
  5. Allicin bahan aktif dalam bawang putih boleh membunuh bakteria H Pylori (bakteria yang menyebabkan masalah penghadaman termasuk gastrik dan ulser.)
Bawang besar
  1. Herba yang boleh membunuh 100% bakteria dalam makanan.
  2. Bahan aktif flavonoid quercetin boleh melawan tumor pada paru-paru dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. Mengawal alergik pada hidung.
  4. Mengurangkan risiko kanser prostate.
  5. Melindungi dari penyakit jantung.
Tambahkan herba/rempah di atas, halia, kunyit, bawang putih, bawang besar dan lain-lain ke dalam makanan anda setiap hari untuk kesihatan.

Tuesday, 6 December 2011

Rendang Ikan Talang Masin & Air Halia Madu


Makanan dalam pantang bagi orang utara terutamanya kedah. Kalau bukan dalam pantang pun boleh makan sebab makanan ni sedap, terutamanya Rendang Ikan Talang Masin ni. Mmm.. Selamat Mencuba..


Rendang Ikan Talang Masin
Bahan-bahan
Ikan talang masin- potong-potong, asam jawa, kicap cair, lada hitam biji-biji- tak perlu tumbuk, bawang besar dihiris, garam, halia dihiris halus, bawang putih di cincang.


Cara-caranya
Panaskan minyak, goreng ikan talang hingga masak atau garing. Angkat ikan. Keluarkan sebahagian minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan halia, lada hitam, asam jawa, bawang putih, kicap cair 4 sudu sambi dikacau-kacau. Masukkan ikan talang goreng, kacau. Masukkan bawang besar dan gaul hingga bawang wangi. Masukkan sikit saja garam. Angkat dan hidang. Boleh makan.


Jus Halia Madu.
Bahan-bahanya
Halia 5-6 ulas
Madu
Air 2 atau 3 cawan (agak-agak saja) 


Cara-caranya
Ketuk halia dan rebus dalam air. Masukkan air halia bersama halia ke dalam gelas. Masukan 2-3 sudu besar madu. Kacau dan hidang.


Selamat mencuba dan makan-makan.


Petikan dari: ASPIRASI  Belahan Jiwa TV1 6 Nov 11