Sunday, 23 April 2017

Apakah Takbur

TAZKIRAH PENGHULU HARI

TAJUK: TAKBUR

            Salah satu penyakit hati ialah sifat takbur yang dikenali melalui perwatakan yang suka menunjuk-nunjuk serta ego. Bagaimanakah kita hendak mengenali sifat-sifat ini?. Di sini saya sertakan tips mengenal-pasti sifat ini bagi membantu diri kita untuk mengubatinya, insyaallah.

*Takbur ialah*
*Bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan diri, harta, ilmu dan keturunannya.
* Suka menonjol diri kepada orang lain.
* Memandang rendah orang lain.
* Minta dirinya dipuji di majlis keramaian.
* Bermulut keji, suka mencela atau mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau.
* Berlagak angkuh ketika berjalan.
* Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang.
* Berlagak dalam berbicara.
* Membantah teguran orang lain.
* Tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang lain.
* Berlagak pandai walaupun tidak tahu.
* Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan.
* Suka menindas orang Islam yang lemah dan miskin.
* Berlagak dirinya sahaja betul dan tidak pernah salah.
* Suka membazir harta benda sama ada milik sendiri atau orang lain.

             Antara punca utama segala sifat tersebut berlaku ialah apabila hati kita sudah hilang sifat kehambaan kepada Allah SWT. Sudah tidak merasai kewujudan Allah SWT, yang bahawasanya dari Allahlah segala yang kita miliki dan punyai selama ini. Segala-galanya hanya dipinjamkan Allah kepada kita sebagai modal untuk beramal. Berusaha mentaati dan berbakti mengikut ketentuaanNya.

                    Firman Allah SWT: Maksudnya, “Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan amal (ketaatan) kepada-Nya dalam menjalani agama yang lurus, mendirikan shalat, menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (QS. Al-Bayyinah : 5)

                Sifat ikhlas ialah lawan kepada sifat takbur seperti merendah diri, kasih sayang dan bersopan santun sesama manusia dan tolong menolong sesama insan, lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Dari situlah akan lahirnya sifat ikhlas yang sebenarnya.

( Copy Paste dari: mohamadzakihalim.com)

No comments:

Post a Comment