Pasukan Kris Sakti dari Malaysia sedang membuat persembahan aerobatik di LIMA 2011 semalam 6 November 2011. Gambar dari: mygj.net |
Kris Sakti (Bahasa Inggeris: Magic Dagger) ialah pasukan aerobatik Malaysia yang pertama. Nama hasil idea Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak. Kris atau keris adalah senjata Melayu yang digunakan dalam gaya hidup masa lampau. Kris Sakti adalah hasil gabungan Syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Untuk LIMA 2011 nanti pasukan ini akan menggunakan 4 buah pesawat dari jenis Extra 300L buatan Jerman. Pesawat Extra 300L ini telah direka oleh Walter Extra pada tahun 1987, seorang juruterbang & pemenang anugerah aerobatik dari Jerman dan dibina oleh Extra Flugzeugbau.
Sebelum penubuhan pasukan Kris Sakti, Tentera Udara Diraja Malaysia bergantung pada jet Pejuang mereka (MiG-29, F/A-18D & Sukhoi Su-30) dan Pilatus PC-7 dari Pasukan "Taming Sari" untuk pertunjukan aerobatik seperti LIMA dan sebagainya.
Satu lagi aksi menarik dan kemas dari Extra 300L kelolaan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia di LIMA 2011 pada 6 November 2011. Gambar dari: mygj.net |
Latihan penerbangan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bukan saja dilakukan di Pengkalan Udara RMAF Butterworth, Malaysia tapi juga di luar negara bersama bekas pasukan Red Arrow, di United Kingdom.
Yang ada sekarang ialah 1st team dari Tentera Udara Diraja Malaysia, kemudian nanti akan ditubuhkan 2nd team, pengambilan akan dibuat dari belia-belia yang berminat untuk menyertai pasukan aerobatik sebagai gaya hidupnya.
Selepas beraksi di LIMA Langkawi, Kris Sakti akan membuat pertunjukan besar di seluruh malaysia dan Asia Tenggara sebelum ke peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment