Kimi Raikkonen, juara dunia Formula 1 2007  yang meninggalkan Formula 1 pada akhir tahun 2009 untuk mengejar kerjaya dalam rali, telah memutuskan untuk membuat kemunculan semula pada musim 2012 dengan team Lotus Renault GP.
Mula muncul pada tahun 2010 team gabungan antara Proton dan Dato Tony Fernandes di kenali sebagai Lotus GP. Pada tahun 2011 telah berpecah, Proton punya Lotus Renault GP dan Dato Tony, Team Lotus.
Jadi sekarang Lotus ada 2 team dalam Formula 1. Pada mulanya 1, sekarang dah jadi 2 dah.
Keputusan construtor pada tahun 2011.
CONSTRUCTOR STANDINGS PTS
1  Red Bull Racing                                 650
2  Vodafone McLaren Mercedes         497
3  Scuderia Ferrari                                 375
4  Mercedes GP Petronas F1 Team 165
5  Lotus Renault GP                           73
6  Force India F1 Team                           69
7  Sauber F1 Team                                   44
8  Scuderia Toro Rosso                           41
9  AT&T Williams                                     5
10  Team Lotus                                             0
Pada 29 Nov 2011 Kimi Raikkonen, 32 tahun, telah mengumumkan keputusannya untuk kembali semula berlumba dalam Formula 1 selepas ketiadaannya selama 2 tahun. Beliau telah menandatangani kontrak 2 tahun dengan Lotus Renault GP. 
Salah seorang pemandu yang ada sekarang akan digugurkan dari pasukan samada Bruno Senna atau Vitaly Petrov belum ditetapkan untuk digugurkan bagi memberi tempat kepada Kimi Raikkonen.
No comments:
Post a Comment