U3A universiti khas untuk warga emas yang berumur 55 tahun ke atas |
Ia bermula pada tahun 2007 sebagai program perintis yang dikenali sebagai Inisiatif Pembelajaran sepanjang hayat untuk Warga Emas (LLIFE) yang dimulakan oleh Pengarah Institut Gerontologi, Profesor Dr Tengku Aizan Hamid.
Sambutan menggalakkan daripada warga emas menyebabkan penubuhan U3A Malaysia setahun kemudian. Projek ini disokong oleh Kerajaan Malaysia dan United Nations Population Fund (UNFPA).
Buat masa sekarang U3A menawarkan 39 kursus bukan akademik yang meliputi pelbagai subjek, di antaranya ialah bahasa, seni dan kraf, berkebun, masakan secara sihat, berenang, perubatan tradisional Cina, kecergasan, komputer dan fotografi digital dan sebagainya.
Terdapat 2 semester dengan 3 bulan setiap semester. Peserta boleh mendaftar bagi 1-3 kursus setiap semester dengan yuran hanya RM80 untuk 1 kursus. Setiap kursus tambahan berikutnya berharga RM30 setiap satu. Pengajar terdiri dari tenaga pengajar UPM dan pakar-pakar industri dengan pelbagai bidang
Pengendalian program ini dibantu oleh satu kumpulan kecil sukarelawan yang diketuai oleh presidennya, Encik Azlan Hussain.
Untuk info lanjut sila klik di sini http://u3amalaysia.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment