Wednesday, 8 February 2012

Rumah Api KTM Tumpat

Rumah api KTM Tumpat bukan ini.
Satu-satunya stesen KTM yang mempunyai rumah api ialah Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan. Rumah api KTM Tumpat yang bersejarah ini telah dibina pada tahun 1950an untuk kemudahan kapal-kapal yang belayar kerana dahulunya Tumpat adalah sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900an..

Rumah-rumah api dibina ditempat-tempat strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Sebelum itu terdapat sebuah rumah api lama yang diperbuat daripada kayu yang dibina pada awal 1900an terletak di Padang Mahkota, Tumpat. Rumah api lama setinggi 30 kaki yang dibina berbentuk empat segi dan meruncing ke atas dan dibuat pelantaian dibahagian atas sebagai tempat lampu ini telah dirobohkan bila rumah api baru siap dibina.

Rumah api KTM Tumpat yang ada sekarang terletak di kawasan stor KTM Tumpat, dibuat dari batu-bata dan berbentuk tirus ke atas setinggi 70 kaki. Ukurlilit bahagian bawahnya ialah 37’ 9". Tangga dibina di bahagian dalamnya untuk naik dan turun bagi memasang dan memadamkan lampunya.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, rumah api KTM Tumpat ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat.

Kini ia dengan perkembangan teknologi moden ia tidak digunakan lagi, tinggal sebagai sejarah dan untuk dilihat oleh para pelancong yang datang ke Tumpat ini.

2 comments:

  1. Ada keluar mengenai rumah api di Tunmpa didalam Majalah 3 minggu lepas.

    ReplyDelete
  2. Wah, selalu gak lalu ikut laluan belakang ktm tumpat tu

    ReplyDelete