Kek Pandan Marmar Foto: http://www.tiffinbiru.com/ |
Yang paling menarik Kek Pandan Marmar dari dari Che Mat Gebu ini menggunakan cara one bowl method iaitu dengan cara memasukkan semua bahan ke dalam mixing bowl. Resepi asal menggunakan 8 biji telor tapi resipi Che Mat Gebu ni menggunakan 4 biji telor iaitu 1/2 adunan saja. Cubalah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
- Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
- Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.
Resepi ni dari: http://www.tiffinbiru.com/
Mengoda betul kek Pandan Marmar. :-)
ReplyDeletekek ni memang sedap
ReplyDeletetapi kenapa nama pandan marmar?
saja je tanya
hehe