Saturday 4 February 2012

6 Keburukan Membaling Keretapi Yang Bergerak

Membaling batu ke arah keretapi yang bergerak satu perbuatan yang mengganggu keselamatan
Keselamatan keretapi samada monorel, lrt, komuter, mrt dan sebagainya boleh terjejas akibat terkena lontaran  batu atau sebarang objek keras kepada kereta api yang sedang bergerak.

Masalah keselamatan ini boleh:
  1. Memberi kesan serius dan kadang-kadang membawa maut. 
  2. Tingkah laku yang mengganggu keselamatan ini juga boleh menyebabkan kelewatan dalam jadual perjalanan keretapi tersebut.
  3. Mencederakan penumpang (mungkin pelancong asing) dan kakitangan yang bertugas terutamanya pemandu lokomotif (keretapi)
  4. Menyebabkan kerosakan harta-benda keretapi seperti cermin dan lampu pecah.
  5. Mewujudkan kos yang tak sepatutnya pada perkhidmatan keretapi.
  6. Menyebabkan orang-ramai merasa keselamatan tak terjamin.
Ia biasanya dilakukan oleh pelajar sekolah rendah atau menengah yang tidak memperdulikan keselamatan orang-lain hanya untuk bersuka-suka. Peranan ibu-bapa amat penting untuk mengatasi masalah keselamatan orang-ramai dan keretapi ini.

Kos untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan keretapi yang lebih baik kepada orang-ramai. Vandalisma yang memberi gangguan keselamatan ini boleh menghadapi hukuman setimpal jika tertangkap.

6 comments:

  1. Wah, ada lagi ke budak2 yg suka baling keretapi ni?
    Bagus main benda lain je darpada main baling2 ni

    ReplyDelete
  2. tehr: Memang ada sangat. Tolonglah hentikan. Kalau terkena pelancong asing camner? Macam2 kita promosi dan belanjakan duit untuk bawa mereka datang sini, bila dah datang camni plak. Pasti mereka rasa kurang selamat di Malaysia ni, naik ketapi pun kena baling...

    ReplyDelete
  3. Janganlah bawa tabiat rimba kita ini bertamadun. Kalau siapa menonton Majalah3 akan kagum melihat koc keretapi biru jepun @ koc Harimau Malaya yang sudah berusia 20 tahun masih didalam keadaan baik diberikan oleh negara Jepun kepada KTMB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya betul tu, harapnya janganlah diamalkan tabiat ini. Tapi kan, budak2 nakal ni biasanya they just dont care. Mereka hanya pentingkan keseronokan tanpa berfikir akibatnya. tolonglah gunakan akal fikiran tu...

      Delete
  4. Isk..mcm dah takde keja lain jerk nak dibuat dek budak2 tuh yea. Kot klu baling batu dlm kolam air, x pe la jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak lagenda: Betul tu, hentikan perbuatan yang tak berguna, lakukan perbuatan yang berguna ajer kan...

      Delete