Showing posts with label Telefon Bimbit. Show all posts
Showing posts with label Telefon Bimbit. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Tip Membeli Smartphone (Telefon Pintar)

Jika anda sedang mencari-cari smart phone dan tak tahu nak pilih yang mana satu di sini ada beberapa tip bagi membantu anda membuat pilihan.
Anda boleh membuat pilihan bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  1. GHz (kelajuan processor atau otak smartphone): GHz adalah singkatan kepada gigahertz, ia menunjukkan kelajuan processor smart phone anda. Kepantasannya bertukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain serta kelajuannya melayari internet. Sekarang ini kebiasaannya smartphone akan datang dengan kelajuan 1GHz ke atas.
  2. RAM (prestasi): RAM diukur dalam unit MB (megabytes) menentukan berapa banyak aplikasi yang anda boleh gunakan dalam sesuatu masa tanpa melambatkan/memperlahankan telefon anda. Jika anda hanya ingin melayari internet dan membuat panggilan 256MB sudah mencukupi. Jika anda suka menggunakan pelbagai aplikasi, bermain game serta melayari internet pilih sekurang-kurangnya 512MB.
  3. GB (penyimpanan atau storage): Di ukur dalam unit GB atau gigabytes.Ada 2 jenis penyimpanan iaitu~Intergrated- ini adalah bentuk penyimpanan yang sudah ada pada smartphone tersebut dan tidak           boleh ditambah atau dikurangkan dan Expansion slot- untuk memori kad mudah alih seperti microSD, SD atau miniSD memiliki memori dari 2GB hingga 34GB. Jika anda ingin menyimpan banyak video, lagu, aplikasi dan game anda perlu memiliki GB yang lebih besar.
  4. MP (Kualiti kamera): MP adalah singkatan kepada megapixel. Semakin tinggi MP semakin baiklah kualiti gambar yang diambil oleh smartphone tersebut. Smartphone kini biasanya biasanya mempunyai 2MP - 16MP.
  5. 3G atau 4G (Data selular dan kelajuan internet): Diukur dalam unit Kbps dan Mbps. 3G atau 4G merujuk kepada kelajuan data selular anda atau berapa cepat sambungan internet telefon melalui rangkaian pilihan anda. Kelajuan 3G biasanya ialah dari 144Kbps - 2.4Mbps. Kelajuan 4G lebih laju iaitu dari 1Mbps - 25Mbps berbeza dari negara ke negara dan jenis service provider. 4G dijangka akan mencapai kelajuan 100Mbps pada masa depan.

TIP MEMILIH SMARTPHONE
  • Cuba sebelum beli. Pilih telefon pintar yang paling selesa dengan anda. Sebelum membayar harganya cuba dulu untuk mengambil gambar, menghantar sms, buat panggilan, muat turun aplikasi dan melayari internet.
  • Fokus pada ciri-ciri yang anda perlukan. Tentukan yang mana lebih penting untuk anda (jangkahayat bateri yang panjang, kamera yang bagus, kelajuan internet (WiFi & 3G atau 4G), harga, sistem operasi yang mudah digunakan, aplikasi, game, email). Ini akan membantu anda memilih handfon yang anda perlukan.
  • Pilih sistem operasi (operating system). Sistem operasi untuk smartphone termasuklah Google's Android, Apple's  iOS, Microsoft's Windows Phone dan Research in Motion's BalckBerry Platform. Memilih sistem operasi atau lebih dikenali sebagai smartphone "OS" hampir-hampir lebih penting dari pemilihan telefon itu sendiri kerana ia menentukan cara anda menggunakan smartphone anda.
  • Lakukan penyelidikan. Selepas memilih beberapa model yang anda betul-betul minat. Selidik di internet dengan carian untuk ulasan smartphone. Lihat  ulasan "hands on" pada blog teknologi seperti TechCrunch, ambang, Gizmodo, WentureBeat, ReadWriteWeb, AllThingsD, Engadget, Mashable, CNET dan Web Next untuk maklumat yang komprehensif mengenai telefon pintar yang anda minat.
  • Membeli-belah dengan kawan yang lebih tahu. Jika boleh bawalah kawan yang mempunyai kemahiran "tech-savvy". Ini boleh mengelakkan dari anda terbeli smartphone yang mempunyai teknologi yang sudah lapuk pada harga yang tinggi. Jika anda tidak mempunyai kawan layari website seperti www.decide.com dan http://shop.retrevo.com yang boleh membantu anda memilih peranti yang betul pada harga yang betul pula.
  • Microsoft baru saja melancarkan handy guide yang menjelaskan tentang asas dan hardware specs untuk smartphone.
  • Lawati  http://www.pcadvisor.co.uk/news/mobile-phone/3253882/buyers-guide-the-ultimate-guide-to-smartphone-specs/ dari PC Advisor.

Friday, 20 January 2012

6 Aplikasi Hebat Untuk Menjejak Kehilangan Telefon Bimbit

Keselamatan telefon bimbit berada di tangan anda. Anda tidak sedar ia telah berlaku samada anda tertinggal atau telah diambil dengan sengaja dari beg anda oleh orang yang berniat tak baik. Kehilangan telefon bimbit bermakna anda kehilangan ratusan atau ribuan ringgit. 

Walaupun anda telah berjaya mengesan telefon bimbit anda menggunakan aplikasi tertentu, lebih baik untuk anda melaporkan kepada  pihak polis demi keselamatan anda, untuk mengambilnya bagi pihak anda sekiranya orang yang mengambil telefon anda itu merbahaya.

Ada 6 aplikasi yang menarik untuk anda cuba atau pilih.



McAfee Wave Secure adalah satu aplikasi yang menarik dan popular. 
  • Boleh mengesan telefon anda melalui GPS. 
  • Ia menyediakan lebih banyak maklumat berbanding aplikasi lain.
  • Anda akan mendapat sejarah panggilan orang yang mencuri telefon anda walaupun mereka menukar kad SIM telefon anda.
  • Terdapat satu lagi aplikasi WaveSecureUPA yang anda boleh pasangkan untuk melindungi terhadap aplikasi utama sekiranya ia dinyahpasang (uninstalled).
  • Ia selamat dan tersembunyi.
  • Harga USD19.90 setahun. Terdapat 1 minggu trial percuma.


Mobile Me adalah servis daripada Apple menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mengesan telefon anda hilang.
  • Untuk keselamatan, anda boleh mengunci telefon, menetapkan kod pas dan memadam data telefon bimbit anda.
  • Harga USD99.00. Bagaimanapun pengguna yang menggunakan iOS  4.2 boleh mendapatkan 'Mobile Me' secara percuma.



Prey Anti-Theft juga percuma.
  • Mengesan GPS telefon anda dengan menghantar mesej.
  • Anda kemudiannya boleh mengesan melalui web interface.
  • Aplikasi ini tetap bekerja walaupun pencuri menukar kad SIM anda.
  • Perisian juga disediakan untuk mengesan laptop dan tablet.


Aplikasi Where’s my Droid diperolehi dari pasaran android.
  • Ia membolehkan anda memasukkan kod ke dalam telefon bimbit anda.
  • Walaupun telefon anda ditetapkan pada bergetar atau senyap, kod yang dimasukkan akan menyebabkan telefon memainkan bunyi amaran pada kelantangan yang tinggi sehingga telefon bimbit anda dijumpai.
  • Aplikasi ini juga boleh memberi maklum balas kepada anda melalui lokasi GPS telefon bimbit, serta pautan lokasi ini pada Google map.
  • Aplikasi ini amat berkesan jika anda kehilangan telefon bimbit anda di dalam bilik atau di sesuatu kawasan.


Satu lagi aplikasi yang berguna ialah Mobile Defense.
  • Aplikasi yang amat berguna jika anda telah meninggalkan telefon anda di tempat awam atau jika anda rasa telefon anda telah dicuri.
  • Anda perlu melengkapkan pendaftaran selepas memasang  Mobile Defense untuk mengaktifkannya.
  • Selepas dipasang ia akan bergerak secara senyap di background telefon bimbit tanpa disedari.
  • Jika anda kehilangan telefon bimbit anda, 
  1. Pergi ke dashboard  Mobile Defense dan log in. 
  2. Klik peta untuk membuka kawalan jauh. 
  3. Di sebelah kanan skrin anda, mana-mana telefon yang anda telah daftar akan berada di sana. 
  4. Klik 'sambung ke telefon' untuk mengaktifkan perisian ini  Mobile Defense . 
  5. Apabila sambungan telah dibuat, lokasi telefon anda akan ditunjukkan dalam Google map.


Device Locator adalah aplikasi yang simple.
  • Hanya login ke akaun anda diinternet untuk mengesan lokasi telefon anda. 
  • Ini akan menyebabkan telefon anda untuk membuat bunyi bising, serta mengunci telefon untuk menghalang akses.
  • Harga USD4.99
Sudahkah anda mengambil tindakan untuk keselamatan telefon bimbit anda?