Showing posts with label Alquran. Show all posts
Showing posts with label Alquran. Show all posts

Friday, 5 May 2017

Baca Al-Quran ikut berapa kali kita makan

🍃 Catatan Dhuha 🍃

Bacalah Al-Quran sebanyak mana kita makan.

Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

Manakala al-Quran yang kita baca adalah makanan rohani kepada roh yang akan hidup dan akan terus hidup...


🌹 Ke Arah Masyarakat Bertaqwa🌹


#Dhuha's Time
#DailyReminder

Monday, 26 December 2016

Anak Baca Quran untuk Ibubapa

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Roh Org tua itu : Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....
Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Thursday, 15 December 2016

Jad Si Anak Yahudi

JAD, SI ANAK YAHUDI...

Jad adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di era tahun 40-an. Tinggal bersama keluarganya di apartment di sebuah kota di Perancis. Ia lahir dari keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya salah seorang professor di universiti terkemuka di Perancis ketika itu.


Di salah satu sudut 'ground floor' apartment tersebut, ada sebuah kedai kecil serbaneka yang menjadi tempat bagi warga sekitar untuk memenuhi keperluan seharian mereka, termasuk keluarga Jad. Kedai itu milik seorang Turki,  Ibrahim, 67 tahun. Seorang yang sangat sederhana, bukan dari kalangan berpendidikan tinggi.

Jad hampir setiap hari berbelanja di kedai ini. Bila berbelanja, selalu, tanpa pengetahuan Ibrahim, --setidaknya begitu persangkaannya--,  diam-diam ia mengambil sebiji coklat. Sampai suatu hari ia lupa mengambil (i.e mencuri) coklat tersebut.

Ketika melangkah meninggalkan kedai itu, Ibrahim memanggilnya dan berkata, "Jad, kamu lupa sesuatu, nak." Jad memeriksa barangannya. Tetapi, tidak menemui sesuatu yang terlupa.

"Bukan itu," kata Ibrahim. "Ini." Sambil memegang coklat yang biasa diambil Jad.  Tentu saja Jad terkejut dan ketakutan. Takut bila Ibrahim menyampaikan 'hal memalukan' tersebut kepada orang tuanya.  Reaksinya,  bengong dan pucat.

"Tidak apa-apa, nak. Mulai hari ini kau boleh mengambil sebiji coklat percuma sebagai hadiah. Tapi,  berjanjilah untuk jujur dan mengatakannya,"
kata Ibrahim sambil tersenyum.

Sejak hari itu, Jad menjadi sahabat Ibrahim. Ia tidak hanya datang berjumpa Ibrahim untuk berbelanja, tetapi juga menjadi tempat bercerita dan berkongsi masalahnya.

Bila menghadapi suatu masalah,  Ibrahim adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi,  Ibrahim tidak pernah langsung menjawabnya, namun selalu menyuruh Jad untuk membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di sebuah kotak kayu. Ibrahim akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara,  kemudian menjelaskan jawapan dari masalah yang dihadapi Jad.

Hal tersebut berlangsung selama lebih kurang 17 tahun. Sampai satu ketika salah seorang anak Ibrahim mendatangi Jad dan memberikan kotak tersebut kepadanya lalu membawa berita yang sangat menyedihkan Jad yang ketika itu seorang pemuda.  Ibrahim, sahabat sejatinya telah wafat.

Kotak berisi kitab itu diterimanya penuh terharu.

Satu ketika, ia berhadapan dengan satu masalah pelik,  ia mengambil kotak itu dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang sering ia lakukan dengan Ibrahim. Ternyata kitab itu bertuliskan huruf Arab. Ia pun memohon temannya berbangsa Tunisia untuk menjelaskan makna dari 2 halaman yang dipilihnya secara rawak.

Si teman itu pun kemudian membacakan makna tulisan itu.  Sungguh, apa yang disampaikan sahabatnya seakan jawapan khusus bagi masalah yang sedang ia hadapi. Jad lalu bertanya kepada sahabatnya: "Ini kitab apa..?"

"Al-Qur'an,  kitab suci Umat Islam."

Terkejut dan takjub Jad mendengar hal tersebut. Ia langsung bertanya bagaimana syarat untuk menjadi seorang muslim.

Dijawab oleh Si Tunisia : "Mudah, syahadat dan berusaha menjalankan syariah."

Hari itu Jad lantas memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Jadullah Al-Qurani. Dia berjanji untuk mempelajari Al-Quran dengan sebaik-baik dan semampunya.

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi, terutama ibunya yang profesor, sulit menerima hal tersebut dan berusaha untuk mengembalikan Jad kepada keyakinannya semula.
Si Ibu berjuang dengan pelbagai cara bahkan mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk memberi penjelasan kepada Jad. Ini berlangsung selama 30 tahun. Namun, tidak berhasil.

Pengaruh Ibrahim yang bersahaja, ternyata mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad.

Jadullah pernah berkata,

"Saya jadi Muslim di tangan seorang lelaki yang justeru tidak pernah berbicara tentang agama.."
"Tak pernah berkata" :
"kamu Yahudi",
"kamu Kafir",
"belajarlah agama",
"jadilah muslim".

"Tapi, ia menyentuh saya dengan akhlak, sebaik-baiknya perilaku. Memperkenalkan kepada saya sebaik-baiknya kitab, Al-Qur'an "

Jadullah Al-Qur'ani meninggal dunia pada tahun 2003. Dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim - lebih kurang 30 tahun - ia telah mengislamkan lebih dari 6 juta orang di Afrika.

Sementara Ibunya pula memeluk Islam pada tahun 2005, pada usia 78 tahun, dua tahun setelah meninggalnya si anak tersayang: Jadullah Al-Qur'ani.

***
Saudara,
Ini kisah benar yang luar biasa yang amat berinspirasi...terutama bagi para pendakwah.

Semoga kita termasuk di kalangan muslim yang bermanfaat kepada orang lain.

Friday, 17 February 2012

Surah-surah & Fadhilatnya

 ۞  Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
 ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
 ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
 ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
 ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ... ...
 ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
 ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
 ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
 ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
 ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
 ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
 ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
 ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
 ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
 ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
 ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
 ۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG

From: http://www.facebook.com/efy.sofhian