![]() |
| Pancutan cokelat kaya dengan koko. Koko baik untuk kesihatan dan sedap pula. |
Mengikut 1 kajian kesihatan di Sepanyol,
- koko boleh mempertahankan badan dengan mengganggu proses pembentukan sel-sel tumor.
- koko juga boleh mempercepatkan proses "chemoprevention mechanism" (sistem yang membantu menghalang pembentukan kanser) iaitu proses semulajadi badan menggantikan sel-sel yang mati atau tak sihat dengan yang baru dan sihat.
Selama 8 minggu kajian telah dijalankan ke atas tikus yang sihat dengan memberi diet kaya dengan koko (12%) kemudian di "induced" dengan faktor yang menyebabkan kanser. Keputusan menunjukkan diet yang tinggi dengan koko mengurangkan "crypts" sejenis manisfestasi biasa untuk kanser kolon.
Jadi makanlah atau minumlah cokelat yang sememangnya kaya dengan koko untuk kesihatan kolon anda.
