Thursday, 2 August 2012

Kesihatan Terjejas Dengan Perjalanan Jauh Ke Tempat Kerja

Kesihatan mungkin terjejas jika anda memandu jarak jauh untuk ke tempat kerja.

Kesihatan mungkin terjejas jika anda memandu jarak jauh untuk ke tempat kerja. Menurut kajian, orang yang memandu jarak jauh ke tempat kerja lebih cenderung untuk berlebihan berat badan dan mempunyai tahap kecergasan yang lebih rendah, tekanan darah tinggi & indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi berbanding orang-orang yang tinggal dekat dengan tempat kerja.

Kesihatan terganggu kerana perjalanan jarak jauh ini boleh membawa kepada pengurangan aktiviti dalam keseluruhan penggunaan tenaga harian.

Mereka yang melakukan perjalanan jauh juga dilaporkan kurang pergi ke gimnasium atau mendapat latihan fizikal berbanding orang yang memandu jarak dekat ke tempat kerja mereka setiap hari.

Mereka yang melakukan perjalanan lebih dari 24 kilometer untuk ke tempat kerja kurang melakukan aktiviti fizikal yang sederhana hingga lasak dan mempunyai kemungkinan obesiti yang lebih tinggi yang mungkin menjejaskan kesihatan.

Kajian ini juga menunjukan kaitan jarak perjalanan yang lebih jauh daripada 16 kilometer dengan tekanan darah tinggi.

Demi kesihatan anda pilihlah untuk tinggal berdekatan dengan tempat kerja anda.


14 comments:

  1. Perjalan pergi balik ke tempat kerja jumlah jarak 110km.

    ReplyDelete
  2. Ya hari-hari saya tempoh 110km.

    ReplyDelete
  3. Ditambah pula dengan Traffic Jem sekitar jalan2 Klang Valley.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu. Masa perjalanan akan menjadi lebih panjang.

      Delete
  4. sayalah tu huhu.... tempat kerja saya dalam 100 kilometer tapi jemnya yang memakan masa

    ReplyDelete
  5. saya duk Rawang, tapi keje KL...amek masa 45 minit...huhuh...nak buat mcm mana, kat Rawang je umah murah sikit nak beli...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu, saya pun beli umah kat Rawang jugak ;)

      Delete
  6. Mujur tempat kerja dan rumah mak x jauh.

    ReplyDelete
  7. Saya & suami pun dlm situasi yg sama..mmg diakui xlarat

    ReplyDelete
  8. Jarak perjalanan pergi balik dari rumah ke pejabat 140km, dah 2 tahun lebih, berulang naik motor, berembun, berhujan, berpanas. Kesan-kesan negatif yang shasha tulis dlm entry ni,,,semuanya terjadi kat sy...

    ReplyDelete