Tahniah! Pasukan Bolasepak Malaysia telah memenangi pingat emas dalam Sukan Sea ke-26 di Palembang dan Jakarta, Indonesia. Malaysia menang 4-3 ke atas Indonesia pada 21 November 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia. (Gambar dari http://sports.mylaunchpad.com.my/Othersports/OtherSportsArticle/tabid/171/Default.aspx?newsId=190982)
Setelah bergelut dengan pasukan tuan rumah Indonesia selama 120 minit dengan seri 1-1. Untuk mencari pemenang 5 tendangan penalti telah diberikan kepada setiap pasukan yang akan diselang-selikan di antara gol Malaysia dan gol Indonesia.
Malaysia mengambil tendangan pertama di ikuti Indonesia dan seterusnya berselang-seli hingga kesemua 10 tendangan dilepaskan. yang memberi cabaran kepada Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia. Dari 5 tendangan penalti yang ditentukan dia hanya melepaskan 1 gol dan penjaga gol Indonesia melepaskan 2 gol untuk Sukan Sea ke 26 ini.
Pasukan Malaysia terpaksa menunggu 3 jam di stadium sebelum menaiki 2 buah kereta perisai polis ke hotel penginapan di Sukan Sea ke 26. Ini adalah untuk menjamin keselamatan mereka kerana semasa perjalanan dari hotel penginapan ke stadium untuk memulakan perlawanan, bas mereka telah ditahan oleh penyokong Indonesia selama kira-kira 1 jam. Ketika sekatan mereka mengerumuni bas dan mengetuk-ngetuk bas pasukan Malaysia. Tiba di stadium pula mereka ditahan selama 1 1/2 jam lagi.
Selepas menghadapi pelbagai kesukaran seperti pemeriksaan dadah selepas perlawanan ketika di stadium, akhirnya skuad negara tiba di LCCT dengan pesawat sewa khas pada jam 8.00 pagi disambut oleh ribuan peminat yang telah menunggu sejak jam 2 pagi lagi. Sambutan seolah-olah pesta kemenangan. Ong Kim Swee adalah jurulatih pasukan bolasepak kita ke Sukan Sea ke 26 ini.
Perlawanan yang diadili oleh pengadil dari Jepun ini telah tamat dengan kemenangan yang indah bagi Pasukan Bolasepak Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia merupakan emas terakhir Malaysia.
Pada hari penutup hari ini 22 November 2011, Malaysia memperolehi 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa pada Sukan Sea ke 26 ini.
No comments:
Post a Comment