Thursday 10 November 2011

Khasiat Strawberi Untuk Ulser Perut

Buah Strawberi terkenal dengan kelazatan dan kegunaannya yang pelbagai. Anda suka makan strawberi?

Pernahkah anda dengar tentang penyakit ulser perut?
Ianya disebabkan oleh 3 perkara iaitu:
  1. Pengambilan alkohol
  2. Jangkitan kuman
  3. Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin.
Mereka yang mengidap penyakit ulser perut boleh mencuba mengambil ekstrak atau buah strawberi yang segar untuk meredakan ulser perut yang dialami.
Sifat antioksidan pada strawberi bertindak:
  1. Sebagai lapisan pelindung pada tempat ulser perut.
  2. Menguatkan lapisan perut dari ulser
  3. Mengaktifkan sistem pertahanan tubuh dan enzim
Pengambilan strawberi segar dapat mengurangkan kerosakan yang berlaku pada perut samada sebelum atau selepas mendapat keradangan.

Kajian terdahulu yang juga sangat penting ialah strawberi dapat menguatkan sel darah merah untuk bertindak terhadap tekanan oksidatif (oxidative stress) yang boleh menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Untuk mendapat manafaat yang bagus dan sihat untuk tubuh badan anda minum dan makanlah buah strawberi segar.

No comments:

Post a Comment