Showing posts with label Resepi Kuih Melayu. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih Melayu. Show all posts

Saturday, 23 August 2014

Resepi Tat Nenas

Bahan-bahan Tat Nenas:



Pastri Tat Nenas (Kulit Tat)
225g/8oz/1 cawan mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
350g (2½ cawan) tepung gandum
¼ sudu teh garam
50g/4 sudu besar gula halus/gula aising/gula confectioner (atau secukup rasa)
2 sudu besar tepung jagung
1 biji kuning telur (untuk adunan pastri)
1 biji kuning telur + ½ sudu besar susu pekat (dikacau rata untuk sapuan atas tat)

Inti Tat Nenas (dari buah nenas segar):
250g nenas parut/diblend
150g gula (atau secukup rasa)
1 sudu besar jus lemon
½ -1 sudu teh tepung jagung
½ sudu besar bunga cengkih (jika suka)

Inti Tat Nenas (dari nenas dalam tin)
1 tin nenas (toskan dan perah airnya dan diblend kira-kira 10 saat)
¼ cawan gula pasir (atau secukup rasa)
1-1½ sudu teh tepung jagung
1 sudu teh jus lemon (jika suka)
½ sudu besar bunga cengkih (jika suka)

Cara-cara membuatnya:

Untuk membuat intinya masak kesemua bahan samada bahan inti menggunakan buah nenas segar atau nenas dalam tin. Gunakan api perlahan dan kacau selalu menggunakan senduk kayu supaya tidak hangit sehingga airnya kering dan warnanya keemasan. Rasa dan tambah gula jika perlu. Keluarkan bunga cengkih dari inti tat nenas dan sejukkan. Inti tat nenas ini tahan disimpan dalam peti sejuk selama 1 minggu.

Cara membuat pastri. Ayak tepung gandum, tepung jagung, garam dan gula kedalam mangkuk adunan. Masukan mentega dan telur dan digaul bersama. Jika doh terlalu kering, tambahkan mentega (kira-kira 1 sudu besar). Bahagikan doh kepada 30 bahagian dan bulat-bulatkan.

Nipiskan bola kecil yang telah dibuat dan masukan intinya kemudian bentukkan memanjang kira-kira 1 - 1½ inci panjangnya. Gunakan tapak tangan untuk membentuk tat nenas. Gunak pisau kecil untuk membuat bentuk berpangkah pada bahagian atas tat. Sapukan telur dan susun dalam dulang (dialas parchment paper jika suka) dengan jarak 1 inci di antara tat nenas.

Panaskan oven 350F (180C) dan bakar selama 20 -25 minit atau sehingga tat nenas berwarna perang keemasan.

H/T: novice baker

NOTA MASAKAN TAT NENAS:
  1. Sapuan telur pada permukaan tat nenas boleh menggunakan telur sahaja. Jika dicampur telur dicampur dengan susu pekat ia akan kelihatan lebih berkilat dan keemasan.
  2. Resepi ini boleh dapat kira-kira 24 - 30 biji tat nenas.
  3. Jika suka boleh ditambah 1 sudu besar shortening ketika menguli tat nenas untuk menjadikannya lebih rapuh dan cair di mulut.
  4. Jika doh/pastri tat nenas anda terlalu kering dan berderai tambahkan sedikit air atau mentega yang telah dilembutkan pada suhu bilik.

Saturday, 14 January 2012

Kuih Pau Inti Ayam

Kuih Pau Ayam. Foto: Chetambiz

BAHAN DOH KULIT PAU
500gm tepung pau/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
2 sudu besar shortening
250gm air suam
UNTUK INTI
300gm isi ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong dadu
1 biji lobak merah dipotong dadu
2 sudu besar kari ayam, garam dan gula
2 ulas bawang putih dan bawang merah
CARA MEMBUATNYA

DOH
gaul semua bahan-bahan kecuali air
kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
uli tepung hingga licin (tidak melekat di tangan)
tutup kain lembab, biar kembang 2x ganda
tumbuk adunan dan bahagi menjadi adunan kecil
bulat-bulatkan dan masukkan inti
lapik adunan atas daun pisang atau kertas
biarkan adunan tadi kembang/naik
panaskan kukusan
masukkan adunan dan kukus lebih kurang 10 minit/ sehingga masak
siap untuk dihidang
INTI
panasakan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
masukkan kari yang telah dibancuh dan masukkan isi ayam, kacau
masukkan kentang, garam, lobak merah dan air
biarkan mendidih dan menjadi pekat
masak hingga lembut
Resipi: Mat Gebu

Sunday, 20 November 2011

Resepi Ketupat Palas

Ketupat Palas terkenal terutamanya di negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung Malaysia selain di tempat-tempat lain. Bahan utama ketupat palas ialah pulut dan dibalut menggunakan daun palas. Ada jenis yang lemak dan ada yang manis. Berikut adalah resipi ketupat palas versi manis yang terkenal dari Negeri Kelantan.

Bahan-bahannya:
1 gantang beras pulut (2.419kg)
4 biji kelapa atau 3 kg santan
1/2 kg kacang (jika perlu)
3 tongkol jagung (jika perlu)
Daun palas secukupnya

Cara membuat:
  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya. Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sdikit garam, kacau sampai mendidih.
  2. Masukkan pulut yang siap dimasak dan kacau sehingga sbati dan menjadi setengah masak. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
  3. Kemudian bolhlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam shingga menjadi bentuk tiga segi.
  4. Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam priuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus shingga airnya kering.
  5. Jika hendak masukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Untuk tempahan ketupat palas hubungi Zura, 019-9898243 Kg Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan.

Diedit dari: Kosmo

Saturday, 31 July 2010

Puding Cendol Putih


Bahan-bahan:

2 cawan cendol
30 gm agar-agar
2 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
4 biji putih telur
3 helai daun pandan - basuh, siat dan simpul
2 cawan air
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Didihkan agar-agar dan air hingga hancur lalu masukkan gula dan daun pandan biarkan mendidih lagi hingga larut.

2. Tapis agar-agar dan jerang semula di atas dapur dengan api yang kecil.

3. Pukul putih telur bersama santan hingga kembang. Tuangkan ke dalam agar-agar, campurkan garam bagi membangkitkan lemak dan kacau hingga sebati.

4. Tuskan cendol dan masukkan ke dalam adunan di atas, kacau perlahan-lahan. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.


From: SajiOnline

Monday, 26 July 2010

Resepi Kuih Sagu


Kuih sagu ni adalah sejenis kuih yang lembut dan sedap sekali bila dimakan. Yang bestnya ianya senang saja untuk dimasak. Boleh makan waktu pagi atau petang. Atau bila-bila masa yang disukai. Selamat mencuba...

KUIH SAGU

Bahan-bahanya:

2 gelas air
1/2 gelas gula (boleh dikurangkan atau dilebihkan ikut suka)
1 gelas sagu mata ikan
sedikit pewarna merah
Beberapa helai daun pandan
Kelapa parut (bahagian putih saja) digaul dengan sedikit garam

Cara-cara membuatnya

1) Didihkan air bersama gula dan daun pandan. Rasa tahap kemanisannya mengikut kesukaan anda.
2) Setelah mendidih masukkan pewarna dan sagu yang telah di cuci terlebih dahulu. Cuci sekejap saja, takut ia jadi terlalu kembang, nanti tak sedap untuk dimakan.
3) Kacau perlahan-lahan di atas api kecil supaya ia tak hangus sampai sagu kembang sepenuhnya.
4) Tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk.
5) Bila dah sejuk potong mengikut bentuk diamond atau sebarang bentuk yang disukai.
6) Gaul dengan kelapa parut yang dah digaul dengan garam. Sedia untuk dihidang.