Saturday, 23 August 2014

Resepi Tat Nenas

Bahan-bahan Tat Nenas:



Pastri Tat Nenas (Kulit Tat)
225g/8oz/1 cawan mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
350g (2½ cawan) tepung gandum
¼ sudu teh garam
50g/4 sudu besar gula halus/gula aising/gula confectioner (atau secukup rasa)
2 sudu besar tepung jagung
1 biji kuning telur (untuk adunan pastri)
1 biji kuning telur + ½ sudu besar susu pekat (dikacau rata untuk sapuan atas tat)

Inti Tat Nenas (dari buah nenas segar):
250g nenas parut/diblend
150g gula (atau secukup rasa)
1 sudu besar jus lemon
½ -1 sudu teh tepung jagung
½ sudu besar bunga cengkih (jika suka)

Inti Tat Nenas (dari nenas dalam tin)
1 tin nenas (toskan dan perah airnya dan diblend kira-kira 10 saat)
¼ cawan gula pasir (atau secukup rasa)
1-1½ sudu teh tepung jagung
1 sudu teh jus lemon (jika suka)
½ sudu besar bunga cengkih (jika suka)

Cara-cara membuatnya:

Untuk membuat intinya masak kesemua bahan samada bahan inti menggunakan buah nenas segar atau nenas dalam tin. Gunakan api perlahan dan kacau selalu menggunakan senduk kayu supaya tidak hangit sehingga airnya kering dan warnanya keemasan. Rasa dan tambah gula jika perlu. Keluarkan bunga cengkih dari inti tat nenas dan sejukkan. Inti tat nenas ini tahan disimpan dalam peti sejuk selama 1 minggu.

Cara membuat pastri. Ayak tepung gandum, tepung jagung, garam dan gula kedalam mangkuk adunan. Masukan mentega dan telur dan digaul bersama. Jika doh terlalu kering, tambahkan mentega (kira-kira 1 sudu besar). Bahagikan doh kepada 30 bahagian dan bulat-bulatkan.

Nipiskan bola kecil yang telah dibuat dan masukan intinya kemudian bentukkan memanjang kira-kira 1 - 1½ inci panjangnya. Gunakan tapak tangan untuk membentuk tat nenas. Gunak pisau kecil untuk membuat bentuk berpangkah pada bahagian atas tat. Sapukan telur dan susun dalam dulang (dialas parchment paper jika suka) dengan jarak 1 inci di antara tat nenas.

Panaskan oven 350F (180C) dan bakar selama 20 -25 minit atau sehingga tat nenas berwarna perang keemasan.

H/T: novice baker

NOTA MASAKAN TAT NENAS:
  1. Sapuan telur pada permukaan tat nenas boleh menggunakan telur sahaja. Jika dicampur telur dicampur dengan susu pekat ia akan kelihatan lebih berkilat dan keemasan.
  2. Resepi ini boleh dapat kira-kira 24 - 30 biji tat nenas.
  3. Jika suka boleh ditambah 1 sudu besar shortening ketika menguli tat nenas untuk menjadikannya lebih rapuh dan cair di mulut.
  4. Jika doh/pastri tat nenas anda terlalu kering dan berderai tambahkan sedikit air atau mentega yang telah dilembutkan pada suhu bilik.

No comments:

Post a Comment