Showing posts with label hidroponik. Show all posts
Showing posts with label hidroponik. Show all posts

Friday, 7 September 2012

Microgreen Tinggi Khasiatnya!

Microgreen Selada (Cress).
Amalkan makan microgreen untuk kesihatan anda
Microgreen atau anak sayur-sayuran yang baru bercambah atau masih dalam peringkat anak pokok yang berumur dari beberapa hari hingga ke beberapa minggu. Pengusaha tanaman ini biasanya bukanlah petani biasa kerana mereka biasanya menanam dalam bangunan menggunakan sistem hidroponik (tanam tanpa tanah, cuma perlukan air dan beberapa bahan tertentu).

Jika petani yang mengusahakan microgreen ini mereka akan menunggu sehingga pokok itu menjadi agak besar sebelum mengambil pucuknya kerana dia mahu pokok itu mengeluarkan daunnya lagi untuk penuaian berikutnya.

Microgreen biasanya lebih mahal berbanding sayur biasa dan selalu digunakan di restoran fine dining dan restoran mahal, tapi ada juga microgreen yang biasa digunakan untuk memasak di rumah seperti taugeh ;)

Menurut kajian microgreen seperti red cabbage, cilantro, red garnet amaranth, green daikon radish mengandungi kandungan tertinggi untuk ascorbic acid (vitamin C), carotenoids, phylloquinoone (vitamin K) & tocopherols (Vitamin E) yang kesemuanya mengandungi antioksidan.

Microgreen red cabbage mengandungi vitamin C yang paling tinggi, sementara microgreen green daikon radish pula amat kaya dengan vitamin E.

Microgreen boleh digunakan sebagai salad, topping pizza, sandwich atau sebagai garnish (hiasan untuk makanan bila dihidang) dan pelbagai masakan.

Contoh-contoh microgreen ialah daun basil, beet, chard, celery, daun pasli, fennel, daun bawang, daun sup, daun ketumbar, kale, taugeh, alfalfa, cress, rosemary dan lain-lain.

Makanlah microgreen untuk kesihatan anda, khasiatnya lebih tinggi berbanding sayur-sayuran yang sudah matang. Kalau mahu anda boleh menghasilkannya sendiri kerana ia tidak memerlukan tanah pun. Makanlah microgreen selalu untuk kesihatan.