Millet atau sekoi dikenali sebagai makanan burung dan ternakan, tapi ia juga sangat berkhasiat untuk anda. |
Millet semakin digemari kerana:
- Millet adalah salah satu makanan yang disukai oleh vegetarian kerana ia kaya dalam kedua-dua serat dan protein yang baik untuk kesihatan.
- Kajian menunjukkan hubungan langsung antara mengurangkan pengambilan daging dan pengurangan berat badan.
- Minat terhadap millet telah berkembang, terutamanya dalam diet yang bebas gluten.
- Ia berkhasiat dan menyihatkan - menyediakan serat, iron, vitamin B, mangan, fosforus, dan magnesium - juga sangat beralkali, membuat ia mudah dihadam dan bagus untuk perut.
Millet adalah bijirin yang sering diabaikan, sedikit manis dan seperti rasa kacang begitu serba boleh ia boleh digunakan dalam segala-galanya dari pilaf ke cookie. Ia mempunyai kualiti menenangkan dan menyamankan perut.
Millet biasa digunakan terutamanya untuk makanan haiwan dan burung, tetapi millet sangat berkhasiat untuk kesihatan dan menjadi makanan ruji dalam diet sebahagian besar penduduk dunia, termasuk Afrika dan Asia.
Sejarah
Millet adalah bijirin purba, ia telah diusahakan selama kira-kira 6,000 tahun. Asalnya ditanam di iklim kering Afrika dan Utara Cina sejak Era Neolitik. (Beberapa tahun lalu, ahli arkeologi menemui semangkuk mi millet yang berusia 4000 tahun di barat laut Cina). Penggunaan millet telah berkembang ke seluruh dunia.
Orang-orang Rom dan Gaul membuat bubur menggunakan millet. Pada zaman pertengahan millet dimakan lebih meluas daripada gandum. Ia juga disebut dalam Perjanjian Lama sebagai bahan untuk roti. Hari ini, millet terus menjadi makanan ruji untuk 1/3 daripada penduduk dunia.
Jenis Millet dan Kegunaannya
Terdapat pelbagai jenis millet, yang utama ialah pearl, foxtail, proso dan finger. Yellow proso adalah jenis yang paling mudah dijumpai telah dibungkus atau dalam tong pukal di kedai-kedai makanan kesihatan. (Beli millet untuk kegunaan manusia, millet yang dijual untuk makanan haiwan dan burung masih mempunyai kulit luar yang tak boleh dihadham oleh manusia)
Di Ethiopia ia digunakan untuk membuat bubur. Millet kisar digunakan dalam flatbreads di India untuk membuat roti (roti tradisional India), di Caribbean, Ethiopia dan Eritrean injera, millet juga dimasak bersama peas dan bean (dibuat dari millet jenis teff). Di Afrika Timur, millet digunakan untuk membuat bir. Di Timur Eropah millet digunakan sebagai bubur dan ramuan untuk penapaian minuman.
Manafaat Kesihatan
Millet adalah sumber protein yang luar biasa, menjadikannya sempurna untuk diet vegetarian yang sihat. Millet juga merupakan sumber yang kaya dengan niasin, copper dan mangan. Anda mungkin mahu mencuba millet jika anda alah/alergik kepada gandum.
Millet adalah whole grain dan oleh itu adalah kaya dengan serat dan fitonutrien. Fitonutrien dan serat mampu mengurangkan kadar kanser kolon, serat sahaja tidak mampu mengurangkan kanser kolon. Fitonutrien yang banyak terdapat dalam millet dipanggil lignan. Lignan boleh mencegah kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser payudara dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Millet juga kaya dengan magnesium dan vitamin B dipanggil niasin. Magnesium membantu merehatkan otot yang melapisi bahagian dalam arteri anda, ini boleh mengurangkan tekanan darah, ia baik untuk kesihatan anda. Magnesium juga berguna untuk pesakit asma dan orang yang mengalami migrain. Niasin boleh membantu mengekalkan tahap kolesterol darah pada tahap yang baik.
Pemilihan dan Penyimpanan
Dapatkan millet di kedai makanan kesihatan, kedai/pasar makanan Asia dan kedai-kedai gourmet. Millet adalah kecil, berupa seperti manik kuning pucat. Simpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang kering dan sejuk, dan millet boleh tahan sehingga sebulan.
Dalam peti sejuk ia akan tahan sehingga setahun. Kadang-kadang millet yang telah dipecahkan di jual dalam bentuk kus kus. Tetapi kus kus kebiasaannya dibuat daripada semolina yang telah dipecahkan.
Cara Memasak Millet
Millet adalah bijirin serba boleh, menjadi tambahan yang sangat baik untuk diet yang sihat kerana anda menambah serat kepada menu anda dan tolak inci dari bahagian tengah/pinggang anda. Millet sangat pelbagai cara masakannya, ia boleh digunakan dalam hidangan utama dan pencuci mulut. Millet mempunyai rasa berkacang yang halus. Bergantung kepada cara millet dimasak, teksturnya boleh menjadi rangup atau lembut. Millet cenderung untuk menurut rasa makanan yang dicampur dengannya.
Untuk memasak millet,
- Campurkan 1 cawan millet dan 1 sudu teh minyak sayuran, 2 cawan air. Biarkan mendidih. Mereneh dan tutup selama 25 hingga 30 minit. Ia akan berganda dalam kuantiti selepas semua air diserap. Jika ia ditutup dan tak dikacau ketika ia dimasak, anda akan menghasilkan bijirin yang kembang, jika selalu kacau, ia akan mempunyai konsistensi berkrim.
- Sebagai satu pembaharuan, cuba millet sebagai bijirin sarapan pagi yang panas. Anda boleh memasak dengan jus epal, bukannya air, dan campurkan dengan kismis, gula perang atau kekacang.
- Bijirin yang dimasak juga boleh dicampurkan dengan peas atau beans untuk membuat burger vegetarian. Hanya gabungkan kedua-dua bahan (mereka harus cukup lembut sebagai satu doh/adunan), tambah beberapa perisa dan bentuk sebagai Patties. Bakar atau pan-fried seperti patty burger.
- Millet juga berfungsi dengan baik sebagai sup dan stews. Hanya bilas millet dalam tapisan atau penapis dan tambah kepada campuran sup atau stew. Ia mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit untuk millet menyerap cecair dan menjadi lembut.
- Untuk memasak bijirin asas: Bilas 1 cawan millet dan tapis keluar airnya. Dalam periuk sederhana, masukkan 2 1/2 cawan air dan 1 cawan millet hingga mendidih. Tutup, kurangkan haba kepada sederhana rendah, dan masak selama 15 minit. Angkat dari api dan biarkan terbuka tanpa ditutup selama 20 minit. Gaulkan dengan mentega atau minyak zaitun dan campur sedikit garam, serbuk lada hitam atau herba. Boleh menghasilkan kira-kira 3 cawan.
- Untuk tekstur lembut seperti kentang lenyek, lebihkan air (dalam resepi 5) menjadikan 3 1/2 cawan dan reneh, tutup sehingga air diserap, kira-kira 45 minit hingga 1 jam.
- Untuk rasa lebih berkacang, sebelum memasak, goreng tanpa minyak sambil dikacau-kacau atas api sederhana, kacau sentiasa sehingga wangi, kira-kira 3 minit.
- Lebihan millet boleh dicampur ke dalam salad, goreng dengan tauhu dan sayur-sayuran, dibentuk menjadi croquettes/pegedil, atau masak bersama susu, madu, dan kayu manis untuk sarapan pagi.
Cubalah millet untuk kesihatan anda.
Setahu sekoi ini makanan burung terkukur. Dulu arwah bapa saya ada bela burung terkukur beri makan dengan bijirin sekoi.
ReplyDeleteakubiomed: Ya,betul, millet/sekoi ni digunakan untuk makanan burung dan haiwan ternakan selain dari makanan kita manusia ;)
ReplyDeletemsti kena cuba ni...
ReplyDeleteShack: Ya, cubalah ;)
DeleteShack: Ya, cubalah. Gigi pun akan jadi sihat kalau amalkan selalu. Millet sejenis makanan beralkali akan mengurangkan tahap keasidan badan anda ;)
ReplyDeletedah biasa makan nasi, mungkin bole cuba tq ngan info ya
ReplyDeleteDonny len: Sama2, just sharing ;)
Deletelaaaaa..mak tatau la plak sekoi makanan burung nih manusia pun buleh makan! Isk..isk..isk.
ReplyDeleteMak Lagenda: Ya betul, tapi ada beza sikit, yang makanan burung tu ada kulit, macam padi, untuk manusia kulit luar dah takder macam beras ;)
Deleteada rasa macam oat x...
ReplyDeleteS..U..D..@..I..S : Lain sikit rasanya.
Deletebelum pernah cuba makan ni
ReplyDeleterasanya satu kampung aku tak ada sorang pun makan benda ni
hehe
tehr: Betul tu, sebab ini biasanya makanan ruji di Afrika ;)
Deleteish...betul2 boleh mkn ke ni? nampak sgt saya ni jakun kan? huhu...
ReplyDeletewahida: Ya, betul boleh makan. Tapi ada 2 jenis, untuk makanan haiwan dan makanan manusia. Jangan terbeli untuk makanan haiwan sebab dia masih ada kulit luar yang tak boleh dihadhamkan oleh manusia ;)
Deletekalu kt area kl mne nk dpt sekoi ni..
ReplyDeletemaksud saya bukan untk beri kpd binatang..
atau mngkn yg dh ready bleh mkn trus tanpa masak..
Hai anonymous: Boleh dapat dari
Delete1) kedai yang menjual makanan kesihatan
2) kedai yang menjual makanan organik
3) bahagian yang menjual makanan organik di supermarket contohnya di Jusco, ada bahagian atau department yang menjual makanan organik.
4) Farmasi (setengah2 farmasi).
5) Boleh juga cari di lain2 kedai dan supermarket.
Good luck ;)
Millet ni boleh dicampurkan ke dalam beras yg utk masak nasi ke???
ReplyDeleteCubalah dan tengok hasilnya.
DeleteMaaf nak tanya.. sekoi dan jewawut(jawawut) adalah bende yg sama ke...
ReplyDeleteAkhimullah Abd Hamid: Sekoi dan jewawut tak sama. Sekoi adalah sekoi dan jewawut (jawawut) adalah barli.
Delete