![]() |
| Vitamin B12 dan Asid Folik Dapat Meningkatkan Daya Ingatan atau Memori |
Vitamin mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan kesejahteraan penuaan dan mental yang sihat, serta mengekalkan kognitif berfungsi dengan baik.
Kajian dijalankan ke atas 700 orang yang berusia 64 - 70 tahun, 1 kumpulan diberikan dos asid folik dan vitamin B12 setiap hari sementara 1 kumpulan lagi diberikan pil placebo yang menyerupai vitamin dan asid folik tersebut.
Dos yang diberikan adalah 400 mikrogram asid folik dan 100 mikrogram Vitamin B12.
Setelah 1 tahun diberikan kumpulan yang mengambil vitamin dan mengambil pil placebo yang menyerupai vitamin tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam memori masing-masing. Tetapi selepas 2 tahun dan ujian dijalankan sekali lagi, kumpulan yang diberikan vitamin menunjukkan peningkatan yang positif dalam memori mereka berbanding yang mengambil pil placebo.
