Showing posts with label Berlari. Show all posts
Showing posts with label Berlari. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

Senaman Tabata Ringkas dan Berkesan Membakar Kalori

Tabata memerlukan larian sepantas yang boleh hanya untuk 20 saat saja.
Kesihatan sudah pasti memerlukan senaman. Tabata adalah sejenis senaman yang berselang dan berintensiti tinggi yang memerlukan hanya 14 minit untuk melengkapkannya.

Pencipta senaman Tabata ialah Izumi Tabata, Ph.D., mendapati bahawa peserta dalam protokol senaman ini membakar kalori yang tinggi sehingga 48 jam selepas sesi senaman selesai.

5 langkah untuk melakukan protokol senaman Tabata:
  1. Mula dengan memanaskan badan selama 5 minit dengan berjalan cepat di atas treadmill. 
  2. Berlari pecut sepantas yang anda boleh selama 20 saat.
  3. Berjalan kaki cepat selama 10 saat. 
  4. Ulangi pergerakan 2 & 3 (berlari 20 saat dan berjalan 10 saat) sebanyak 8 kali. 
  5. Cool down selama 5 minit.
Satu senaman yang ringkas. Selamat mencuba dan bakar kalori yang berlebihan untuk kesihatan anda!

Thursday, 2 June 2011

9 Kebaikan Berlari Secara Reverse

Kesihatan yang bagus sudah tentunya di belakangi oleh senaman. Betul ke? Tahukah anda salah satu trend senaman atau latihan fizikal bagi tahun 2011 ialah berlari secara reverse atau secara gostan (reverse running)?

Reverse ini bukanlah baru malah ia telah pun ada pada tahun 70an. Ia telah pun digunakan oleh doktor sukan untuk merawat atlit yang tercedera.

Ia juga merupakan perkara yang amat penting dalam sukan hoki, tinju malah bola sepak juga.

Kebaikan Reverse Running

Kebaikan utama reverse running adalah ia melindungi sendi (seperti lutut) dan membakar lebih banyak kalori sehingga 5 kali lebih banyak berbanding berlari ke depan.

Di antara kebaikannya untuk kesihatan ialah:

  1. Keseimbangan badan anda bertambah baik, begitu juga dengan penglihatan peripheral & pendengaran.
  2. Mengencangkan otot.
  3. Di sebabkan pengurangan impak pada sendi, ia selalu di sarankan untuk tempat pemulihan dari sakit lutut dan tulang belakang.
  4. Pelari reverse hanya perlukan 80% kelajuan pelari ke depan untuk mencapai kesan fisiologi dan kecergasan yang sama.
  5. Teknik berlari ini juga dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular.
  6. Oleh kerana anda menggunakan bahagian hadapan kaki untuk berlari bahagian ibu jari kaki menjadi lebih kuat dan ini membantu membentuk postur tubuh yang lebih baik.
  7. Memperbaiki pemikiran kognitif dan kelajuan tindak balas.
  8. 1 lap berlari secara reverse memberikan tahap kecergasan bersamaan dengan 6 lap berlari ke depan.
  9. 100 langkah ke belakang memberikan kebaikan yang sama dengan 1000 langkah ke depan.

Keburukannya hanyalah mungkin anda akan mengalami sakit tengkuk jika anda selalu menoleh ke belakang semasa berlari. Mungkin juga di peringkat permulaan anda akan terlanggar sesuatu ketika berlari seperti tiang lampu, orang, pokok dan lain-lain.

Cara Memulakan Reverse Running

  • Cari kawasan yang rata, cukup lebar dan tidak berlubang-lubang untuk berlari.
  • Cari tempat untuk berlari yang lurus sejauh 50m hingga 100m, berjalan di atasnya dan pastikan tiada lubang-lubang dan batu-batu.
  • Di peringkat permulaan berlari secara berpasangan. Seorang berlari ke belakang dan seorang ke depan dalam jarak yang dekat dahulu.
  • Condongkan badan kebelakang dan gunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk menolak anda untuk berlari ke belakang.
  • Cuba tidak menoleh ke belakang terlalu kerap.
  • Mulakan semasa anda memanaskan badan atau menyejukkan badan selepas bersenam. Kemudian tambah masa dan jarak larian anda sedikit demi sedikit.

Marilah kita sama-sama berlari gostan untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan