![]() |
| Tabata memerlukan larian sepantas yang boleh hanya untuk 20 saat saja. |
Pencipta senaman Tabata ialah Izumi Tabata, Ph.D., mendapati bahawa peserta dalam protokol senaman ini membakar kalori yang tinggi sehingga 48 jam selepas sesi senaman selesai.
5 langkah untuk melakukan protokol senaman Tabata:
- Mula dengan memanaskan badan selama 5 minit dengan berjalan cepat di atas treadmill.
- Berlari pecut sepantas yang anda boleh selama 20 saat.
- Berjalan kaki cepat selama 10 saat.
- Ulangi pergerakan 2 & 3 (berlari 20 saat dan berjalan 10 saat) sebanyak 8 kali.
- Cool down selama 5 minit.
Satu senaman yang ringkas. Selamat mencuba dan bakar kalori yang berlebihan untuk kesihatan anda!
