Sunday 27 February 2011

Lima Rahsia Awet Muda


Lima rahsia ini melibatkan seluruh panca indera kita.

Bagaimana caranya? Salah satu caranya ialah dengan memastikan ketajaman dan sensitiviti deria kita dengan melakukan beberapa latihan tertentu.

1. Deria pendengaran
Dengar dan hargai semua getaran bunyi dan suara di sekeliling kita. Bukana hanya mendengar muzik kegemaran kita sahaja. Duduk berhampiran tingkap yang terbuka, buka pendengaran anda, tutup mata, diam dan dengar segala bunyi yang ada.

2. Deria Penglihatan
Sudah anda tidak mempunyai masalah untuk melihat sesuatu yang besar dan luas. Mulakan memerhati sesuatu yang kecil seperti semut berjalan, daun jatuh dan lain-lain lagi. Selain itu perhatikan perlakuan orang dan fahami gerak-geri bahasa tubuh mereka.

3. Deria rasa
Siapkan makanan dengan nasi dan lauk berasingan. Makan dengan perlahan dan nikmati rasa makanan yang berlainan.
Perhatikan bagaimana tekstur makanan terasa pada gigi dan lidah. Kunyah perlahan-lahan.

4. Deria bau
Kumpul bahan yang mempunyai bau seperti bunga, tumbuh-tumbuhan, daun, buah, sabun wangi dan lain-lain. Tutup mata anda dan ambil satu benda pada satu masa dan biarkan diri anda menyerap aroma satu persatu.

5. Deria sentuhan
Ambil barang-barang yang mempunyai berat dan tekstur yang berbeza. Contohnya kerang, kain sutera dan batu. Letak di atas meja, tutup mata, ambil barang-barang tu satu persatu dan rasa tekstur, suhu dan berat setiap barang. Deria sentuhan kita menyediakan sumber maklumat penting dan sumber utama kesenangan.

No comments:

Post a Comment