- Beralih kepada produk yang lebih baik untuk kesihatan seperti kapas atau bulu yang kemungkinan sangat rendah menggunakan bahan kimia penghalang kebakaran ini.
- Kerap mencuci tangan kerana kontek dari tangan ke mulut adalah yang paling biasa terjadi. Ini boleh mengelakkan kesihatan diri kita dari terdedah kepada bahan penghalang kebakaran, plumbum (lead) dan racun makhluk perosak.
- Gunakan pencuci hampagas (vacuum) dengan filter hepa dan gunakan mop basah dengan kerap untuk mengawal habuk bagi menjaga kesihatan.
Tuesday, 31 May 2011
Kesihatan dan Kimia Penghalang Kebakaran
Sunday, 29 May 2011
Catering di SS17 Subang Jaya 29 Mei 2011
Penyediaan makanan oleh Shasha Catering.com untuk majlis perkahwinan anak perempuan Encik Mustafa di SS17, Subang Jaya Selangor. Majlis berlangsung pada hari ini 29 Mei 2011 dengan meriahnya.
Berikut adalah gambar-gambar makanan, kanopi dan lain-lain sekitar majlis perkahwinan yang ceria ini.
Gerbang masuk ke majlis perkahwinan, kelihatan tetamu sedang makan.
Masa makan untuk majlis ini sudah hampir selesai, kelihatan sebahagian tempat duduk telah dikosongkan.
Seorang tetamu sedang memilih makanan di meja buffet.
Deretan khemah dan meja makan mengikut tema majlis kali ini iaitu merah hitam. Kelihatan sungguh meriah.
Pengantin bergambar kenangan dengan ibu-bapa selepas makan beradab.
JOY inside you attracts happiness and success from outside. I choose to be happy. From: AbangAbu Abuayubul Ansari.
Thursday, 26 May 2011
Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011
Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung dari 25 - 29 Mei 2011. Hari kedua 26 Mei 2011 saya telah berkesempatan melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia ini. Ekspo ini diadakan pada 2 tingkat, tingkat bawah(tingkat 3) dan tingkat atas (tingkat 4).
Kali ni kita kena masuk melalui tingkat atas, sebab pengunjung biasanya hanya bertumpu ditingkat bawah saja jika pintu masuk berada ditingkat bawah. Satu perubahan yang bijak.
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan pada lawatan ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 tersebut.
Madetill Event Management menjual dan menyewa peralatan untuk catering, keperluan makanan & minuman dan pelbagai majlis keramaian.
Sugar Flour sebuah sekolah untuk menghias kek dan confectionary, menjual macaron dengan harga RM10 sepeket yang mengandungi 4 biji macaron selain pelbagai jenis kek dan confectionary. Penggemar makanan yang berasal dari Perancis ini jangan lepaskan peluang untuk merasainya.
Ada juga booth yang memasang chocolate fountain dan menjual makanan seperti buah-buahan yang disalut dengan coklat cair ini. Harganya RM2.00 sahaja untuk setiap cucuk buah bersalut coklat dan ditabur kacang ini. Anda boleh pilih buah yang anda suka seperti strawberi, nenas, pisang dan sebagainya.
Di booth Dewan Bahasa & Pustaka selain buku berkenaan makanan, tumbuh-tumbuhan, jahitan dan lain-lain, buku ini sungguh menarik, Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Terjemahan dari Bahasa Inggeris mengajar kita bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan serta cara membaca dengan laju. Bagus ni kalau kita baca.
Arils Centre kedai barangan kulit yang menjual beg, topi, tali pinggang, capal dan lain-lain. Warna capal ditentukan oleh warna kulit lembu yang didapati. Warna hitam dan coklat adalah biasa, tapi warna coklat cair (seakan-akan kelabu, tapi saya dah lupa apa warna panggilannya) sangat susah didapati dan amat digemari ramai. Menurut jurujualnya, warna coklat cair ni datangnya dari lembu susu.
Choky Black sebuah kedai biskut yang seakan-akan Famous Amos tu, tapi ini buatan Malaysia tau. Tengok biskut-biskut dalam balang tu, ada juga yang dah siap dipeketkan. Sedap-sedap biskut dia, cubalah.
Asfa Leather Enterprise dari Selangor sebuah lagi booth yang menjual barang-barang kulit. Terdapat topi, tali pinggang, key chain pelbagai bentuk, wallet untuk lelaki, purse untuk wanita, gelang kulit pun ada (yang macam lilit kat pergelangan tangan tu), beg sandang, selipar kulit dan macam-macam lagi. Menarik...
Ini pula Gerai OA yang menjual pelbagai barangan dari orang asli (atau orang asal seperti yang mereka panggil) dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa mengambil untuk. Dikendalikan oleh sukarelawan yang bekerja tanpa diberi gaji. Mereka tiada kedai dan barang dipamirkan bila ada ekspo yang beri tapak percuma atau harga rendah. Sukarelawan dan kedai amat di alu-alukan.
Booth yang menjual penapis air beralkali jenama 5 Star. Air beralkali sangat bagus, di antara kebaikannya ialah menghilangkan sakit lutut, mencergaskan badan, menghilangkan lenguh dan sakit-sakit badan, mengeluarkan toksin dari badan, mengeluarkan lemak berlebihan dari badan selepas kita makan makanan berminyak, awet muda dan sebagainya.
Sunday, 22 May 2011
Minuman Ajaib: Karot, Ubi Bit dan Apel
Minuman kesihatan ini telah lama disebarkan kira-kira 10 tahun yang lepas. Mr Seto seorang selebriti telah minum jus ini dan telah menyembuhkan beliau dari penyakit barah paru-paru. Seorang pakar herba cina telah memberikan petua ini kepadanya. Setelah 3 bulan minum jus ini beliau telah sembuh dari penyakitnya.
Anda hanya perlukan 1 karot, 1 ubi bit & 1 apel. Jangan kupas kulit. Buat jus sekali dengan kulitnya. Terus minum selepas jus siap untuk mendapat khasiat kesihatan yang terbaik.
Jus ini sangat berkhasiat dan senang diserap dan digunakan untuk kesihatan badan anda. Sangat berkesan jika anda ingin mengurangkan berat badan. Anda akan perasan sistem imun anda bertambah baik dalam 2 minggu. Pastikan minum sebaik saja jus siap untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Waktu & Cara Minum:
Minum di waktu pagi ketika perut kosong, sebelum makan apa-apa. 1 jam selepas tu barulah boleh makan. Untuk kesan yang lebih cepat minum 2 kali sehari, 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu petang ketika perut kosong, hanya makan sejam selepas minum jus ini.
Di antara khasiat untuk kesihatan ialah:
- Menghalang pertumbuhan sel kanser.
- Mengelakkan penyakit hati, pankreas dan buah pinggang. Boleh menyembuhkan ulser juga.
- Menguatkan paru-paru, mengelakkan serangan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan/kekebalan) badan kita.
- Bagus untuk penglihatan, menghilangkan mata yang merah, penat dan kekeringan mata.
- Membantu menghilangkan sakit akibat latihan fizikal dan kesakitan otot.
- Untuk detox, memudahkan buang air dan mengelakkan sembelit. Seterusnya ia akan menyihatkan kulit & nampak lebih ceria. Juga membantu menghilangkan jerawat.
- Mengurangkan bau nafas akibat dari masalah penghadhaman dan jangkitan kerongkong.
- Mengurangkan sakit senggugut.
- Mengelakkan dari terkena serangan penyakit alahan yang mewujudkan gatal pada mata dan hidung bagi pengidap penyakit (hay fever) ini.
Amalkan minum jus ini untuk kesihatan.
Wednesday, 18 May 2011
Khasiat Ubi Bit (Beet Root)
Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit mengandunig sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.
Ia mengandungi betacyanin, antioksidan yang kuat, yang memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.
Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:
Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.
Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.
Baik untuk hati: Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.
Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.
Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.
Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.
Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.
Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).
Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.
Kehadiran mineral Boron dalam jus bit membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia.
Pada zaman kuno Bit digunakan untuk mengubati demam dan sembelit. Pada Abad Pertengahan, bit juga digunakan sebagai ubat untuk gangguan pencernaan.
Daun Bit juga baik untuk menyembuhkan luka selain bagus sebagai makanan seperti salad dan sayur. Jadi gunakanlah ubi bit untuk kesihatan.
Perhatian: Bit mengandungi oksalat, yang jika diambil secara berlebihan, boleh menyebabkan cecair tubuh mengkristal. Jadi orang dengan masalah buah pinggang atau hempedu harus mengelakkan bit.
Tuesday, 17 May 2011
101 Khasiat Karot (Lobak Merah)
Kesihatan boleh diperolehi salah satunya dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.
Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.
Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah:
- Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
- Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
- Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
- Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
- Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
- Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
- Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.
Monday, 16 May 2011
5 Kebaikan Apel Untuk Kesihatan.
> Menghalang Kanser
Kajian menunjukan apel dapat mengelakkan barah payu dara. Juga dapat menghalang kanser paru-paru, prostate, pankreas dan pelbagai barah pada sistem penghadhaman.
Quercitin pada apel dapat menghalang terjadinya barah paru-paru.
> Jus Apel Menghalang Penyakit Alzheimer
Alzheimer sejenis penyakit yang mengganggu kesihatan ingatan seseorang, dapat dihalang dengan selalu minum jus apel. Kajian ke atas tikus menunjukkan peningkatan ingatan bila jus apel dicampur ke dalam air minuman mereka.
2 hingga 3 gelas jus apel sudah mencukupi dan adalah bagus jika di ambil dengan pemakanan yang seimbang.
> Kesihatan Jantung
Pektin dalam apel dapat menurunkan kandungan kolesterol tak baik. Untuk kesihatan jantung yang baik kita memerlukan serat larut dan tak larut. Isi buah apel mengandungi serat larut dan kulit apel mengandungi serat tak larut ini.
Antioksidan dalam apel dapat menghalang atherosclerosis (pemendakan lemak pada salur darah yang boleh menyebabkannya tersumbat) dan juga dapat menghalang sindrom metabolisma yang menjurus kepada penyakit jantung dan diabetes, repot dari US Apple Association.
> Apel boleh mengelakan Jangkitan
Serat larut dalam buah-buahan termasuk apel dapat meningkatkan pengeluaran protein anti radang yang dipanggil interleukin-4. Ini dapat dilakukan dengan hanya memakan apel.
> Apel Bukan Segalanya
Berbagai-bagai kebaikan apel termasuklah mengurangkan kesan negatif dari pengambilan lemak yang tinggi, malah dapat melengahkan risiko diabetes. Dengan adanya serat larut dan tak larut pada apel menjadikan ianya sejenis makanan yang sangat menarik dalam diet kita.
Akan tetapi apel bukanlah segalanya. Untuk kesihatan yang baik hendaklah diingat adalah penting untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sepanjang hari. Amalan pemakanan seimbang dengan penambahan apel ke dalam diet tersebut adalah sesuatu yang bijak untuk kesihatan.
Sunday, 15 May 2011
Seminar Strategi Perniagaan IK2 14 Mei 2011
Pada 14 Mei 2011, telah berlangsung Seminar Strategi Perniagaan IK2 (IK kuasa 2) di Hotel Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Sifu Irfan Khairi yang telah memberi info dan tunjuk ajar yang amat berguna kepada kami semua.
Selepas membuat pendaftaran, sementara menunggu seminar bermula, kami dipersilakan minum di sini, tiada makanan tapi ada kopi dan teh untuk sesiapa yang ingin minum. Saya dah makan sarapan di rumah jadi tak perlulah saya minum lagi. Untuk minum pagi (makan tengahari) & minum petang ada makanan dan minuman. Pendek kata kenyang. Terima kasih sifu dan PBS. (Gambar ni saya ambil selepas semua orang dah minum, jadi semua makanan dan minuman dah clear).
Sifu Irfan Khairi memulakan seminar seperti biasa dengan santai tapi penuh dengan info. Cool...
Branding sangat penting kata sifu ;)
Encik Jefri mengendalikan presentation. Ada 3 kumpulan semuanya Student Fly, I Kola dan Cediz Bent. Kumpulan saya Cediz Bent.
Sesi Q & A dikendalikan oleh sifu IK dan En Alen. Ia diadakan selepas break untuk makan tengahari.
Bergambar kenangan selepas tamat seminar. Terima kasih Siti kerana sudi tangkap gambar kami semua. Kelihatan air mineral yang disediakan. Makanan ada, minuman masa dalam bilik seminar pun ada. Terima kasih semua.
Monday, 9 May 2011
1 Hari Melancong Ke Pulau Pinang
Jangan lupa ke Lorong Kulit di sebelah Stadium Bandaraya. Ini adalah tempat menjual barangan second hand. Di sini terdapat pelbagai barangan lama seperti topi besi dari zaman kolonial, piring hitam lama (gramophone) yang masih berfungsi dengan baik, radio lama dari zaman 70an dan pelbagai barangan yang unik yang sudah pasti mengisi keseronokan pelancongan ke sini.
Tuesday, 3 May 2011
Kebaikan Air Beralkali
Badan manusia secara semulajadi adalah sedikit beralkali. Masalah kesihatan yang serious akan muncul jika badan kita berasid dalam jangka masa yang lama.
Bahan buangan berasid (terhasil dari makanan dan minuman, stres dan pencemaran alam kita) dibuang ke saluran darah dan limfa. Kemudian ia diangkut ke hati dan buah pinggang untuk proses detoksifikasi dan eliminasi. Kesan badan yang berasid adalah sangat besar kepada kesihatan kita, ia memberikan keadaan yang sangat negatif dan mempengaruhi kesemua fungsi yang penting dari denyutan jantung sehinggalah ke saraf otak.
Di antara beberapa kebaikan air beralkali ialah:
- Memperbaiki gejala penyakit perut seperti cirit-birit, pengawalan keasidan yang tinggi, masalah penghadhaman dan abnormal fermentation (dalam perut dan usus). Air ini juga membantu sistem penghadhaman berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya juga dalam proses pembuangan sisa.
- Meningkatkan tahap metabolisma dan tenaga. Ini berguna untuk menurunkan berat badan dan memberi kesan awet muda dengan memperbaiki sel-sel yang telah rosak yang diakibatkan oleh radikal bebas. Ia dapat menghaluskan dan membuat kulit nampak lebih muda.
- Air beralkali dan berion pula mempunyai rasa yang lebih segar dan tidak berbau. (Bayi tidak sesuai untuk diberikan air beralkali, sebaliknya elok di beri air neutral yang mempunyai pH7.0).
- Detox. Air beralkali menyahkan toksin dan mengeluarkan bahan berasid yang meracuni badan kita dan menjadikan kita lebih sihat dan segar.
- Air beralkali menyeimbangkan pH badan kita yang biasanya berasid akibat dari makanan dan minuman, stres dan pencemaran. Keseimbangan pH memperbaiki tahap kesihatan kita.
- Air beralkali lebih baik untuk hidrasi berbanding air biasa kerana ia mempunyai molekul yang lebih kecil, jadi ia lebih mudah diserap oleh badan kita dan seterusnya memberikan kesihatan yang diingini.
Monday, 2 May 2011
Tip Melancong ke Bandung, Indonesia
Pelancongan ke Bandung, Indonesia boleh menjadi kesukaan ramai kerana terdapatnya tarikan seperti:-
Tasik kawah gunung berapi. Ada 3 buah tasik yang menjadi tarikan pelancong, iaitu Tangkuban Perahu, Kawah Ratu dan Kawah Domas yang terletak di puncak gunung. Hanya Kawah Domas yang gunung berapinya masih hidup, jadi air di tasiknya panas sehingga boleh merebus telur, boleh juga merendam kaki.
Sementara Tangkuban Perahu dan Kawah Ratu gunung berapinya sudah mati dan air tasiknya sejuk saja. Pemandangan dari puncak gunung di sini sungguh indah dan pemanduan ke tasik ini melegakan dengan jalan bukit yang di banjari hutan yang nyaman. Bayaran masuknya adalah kira-kira USD27.
- Cuaca di puncak gunung ini sejuk, jadi jangan lupa membawa baju tebal supaya tidak kesejukan pula.
- Ramai penjaja jalanan akan datang untuk menjual barangan mereka seperti kraftangan. Katakan saja tidak dan mereka tidak akan mengganggu anda dengan begitu rapat lagi.
- Cuba elakkan pergi pada hujung minggu kerana orang terlalu ramai, sebaliknya pergi pada hari biasa kerana pelawatnya agak berkurangan walaupun tempat ini sentiasa dikunjungi orang.
Rumah Mode adalah gedung factory outlet yang paling besar di sini. Gedung ini patut dilawati walaupun hanya untuk window shopping kerana ia sebuah gedung yang indah dan mewah dengan suasana yang sungguh nyaman.
Donatello Shoe House pula mempunyai kasut yang pelbagai jenis yang sungguh popular di kalangan peminat kasut. Ia mempunyai koleksi terbaik untuk kasut pump dan kasut bertumit rendah.
Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.
Toko Tas yang terletak di Jalan Riau adalah tempat yang bagus untuk para penggemar beg dan kasut. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik di sini.
Makanan yang menjadi pilihan pelancong pula ialah;
- Warung Pasta- di sini terdapat lebih dari 50 jenis hidangan pasta seperti lasagna, pizza dan me. Ada banyak keju pada pastanya malahan harganya pun murah.
- Kartika Sari Bakeri- terkenal dengan kek lapis, brownies dan kek keju. Mereka juga ada membuat penghantaran ke hotel-hotel.
- Nasi Padang Simpang Raya- menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan bersih dalam persekitaran yang lapang. Makanan ringan yang terkenal di sini adalah pisang molen dan jus avokado. Sekali makan bayarannya adalah dalam lingkungan RM15.
- Berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan Pasar Baru.
- Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali.
- Jangan lupa tawar-menawar. Harga untuk pelancong biasanya lebih mahal berbanding harga untuk penduduk tempatan, jadi tawar harga sebelum membuat bayaran.
- Jangan pakai baju yang terlalu mendedahkan badan kerana penduduk tempatan akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa.
- Jika menggunakan teksi pastikan guna meter, jika tidak menggunakan meter jangan naik kerana teksi akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk pelancong.
Sunday, 1 May 2011
Kamera Baru Nikon COOLPIX L21
Ini sarung dia.
Ini kotak dia.
Warranty card untuk 1 tahun yang warna kuning tu dan extended warranty kad selama 2 tahun surat putih tu, menjadikan jaminan selama 3 tahun lamanya. Menarik kan!
Notice tarikh beli dia hari ni 1/5/11.
Gambar pertama kamera baru di KL Sentral.
Inilah kamera lama kesayangan saya dengan sarungnya yang telah banyak berjasa. Saya beli dia sebelum ke LIMA Langkawi pada Disember 2007. Dah 4 tahun guna ni, dah macam2 tempat dia pergi dari LIMA, Formula 1, Thailand, Singapura, seminar2 dll, baru lah dia kurang sihat. Jadi kenalah beli kamera baru tu.
Kamera baru (Nikon) tangkap guna kamera lama (Samsung).