Tuesday, 31 January 2012

Khasiat Kunyit

Kunyit bagus untuk kesihatan. Boleh digunakan dalam pelbagai masakan.
Kunyit adalah salah satu herba yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah menjadi amalan terutamanya kaum Melayu dan India.

Kunyit padat dengan nutrien menjadikannya antioksidan yang lebih kuat untuk kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran .

Antioksidan adalah nutrien utama dalam menjaga kesihatan yang:

  • Menyokong fungsi ingatan 
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan sistem imun
  • Dan secara keseluruhan, membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas .

Kandungan antioksidan kunyit datang dari sebatian aktif yang dipanggil curcuminoids, yang mengandungi antioksidan yang:

  • 5 hingga 8 kali lebih kuat daripada vitamin E, juga lebih kuat daripada vitamin C
  • 3 kali lebih berkuasa daripada biji anggur atau ekstrak kulit kayu pain
  • Cukup kuat untuk memusnahkan oksidan yang paling aktif iaitu radikal hidroksil

Selain dari kepadatan nutrien untuk kesihatan, ia berkalori rendah dan termogenik semula jadi dalam kunyit meningkatkan tahap kesihatan metabolisme anda, ia membantu anda membakar kalori. Ini penting jika anda cuba untuk menguruskan badan.

Sementara itu, hampir semua orang yang hidup di dunia kini mengalami tekanan hidup yang tinggi yang mampu mengganggu kesihatan. Kunyit mengandungi sejenis adaptogen - bahan yang membantu menyokong badan anda terhadap tekanan dan meningkatkan kesihatan sistem imun.

Amalkan penggunaan kunyit demi kesihatan anda setiap hari kerana ia menyokong banyak fungsi - mata, kulit, tulang dan sendi, hati, penghadaman dan banyak lagi.

Monday, 30 January 2012

Tarian Singa @Latest Recipe, LMKL 30 Januari 2012

Pagi tadi kira-kira pukul 9.15 pagi persembahan Tarian Singa telah diadakan di Restoran Latest Recipe dan seluruh LMKL sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012.

Selepas persembahan tarian, singa merah dan emas ini mengadakan persembahan akrobatik yang mendebarkan dihadapan pintu utama hotel (tak sempat tangkap gambar akrobatik ni sebab bateri habis). 

Sungguh meriah LMKL hari ini. Enjoy the photos!

Persembahan dimulakan di lobi hotel, Front Office & Conservatory

Kemudian menaiki tangga menuju ke Latest Recipe Restaurant

Kelibat 2 ekor singa, merah dan emas mula kelihatan melalui dinding cermin LR.

Singa emas masuk dari bahagian kiri restoran Latest Recipe.

Singa merah pula terus mengelilingi LR dari sebelah kanan restoran

Kedua-dua singa bertembung dan bertegur sapa sebelum meneruskan tarian.

Singa emas menaikkan kepalanya dengan hebatnya dalam perjalanan keluar ke pintu besar Latest Recipe.

Sang singa makan limau dan ambil angpau dulu sebelum keluar dari LR dan
meneruskan lenggok ke Restoran Prime pula dan ke seluruh bangunan LMKL.

Saturday, 28 January 2012

Pelancongan Unik di Guangzhou, China

Roda Ferris tertinggi di dunia terletak di Menara Canton, Guangzhou, Cina
ketika dalam pembinaan. Foto: imagechina.com
Pelancongan merupakan satu hobi yang menarik. Sudahkah anda membuat pelancongan ke Guangzhou, China kerana di sini terdapat Ferris Wheel tertinggi di dunia dengan ketinggian 450 meter dan tertinggi terletak di Menara Canton, Guangzhou, China. Ferris wheel ini jauh melepasi ketinggian Singapore Flyer, Ferris wheel tertinggi di dunia sebelum ini setinggi 165 meter.

Pelancongan ke Ferris wheel yang terletak di Guangzhou ini unik kerana ferris wheelnya tidak dibina seperti Ferris wheel biasa seperti rekaan Singapore Flyer atau London's Eye di England. Ferris wheel ini dibina mendatar dalam bentuk bulatan mengelilingi puncak bangunan Menara Canton memberikan pengalaman pelancongan yang menarik.

Ferris wheel di Menara Canton ini mempunyai 16 buah kapsul yang mampu membawa 4 - 6 orang pelancong bagi setiap kapsul menjadikan muatan keseluruhan seramai 96 orang yang akan memberikan pengalaman pelancongan yang hebat.

Ferris wheel Menara Canton ini dibina menggunakan teknologi makro-molekul yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan yang jelas sehingga 360 darjah.

Ferris wheel ini mengambil masa 20 - 40 minit setiap pusingan dan mula dibuka pada pelancongan dan lawatan pada 2 September 2012.

Friday, 27 January 2012

LMKL 7th Annual Dinner 19 Januari 2012

LMKL annual dinner telah berlangsung pada 19 Januari 2012 yang lalu dengan meriahnya. Tema malam ni Haloween Spooktacular. Berikut sedikit gambar-gambar majlis makan malam yang diadakan. Lucky draw telah dilakukan selepas persembahan terakhir oleh F&B Service, agak lewat. Walaubagaimanapun semuanya berjalan lancar dan semuanya gembira pada majlis sekali dalam setahun ini.
Kaunter pendaftaran. En Sunny membahagikan door gift (LMKL Magicube)

Pintu masuk ke LMKL Annual Dinner 2012 bertemakan hantu....

Lorong ke majlis selepas melepasi 2 mayat di pintu masuk. Seram...

Makanan yang dihidangkan bercampur daraaaahhh.....

ABC Hantu Kak Limah pun ada. Mana mari ni...?

2 ketul otak manusia yang dihurungi ulat hijau dan biji mata, termasuk dalam menu malam ni.

Setting meja spooktacular.....

Close up centrepiece di tengah meja makan. Menakutkan ah?

Le Meridien Kuala Lumpur 7th Annual Dinner. Tema malam ini Halloween Spooktacular

Ada seorang hantu askar jepun sedang minum malam ni. Baru keluar dari hutan...

Persembahan pertama dari top management. Chef Antoine menyembur racun pada
hantu-hantu. Turut membuat persembahan GM, Greg G, Fauzy etc.

Ucapan pembukaan majlis LMKL annual dinner oleh GM.

Persembahan ke-2 oleh peserta-peserta pertandingan nyanyian.
Tom, pemenang tempat ke-3 sedang menyanyikan lagu Isabella bersama peserta lain.

Pertandingan Interdepartment bermula. Peserta pertama dari Sales Department.
Hantu-hantu perempuan berdebat.

Peserta interdepartment ke-2. Kitchen department. Chef Antoine, Chef Budiman dan
lain-lain jadi King Satan dan hantu-hantu yang menakutkan.

Peserta interdepartment ke-3, Housekeeping Department. Haider dan
dan kawan-kawan menarikan tarian hantu yang gemalai dan mengasyikkan.

Peserta pertandingan interdepartment ke-4, Laundry Department, menjual
pelbagai jenis hantu. Kelihatan hantu kopek, dracula, pocong  dan lain-lain.

Peserta ke-5 pertandingan interdepartment, Front Office mempersembahkan
hantu lelaki sedang mengorat hantu perempuan.

3 orang hakim yang mengadili pertandingan interdepartment malam ini.
GM dan 2 rakan lain.

Peserta ke-6 dan terakhir malam ini F&B Service. Tom bawa motor dan Rajan
membonceng tiba dengan skuter Vespa muncul dari belakang ballroom.

Peserta ke-6 sedang beraksi, Tom bercakap bahasa Thailand, (tak sangka dia pandai cakap
 Thai) dan Rajan mengubati pesakit, Apek (baju putih) dan Albert sedang terbaring sebagai pesakit.

Tuesday, 24 January 2012

Raikkonen kembali ke F1 dengan aksi ujian persendirian di Valencia

Kimi Raikkonen kembali beraksi di F1 pada 2012 setelah 2 tahun bersara. Foto: krspace

Juara dunia 2007, Kimi Raikkonen telah kembali memandu kereta Formula 1 buat kali pertama dalam tempoh 2 tahun. Raikkonen menghabiskan hari Isnin (semalam) dengan  memandu Renault 2010-spec di litar Valencia Sepanyol dalam sesi ujian yang diatur khas yang direka untuk membantu dia membiasakan diri dengan F1 bila dia kembali ke sukan itu musim ini.

Finn, yang akan berlumba untuk pasukan Lotus (dahulu Renault) pada tahun 2012, akan menghabiskan 2 hari akan datang dengan R30. Dia akan menumpukan perhatian untuk menyesuaikan diri kepada kokpit F1 selepas memandu dalam Kejohanan Rally Dunia dan juga akan mendapat peluang pertama untuk mencuba tayar Pirelli, walaupun dia menggunakan tayar demonstrasi-spec pengeluar Itali.

Raikkonen kali terakhir memandu kereta F1 di Grand Prix Abu Dhabi 2009 apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada Ferrari. Selepas ujian persediaan ini, Raikkonen akan menyertai rakan sepasukan baru Romain Grosjean dan menilai kereta Lotus 2012 pada sesi pertama pra-musim pelbagai pasukan, bertempat di Jerez dari 7-10 Februari 2012.


Monday, 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Pentas yang didirikan bersebelahn pasar malam Taman Cahaya
Indah. Kelihatan pemuzik tradisional Cina sedang membuat persembahan.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di seluruh dunia sempena sambutannya pada hari ini  23 Januari 2012. Tahun baru ini dikenali sebagai tahun Naga Air. Semoga tahun baru ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama kaum di negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, murah rezeki dan aman sentosa semuanya.

Tadi saya ke pasar malam Tmn Cahaya Indah, Ampang. Tak ramai peniaga dan pengunjung, saya naik basikal ajer, tak payah jalan kaki. Kaum Cina semuanya tutup kedai, termasuk juga kaum lain- india dan melayu pun ada yang tutup.

Gong Xi Fa Cai, Xi Nian Kuai Le!

Biskut Kacang Pea (Green Peas Cookies)

Foto:auntyyochana
Biskut kacang peas ni adalah salah satu juadah yang popular sempena sambutan tahun baru Cina
Bahan-Bahan
1 cwn Tepung Kcg Peas
1 cwn Tepung Gandum
1/2 cwn Gula Aising
1/2 st Baking Powder
1/2 st Garam
1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning

Cara-Cara

  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

Sunday, 22 January 2012

Apakah Sepsis (jangkitan kuman dalam darah)?

Elakkan Sepsis dengan mengambil imunisasi dan menjaga kebersihan
Penyanyi Izwan Pilus,meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis) yang serius.

Apakah sepsis (jangkitan kuman dalam darah) ni? Macam mana pula dia boleh dapat masalah kesihatan ini? Risiko untuk mendapat jangkitan kuman dalam darah ni camner? Boleh dielakkan ke? Ini buat kita tertanya-tanya kan?

Sepsis
Sepsis ditakrifkan sebagai kehadhiran/kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain. Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh maju ke disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan kematian. Malah, sepsis adalah punca utama kematian yang ke-10 di seluruh dunia. Di hospital-hospital, Sepsis menyumbang 40% daripada jumlah kos ICU. Kos kesihatan hospital di seluruh dunia yang dikaitkan dengan sepsis adalah dianggarkan USD$16.7bilion.

Punca dan risiko
Sepsis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana di dalam badan. Tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:
  • Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
  • Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
  • Lapisan otak (meningitis)
  • Hati atau pundi hempedu
  • Paru-paru (pneumonia bakteria)
  • Kulit (cellulitis)
  • Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis). Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital, jangkitan biasa bermula dari talian intravena, luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus).
Simptom (Tanda-tanda)
Bila mendapat Sepsis tekanan darah menurun, seterusnya menyebabkan kejutan. Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat, berhenti berfungsi dengan betul.
Perubahan dalam status mental dan hyperventilation mungkin tanda-tanda awal sepsis.

Secara umum, simptom sepsis termasuklah:
  • Rasa sejuk
  • Kekeliruan atau kecelaruan
  • Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
  • Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
  • Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
  • Pening akibat tekanan darah rendah
  • Denyutan jantung yang cepat
  • Menggigil
  • Ruam kulit
  • Kulit hangat (warm)
Tanda-tanda dan ujian
Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotik.

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan termasuk:
  • Gas darah 
  • Ujian fungsi buah pinggang 
  • Kiraan platelet
  • Kiraan sel darah putih
  • Perbezaan darah (Blood differential)
  • Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)
Rawatan
Jika anda mempunyai sepsis, anda akan dimasukkan ke hospital, biasanya unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik  akan diberi melalui vena (intravena).

Oksigen, cecair yang diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru.

Bagi sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat yang dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu.

Jangkaan (prognosis)
Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.

Komplikasi
  • Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.)
  • Masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang)
  • Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah)
  • Kematian
Pencegahan
Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan. Ikuti prosedur mencuci tangan dengan berhati-hati dan penjagaan (care) peralatan perubatan dapat membantu mencegah jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang membawa kepada sepsis.

Friday, 20 January 2012

6 Aplikasi Hebat Untuk Menjejak Kehilangan Telefon Bimbit

Keselamatan telefon bimbit berada di tangan anda. Anda tidak sedar ia telah berlaku samada anda tertinggal atau telah diambil dengan sengaja dari beg anda oleh orang yang berniat tak baik. Kehilangan telefon bimbit bermakna anda kehilangan ratusan atau ribuan ringgit. 

Walaupun anda telah berjaya mengesan telefon bimbit anda menggunakan aplikasi tertentu, lebih baik untuk anda melaporkan kepada  pihak polis demi keselamatan anda, untuk mengambilnya bagi pihak anda sekiranya orang yang mengambil telefon anda itu merbahaya.

Ada 6 aplikasi yang menarik untuk anda cuba atau pilih.



McAfee Wave Secure adalah satu aplikasi yang menarik dan popular. 
  • Boleh mengesan telefon anda melalui GPS. 
  • Ia menyediakan lebih banyak maklumat berbanding aplikasi lain.
  • Anda akan mendapat sejarah panggilan orang yang mencuri telefon anda walaupun mereka menukar kad SIM telefon anda.
  • Terdapat satu lagi aplikasi WaveSecureUPA yang anda boleh pasangkan untuk melindungi terhadap aplikasi utama sekiranya ia dinyahpasang (uninstalled).
  • Ia selamat dan tersembunyi.
  • Harga USD19.90 setahun. Terdapat 1 minggu trial percuma.


Mobile Me adalah servis daripada Apple menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mengesan telefon anda hilang.
  • Untuk keselamatan, anda boleh mengunci telefon, menetapkan kod pas dan memadam data telefon bimbit anda.
  • Harga USD99.00. Bagaimanapun pengguna yang menggunakan iOS  4.2 boleh mendapatkan 'Mobile Me' secara percuma.



Prey Anti-Theft juga percuma.
  • Mengesan GPS telefon anda dengan menghantar mesej.
  • Anda kemudiannya boleh mengesan melalui web interface.
  • Aplikasi ini tetap bekerja walaupun pencuri menukar kad SIM anda.
  • Perisian juga disediakan untuk mengesan laptop dan tablet.


Aplikasi Where’s my Droid diperolehi dari pasaran android.
  • Ia membolehkan anda memasukkan kod ke dalam telefon bimbit anda.
  • Walaupun telefon anda ditetapkan pada bergetar atau senyap, kod yang dimasukkan akan menyebabkan telefon memainkan bunyi amaran pada kelantangan yang tinggi sehingga telefon bimbit anda dijumpai.
  • Aplikasi ini juga boleh memberi maklum balas kepada anda melalui lokasi GPS telefon bimbit, serta pautan lokasi ini pada Google map.
  • Aplikasi ini amat berkesan jika anda kehilangan telefon bimbit anda di dalam bilik atau di sesuatu kawasan.


Satu lagi aplikasi yang berguna ialah Mobile Defense.
  • Aplikasi yang amat berguna jika anda telah meninggalkan telefon anda di tempat awam atau jika anda rasa telefon anda telah dicuri.
  • Anda perlu melengkapkan pendaftaran selepas memasang  Mobile Defense untuk mengaktifkannya.
  • Selepas dipasang ia akan bergerak secara senyap di background telefon bimbit tanpa disedari.
  • Jika anda kehilangan telefon bimbit anda, 
  1. Pergi ke dashboard  Mobile Defense dan log in. 
  2. Klik peta untuk membuka kawalan jauh. 
  3. Di sebelah kanan skrin anda, mana-mana telefon yang anda telah daftar akan berada di sana. 
  4. Klik 'sambung ke telefon' untuk mengaktifkan perisian ini  Mobile Defense . 
  5. Apabila sambungan telah dibuat, lokasi telefon anda akan ditunjukkan dalam Google map.


Device Locator adalah aplikasi yang simple.
  • Hanya login ke akaun anda diinternet untuk mengesan lokasi telefon anda. 
  • Ini akan menyebabkan telefon anda untuk membuat bunyi bising, serta mengunci telefon untuk menghalang akses.
  • Harga USD4.99
Sudahkah anda mengambil tindakan untuk keselamatan telefon bimbit anda?

Thursday, 19 January 2012

Pramugari koma di tanah suci.




Untuk renungan bersama ......


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.


Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.


Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.


Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.


Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.


Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.


Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.


"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.


Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.


Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.


Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.


Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.


Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.


Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.


Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.


Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.


Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.


Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.


Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.


Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.


Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.


Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.


Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.


Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??


Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"


“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.


Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.


Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.


Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.


Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.


Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.


"Habis yang puan pergi haji ini?"


"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."


"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.


Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,


"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.


"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.


"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.


Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.


Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.


Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."


Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.


Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.


Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,


"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.


Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."


Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.


Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.


Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.


"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.


Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.


Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.


"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.


Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.


Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.


Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.


Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.


Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.


Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."


Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.


"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.


Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.


Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.


Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."


Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.


Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.


Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.


"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.


Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.


Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.


Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.


"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.


"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."


Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.


Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.


Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.


"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."


Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.


Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.


Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.


Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."


"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.


Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."


"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.


Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.


Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."


Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.


Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?


Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?


Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?


Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN


WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


Petikan dari: facebook

Cubalah Makanan Beralkali Untuk Kesihatan Anda

Pisang ialah salah satu makanan beralkali yang boleh mengurangkan keasidan
badan yang tinggi untuk kesihatan anda.
Masalah kesihatan disebabk keasidan badan semakin menjadi-jadi di dunia moden kini. Badan yang terlalu berasid boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti kerengsaan kulit yang kecil hingga kemurungan, keletihan dan sakit belakang yang kronik arthritis, ulser dan osteoporosis.

Pertama sekali, lihat senarai tanda-tanda untuk mengetahui jika anda boleh terlalu berasid di sini.

Berikut adalah senarai makanan beralkali yang boleh membantu anda untuk menstabilkan kelebihan keasidan bagi menjaga kesihatan anda.

Makanan Beralkali Untuk Diamalkan:
  • Ubi kentang
  • Sayur-sayuran hijau, mentah atau dimasak, ulam, salad, kubis, dan sebagainya.
  • Sayur-sayuran berwarna: lobak merah, ubi bit (beets), kecuali untuk tomato.
  • Jagung (dalam bentuk kernel atau dimasak sebagai bubur jagung)
  • Susu (bentuk cecair atau tepung susu), keju kotej (large curd cottage cheese), krim, mentega
  • Pisang
  • Badam, kacang Brazil (Brazil nuts)
  • Buah berangann (chestnut)
  • Buah-buahan kering: kurma, kismis (kecuali buah yang berasid seperti nenas, aprikot, epal)
  • Susu badam (almond milk)
  • Buah zaitun hitam dalam minyak
  • Aprikot
  • Sejuk-ditekan minyak (Cold pressed oil)
  • Gula semula jadi

Makanan Berasid Untuk Dielakkan
Jika anda terlalu berasid, makan makanan ini boleh menyebabkan lebih banyak masalah.
  • Tepung bertapis: roti putih, pasta
  • Bijian: beras putih
  • Bijirin manis dan pencuci mulut: kek, pai, biskut
  • Gula putih dan gula perang
  • Kacang: Kacang soya, kacang kuda, kacang merah , garbanzos
  • Daging merah: Daging lembu, kambing, daging babi, cold cut
  • Ikan berlemak: Salmon, ikan kap, herring, mackerel
  • Krustasia: Lobster, udang, kupang
  • Condiments: capers, jeruk, pimentos, sawi, sos tomato, mayonis
  • Lemak: marjerin, lemak babi
  • Minuman: Kopi, teh, susu coklat, minuman bergas, jus tomato, jus oren, jus limau gedang, wain, spirit kuat (strong spirit).
Elakkan makanan yang berasid ini untuk mendapat kesihatan yang lebih baik atau anda boleh cuba produk ini untuk menjaga tahap keasidan badan demi kesihatan anda sendiri.

Wednesday, 18 January 2012

Adakah Badan Anda Terlalu Berasid?

Makanan yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan
keasidan pada badan anda.
Keasidan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit fizikal. Pemakanan yang diambil kini banyak mengandungi unsur-unsur berasid atau yang boleh menyebabkan keasidan badan seperti protin, bijirin (cereal) dan gula.

Makanan beralkali diambil dalam kuantiti yang lebih kecil menjadikan kandungan alkali mereka tidak mencukupi untuk meneutralkan lebihan asid. Ini akan mengganggu kesihatan anda.

Makanan perangsang seperti tembakau, teh, kopi dan alkohol juga amat mengasidkan badan dan tidak baik untuk kesihatan. Tekanan hidup dan kegiatan fizikal (yang tidak mencukupi atau berlebihan) juga menyebabkan pengasidan badan anda.

Adakah anda mengalami masalah keasidan?
Periksa tanda-tanda berikut demi kesihatan anda.


1. Kekurangan tenaga, selalu lesu, kehilangan tona fizikal dan pemacu psikik, tubuh terasa berat, perasaan ketidakupayaan.
2. Suhu badan yang lebih rendah; kerap berasa sejuk.
3. Kecenderungan untuk mendapat jangkitan penyakit berjangkit.
4. Kehilangan motivasi, kegembiraan dan semangat.
5. Kecenderungan untuk kemurungan .
6. Gemuruh, gelisah tanpa sebab, hiperaktif, sensitif dengan bunyi nyaring dan mudah tertekan.
7. Muka pucat.
8. Sakit kepala.
9. Air mata mudah keluar.
10. Konjunktivitis (Mata merah).
11. Keradangan kornea dan kelopak mata.
12. Air liur berasid.
13. Gigi longgar.
14. Gisi sensitif dan keradangan gusi.
15. Ulser di dalam mulut.
16. Pecah-pecah di sudut bibir (bahagian kiri-kanan bibir).
17. Jangkitan berulang pada tekak dan tonsil.
18. Gigi sensitif kepada makanan yang panas, sejuk atau berasid.
19. Gigi cenderung untuk retak atau cip.
20. Sakit pada saraf gigi.
21. Asid perut yang berlebihan.
22. Regurgitasi asid (keadaan di mana asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan sehingga ke dalam mulut. Ia adalah asid yang memberikan rasa masam, dan pahit di dalam mulut).
23. Gastritis (Keradangan pada lapisan perut).
24. Ulser.
25. Kuku yang nipis dan pecah-pecah dan mudah pecah.
26. Rambut kelihatan kusam, pecah-pecah di hujung rambut dan rambut gugur.
27. Kulit kering.
28. Kulit cenderung untuk gatal-gatal di kawasan-kawasan di mana terdapat banyak peluh.
29. Gatal-gatal.
30. Kekejangan otot dan kekejangan kaki.

Kesihatan anda berada di tangan anda.

Monday, 16 January 2012

Apakah Pimentos atau Pimento?

A. Lada benggala B. Sweet Banana, C. Pimento
Foto:waynesword.palomar.edu 

Buah zaitun hijau disumbat pimento
Foto: brickersblog














Pimento adalah perkataan Sepanyol untuk lada. Pimento adalah lada besar yang merah & manis, berbentuk hati, dengan rasa yang lebih manis daripada lada benggala. Pimentos dipek dalam tin dan botol/balang sama ada dipotong memanjang, dihiris nipis-nipis atau dipotong dadu. Pimento adalah lada yang digunakan untuk disumbat dalam buah zaitun hijau. Pimento juga adalah lada yang  digunakan untuk membuat paprika (sejenis serbuk lada).

Sunday, 15 January 2012

Apakah Capers? Apa rasanya?

Caper, kudup bunga masih pada
pokoknya. Foto: mylot.com
Pelbagai saiz capers, ada besar,
sederhana, kecil. Foto: celnet.org.uk













Capers adalah kudup bunga Capparis Spinosa, tumbuhan berduri, yg sentiasa menghijau berasal dari Mediterranean dan beberapa bahagian Asia. Capers telah lama menjadi makanan kegemaran di rantau Mediterranean

Selepas kudup dituai, ia dikeringkan di bawah cahaya matahari, dijeruk samada dalam cuka, air garam, wain atau garam. Pengawetan mengeluarkan rasa masam lemonnya, lebih kurang sama dengan buah zaitun hijau.Ada pelbagai saiz capers dari kecil (kira-kira saiz baby pea hijau) sehingga saiz buah zaitun kecil.

Lebih kecil capers tersebut maka lebih mahal lah harganya. Capers yang lebih besar lebih kuat rasanya dan kurang aromatik. Capers, kudup herba kecil yang memberikan rasa masam dan masin yg mengasyikkan pada salad, kuah, sos, sayur-sayuran dan pelbagai hidangan utama.