Sunday, 22 July 2012

1 Ramadhan 2012/1433H Bersama Irfan Khairi

Pada 1 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012 buat pertama kalinya saya dapat berpuasa dengan Sifu Irfan Khairi ketika menghadhiri kelas kedua kursus DIMS 2nd batch. Saya ingin mencatatkan peristiwa ini sebagai salah satu peristiwa manis yang tak dapat saya lupakan dalam hidup saya.

Hanya ini saja gambar-gambar yang sempat saya rakamkan disebabkan sibuk mendengar lecture yang disampaikan oleh lecturer kami Sifu Irfan Khairi di AeU, Kuala Lumpur ini.

Enjoy the pics ;)

Walaupun berpuasa Sifu Irfan Khairi tetap bersemangat memberikan lecture kepada kami.

Sifu Irfan Khairi dari dekat (maaf blurr sikit). Topik hari ini iaitu topik kedua bagi Kursus Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing di AeU Kuala Lumpur ialah membina Laman Web yang menjual.


Sifu Irfan Khairi menjawab salah satu pertanyaan dari salah seorang pelajar.


Kami beratur untuk mendapatkan dummy domain,  username & password untuk latihan praktikal membina laman web pada waktu petang nanti yang akan di kelolakan oleh krew Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) En Zul dan En Putera.

Kami semua berada di Tingkat 20, Main Building, Asia eUniversity, Kuala Lumpur. Sebelum kelas kami bermula pada pukul 9.30pagi, kira-kira pukul 8.30pagi Sifu Irfan Khairi masih berada dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara live di TV1, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Saturday, 7 July 2012

Apakah Cucian Kering?

Cucian kering biasa digunakan untuk mencuci pakaian seperti kot ini
Cucian kering atau Dry cleaning. Apa itu cucian kering? Sebenarnya cucian kering adalah mencuci menggunakan pelarut selain daripada air.

Ada 3 jenis pelarut yang biasa digunakan iaitu:

  1. Perchlorethylene atau PERC. Ini adalah jenis pelarut yang paling biasa digunakan dalam cucian kering.  Ia sangat toksik dan karsinogen. Ia lekat pada pakaian dan boleh meresap ke dalam badan dan menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan serta mencemarkan alam sekitar dan udara. Ia secara beransur-ansur dihentikan penggunaannya di Amerika dan Eropah tetapi ada kemungkinan 80% daripada pengusaha cucian kering masih menggunakannya.
  2. Hydrocarbon. Pelarut yang berasaskan petroleum. Ia lebih baik daripada PERC, tetapi tidak betul-betul mesra alam kerana ia berasaskan petroleum. Tetapi ia lebih baik daripada sesuatu yang 100% toksik. Kira-kira 10% pengusaha cucian kering menggunakannya.
  3. GreenEarth adalah jenama pelarut, ia sebenarnya dikenali sebagai siloxane. Ia selalu diiklankan sebagai green atau mesra alam tetapi ia adalah sebaliknya. Mungkin lebih baik daripada petroleum, tetapi masih karsinogen kerana ia adalah bahan kimia dan tidak baik untuk anda yang menggunakan cucian kering.
  4. Cecair CO2. Ia adalah karbon dioksida yang diletakkan dibawah tekanan supaya menjadi cecair dan digunakan sebagai pelarut. Ia adalah yang paling baik, selamat dan mesra alam. Pakaian keluar bersih dan bebas bahan kimia. Kurang dari 50 pengusaha cucian kering menggunakan bahan ini untuk cucian kering mereka.
Mungkin anda boleh bertanya kedai cucian kering apa jenis pelarut (solvent) yang mereka gunakan bagi keselamatan anda bila membuat cucian kering.

Wednesday, 4 July 2012

Khasiat Halia, Kunyit, Bawang Putih dan Bawang besar

Bawang putih sejenis herba yang boleh mengurangkan risiko kanser, gastrik, ulser dan merendahkan tahap kolestrol anda. 
Herba/rempah yang anda gunakan pada setiap hari mempunyai khasiat kesihatan yang amat baik. Di antara herba yang biasa digunakan ialah halia, kunyit, bawang putih dan bawang besar.

Di antara khasiat yang ada ialah:

Halia
  1. Bahan aktifnya flavonoid gingerol dapat mengurangkan dan mengelak penyebaran sel-sel kanser.
  2. Mengurangkan mabuk dalam perjalanan.
  3. Merendahkan tahap kolestrol.
  4. Mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan keganansan platelet dan mempunyai sifat anti radang yang boleh melawan penyakit jantung.
Kunyit
  1. Flavonoid curcumin bahan aktif yang terdapat dalam kunyit dapat mendorong kematian sel-sel kanser.
  2. Ia juga dapat mengurangkan saiz tumor kolon sehingga 57%.
  3. Curcumin juga dapat menghalang perkembangan sel-sel kanser.
Bawang putih
  1. Pengambilan bawang putih yang tinggi dapat mengurangkan risiko kanser kerana ia menghalang pembentukan nitrosamine (sejenis karsinogen) dari makanan yang dimakan.
  2. Bawang putih mentah atau dimasak yang ditambah pada makanan dapat mengurangkan risiko kanser colorectal (kanser kolon atau rektum) sehingga 30%.
  3. Boleh mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 31%.
  4. Menurunkan triglycerides dan kolestrol yang tak baik (LDL kolestrol) sehingga 50%.
  5. Allicin bahan aktif dalam bawang putih boleh membunuh bakteria H Pylori (bakteria yang menyebabkan masalah penghadaman termasuk gastrik dan ulser.)
Bawang besar
  1. Herba yang boleh membunuh 100% bakteria dalam makanan.
  2. Bahan aktif flavonoid quercetin boleh melawan tumor pada paru-paru dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. Mengawal alergik pada hidung.
  4. Mengurangkan risiko kanser prostate.
  5. Melindungi dari penyakit jantung.
Tambahkan herba/rempah di atas, halia, kunyit, bawang putih, bawang besar dan lain-lain ke dalam makanan anda setiap hari untuk kesihatan.

Saturday, 30 June 2012

Rempah dan Herba Untuk Kesihatan

Bawang besar adalah sejenis herba yang boleh membunuh kuman 100% dalam makanan, mengurangkan risiko kanser,   diabetes dan antioksida yang bagus.
Herba pada umumnya  adalah mana-mana bahagian tumbuhan seperti daun, biji, atau bunga dan lain-lain yang digunakan untuk perisa, makanan, perubatan, atau minyak wangi. (Istilah botani pula herba ialah tumbuhan yang tidak berkayu). Rempah pula ialah herba yang telah dikeringkan.

Di antara khasiat dan faedah herba dan rempah ialah:
  • Bawang putih, bawang merah (besar dan kecil), allspice dan oregano boleh membunuh bakteria 100%.
  • Thyme, kayu manis, lada benggala, cengkih, serai, bay leaf, rosemary, marjoram, mustard, tarragon dan jintan putih dapat membunuh bakteria 75% - 90%.
  • Pasli cina, buah pala, caraway, daun pudina, daun ketumbar, dill, daun selasih, sage dan fennel boleh membunuh bakteria sebanyak 50% - 72%.
  • Kayu manis, cengkih, bay leaves, bawang putih dan merah (kecil dan besar) bagus untuk mengurangkan diabetes.
  • Peria juga bagus untuk diabetes, memperbaiki tahap glycogen pada hati dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah.
  • Kunyit dan bawang merah (besar dan kecil) dapat mengurangkan pra-kanser lesion (tisu yang tak normal) pada usus.
  • Halia, cengkih, daun ketumbar, kayu manis, dill, oregano, rosemary, sage, lavender, thyme, anise, basil dan cardamon dapat mengurangkan kekejangan usus.
  • Bawang putih, halia, kunyit, bawang merah (kecil/besar), rosemary dan oregano bagus untuk antioksida.
Gunakan herba dan rempah sebagai makanan harian anda untuk kesihatan anda.



Saturday, 16 June 2012

Cara-cara Mengurangkan Lemak di Perut

Elakkan makanan berminyak/berlemak dan bergula untuk mengurangkan lemak di perut anda.
Untuk mengurangkan lemak di perut ialah dengan menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat dan seterusnya mengekalkannya.

Ada 2 cara utama untuk mengurangkan lemak di perut:

  1. Teknik Senaman. Anda melakukan sit up dan crunch tapi tak berjaya mengurangkan lemak yang ada di perut? Senaman seperti ini tidak patut dilakukan pada permulaan.Mulakan dengan squat, deadlift, sit-up, lunges dan senaman belakang dan dada untuk menyasarkan otot-otot besar di kaki (leg), dada dan bahagian belakang. Senaman begini boleh meningkatkan tahap metabolisma dalamasa 24 - 48 jam berikutnya.
  2. Pemakanan seimbang. Amalkan pemakanan seimbang. Jangan amalkan plan diet seperti diet kurang lemak yang melampau atau rendah karbohidrat kerana diet yang melampau seperti ini akan menghilangkan jisim otot dan merendahkan kadar metabolisma.
5 jenis makanan yang mampu mengurangkan lemak di perut ialah:
  1. Buah beri (blueberi, rasberi, strawberi dan lain-lain). Elakkan buah beri dalam tin kerana ia telah ditambah gula dan lain-lain bahan.
  2. Kekacang (almond, walnut, biji gajus, kacang tanah dan lain-lain). Elakkan yang dry roasted, bergaram, bergula dan sebagainya.
  3. Oat. Elakkan yang segera, berperisa dan bercampur gula. Oat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, mengeluarkan lemak yang tak baik dari badan. Untuk rasa yang lebih enak tambahkan beri dan kacang dalam oat anda. 
  4. Daging merah. Pilih yang diberi makan rumput, bison dan haiwan liar (game). Jila boleh elakkan yang diberi makan bijirin, penternakan secara besar-besaran (mass produce) dan battery reared.
  5. Telor. Elakkan yang diberi makan 100% bijirin dan battery farm egg. Kalau boleh beli yang organik dan dari ayam yang di bela bebas bukan yang dikurung sahaja.
Bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan lemak di perut anda.

Tuesday, 12 June 2012

Anda Ingin Gembira?

Jika anda ingin gembira, buat keputusan untuk jadi gembira dan stick to it
Menurut laporan dari kajian terkini yang dibuat selama  beberapa dekad, negara paling gembira di dunia ialah Denmark, Finland, Norway dan Iceland. Laporan ini memfokuskan kepada kegembiraan dan pertumbuhan ekonomi.

Wang sudah tentunya memberikan kegembiraan, siapa tak gembira kalau dapat wang kan. Selain dari wang kita akan merasa gembira bila menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan keluarga, mempunyai badan yang sihat dan kekerapan berasmara sementara perjalanan ke tempat kerja yang panjang dan meeting dengan boss memberi kesan yang sebaliknya.

Negara kaya mempunyai rakyat yang lebih gembira berbanding negara miskin.

Kepercayaan dari masyarakat, kesihatan mental dan fizikal dan undang-undang negara juga mempengaruhi kegembiraan individu.

Selain daripada itu anda juga boleh memilih untuk menjadi gembira, bagaimana? Caranya, buat keputusan untuk menjadi gembira dan berpegang dengan keputusan yang telah dibuat. Anda boleh memutuskan untuk menjadi gembira. Pilih untuk berada dalam suasana gembira dan bersama orang-orang yang gembira.

Juga amalkan tidur yang cukup, makanan seimbang, senaman (exercise) dan sembahyang untuk merasa gembira.

Sunday, 10 June 2012

Jaga Pemakanan Anda Untuk Awet Muda dan Kesihatan

Pilih makanan yang berkalori dan bergula rendah untuk kesihatan dan awet muda
Makanan dan minuman yang tinggi kalori boleh mempercepatkan penuaan dan menurunkan tahap kesihatan anda. Penuaan sangat bergantung kepada diet dan gaya hidup anda. Mereka yang mengurangkan makanan berkalori tinggi hidup lebih lama dan bebas dari diabetes, kanser dan atherosclerosis (pengerasan arteri yang disebabkan oleh penimbunan lemak, kolestrol dan lain pada dindingnya).

Diet CR
Diet ini bukanlah diet yang mengurangkan jumlah makanan yang dimakan tetapi hanya mengurangkan makanan dan minuman yang berkalori tinggi seperti makanan bergoreng dan berminyak, tepung berproses (refined starches), minuman ringan, buah-buahan manis dan protin susu.

Banyakkan pengambilan karbohidat kompleks seperti rebung, ubi keladi, asparagus, lentil (dal), taugeh, brokoli, bunga kobis, buah-buah beri, buah-buah sitrik dan kebanyakan kekacang.

Diet ini bukan untuk menguruskan badan akan tetapi akan menyihatkan anda dan memanjangkan usia anda.

Kebaikan Diet CR

Diet CR akan mengaktifkan gen SIR2 yang boleh memanjangkan usia.
Makanan berkalori tinggi memberikan tekanan pada saluran penghadaman dan mewujudkan banyak radikal bebas yang akan mempercepatkan penuaan.

Diet CR mengurangkan gula dalam darah dan ini merendahkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, candidiasis ( jangkitan kulat), tumor dan kanser.

Hampir kesemua penyakit kronik dan masalah kesihatan disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan dan makanan berkalori tinggi dalam jangkamasa yang panjang.

Pengambilan buah-buahan manis (tinggi kandungan fruktos) boleh menyebabkan rintangan insulin (pra-diabetes), hipertensi (tekanan darah tinggi), asid urik yang tinggi, gout, kerosakan buah pinggang, kandidiasis, imuniti yang rendah dan penyakit jantung.

Buah-buahan yang sihat haruslah organik, kaya dengan enzim dan vitamin, dan sangat rendah dalam fruktosa.

Buah-buahan dan lain-lain bahan yang digunakan untuk makanan tempatan iaitu rojak masih boleh diterima. Elakkan jua buah-buahan dalam tin kerana ia mengandungi 'toksin' dalam bentuk gula, pewarna, perisa, pengawet tiruan.


Jus buah-buahan yang dihidang di restoran biasanya mengandungi gula tambahan (sukrosa), sedikit kurang berbahaya berbanding fruktosa tulen.

Memakan makanan dan minuman yang tinggi kalori pada masa perut kosong, seperti semasa sarapan, boleh membawa kepada sangat lapar, serta gangguan gula dalam darah dan ketidakseimbangan hormon, dalam jam-jam yang berikutnya. Isu-isu kesihatan yang berlaku mempunyai kesan yang besar terhadap kesejahteraan mental dan emosi seseorang.

Sebaliknya, sarapan yang rendah kalori dengan pengambilan protin tumbuhan yang mencukupi boleh mewujudkan kesan yang bertentangan, yang lebih positif, memberi kesan yang amat baik kepada mereka yang mengidap tekanan darah tinggi, kencing manis, dyslipidemia (gangguan lemak dalam darah lemak) dan penyakit jantung.

Kanji berproses (refined starch) seperti mi, biskut, roti, roti dan sebahagian besar bijirin sarapan merendahkan sistem imun, memekatkan darah, menyebabkan lemak darah yang tidak normal, gangguan insulin, hati berlemak, aliran hempedu perlahan, batu karang, kencing manis dan osteoporosis, dan menggalakkan pertumbuhan tumor.

Kesihatan Mental
Walaupun hanya pengurangan sebanyak 20% dalam jumlah kalori yang anda makan, ia boleh membantu mengekalkan isipadu otak dan fungsinya untuk tempoh bertahun-tahun akan datang.

Penuaan biasanya disertai oleh pengecutan otak kerana neuron hilang secara beransur-ansur. Kanji berproses (refined starch) dan gula bertapis menggalakkan penyakit Alzheimer, dementia dan kenyanyukan walaupun otak kita menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama.

Pemilihan Makanan

Protin juga harus dipilih. Lebih mudah protin dihadham maka lebih mudahlah ia diserap oleh badan kita.

Protein mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding kanji / gula, tetapi ia mengurangkan selera makan dengan merangsang hormon leptin. Apa yang membuat kanji berproses atau gula berlebihan menggemukkan adalah kesannya terhadap hormon seperti paras insulin dan leptin, lemak darah dan trigliserida.

Produk tenusu sangat mudah diserap oleh badan oleh itu, memberikan impak kalori yang lebih tinggi ke atas badan berbanding kacang dan lentil.

Ini dapat menjelaskan mengapa produk susu telah dikaitkan dengan penyakit jantung. Mereka yang mengambil diet vegetarian yang terdiri daripada kacang dan kacang dal mempunyai risiko jauh lebih rendah untuk pengumpulan plak dalam arteri jantung mereka.

Lemak dicerna oleh enzim lipase. Penyerapan lemak boleh dikurangkan dengan teh hijau, kuning, Oolong, atau teh hitam yang kaya dengan polifenol (catechin) yang menghalang rembesan enzim lipase membawa kepada pengurangan lemak (kalori) dari diserap oleh usus.

Teh herba dari Hujang yang kaya dengan resveratrol meniru kesan diet CR, manakala teh dari ekstrak buah Guarana atau Garcinia Cambogia boleh mengurangkan selera makan kira-kira 20%.

Kacang yang digoreng dengan minyak mengandungi lemak trans yang berbahaya dan berkalori tinggi. Tetapi kacang pain (pine nut) mengandungi asid pinolenic (asid lemak yang boleh dimakan) yang merangsang rembesan hormon kelaparan yang mengakibatkan penurunan keinginan untuk makan secara berlebihan dan rasa kenyang awal.

Jadi kurangkan makanan dan minuman berkalori dan bergula tinggi untuk kesihatan, awet muda dan umur panjang.