Friday, 30 May 2014
Video berikut sangat bagus untuk marketing kerana ia menyentuh emosi. Iklan ini adalah dari syarikat minuman yang terkenal iaitu coke. Saya bukan nak promosi coke tapi lihatlah cara mereka membuat marketing. Briliant! Video ini telah dikongsikan oleh
Labels:
Coke,
Great Marketing,
marketing,
marketing video
Wednesday, 28 May 2014
Mengapa Lemak Babi tidak ditulis sebaliknya kod E yang dicetak pada label?
Lemak babi yang ada dalam produk makanan atau produk penjagaaan diri tidak ditulis sebagai pig fat atau lemak babi.
Berikut adalah bahagian yang paling penting untuk anda baca dalam kes kod E jika anda tiada masa nak baca semua.
Berikut adalah bahagian yang paling penting untuk anda baca dalam kes kod E jika anda tiada masa nak baca semua.
Jika mana-mana bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, cuba untuk mengelakkannya, kerana ia berkemungkinan mengandungi LEMAK BABI:
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Di hampir semua negara barat termasuk Eropah , pilihan UTAMA untuk daging ialah BABI. Terdapat banyak ladang di negara-negara tersebut yang membiak haiwan babi ini. Di Perancis sahaja ladang babi sahaja menyumbang lebih daripada 42,000 buah ladang.
Babi mempunyai kuantiti tertinggi LEMAK dalam badannya berbanding dengan mana-mana haiwan lain. Tetapi orang Eropah dan Amerika tidak mahu makan lemak.
Oleh itu, di manakah LEMAK BABI ini pergi? Semua babi dipotong dalam rumah sembelih di bawah kawalan jabatan makanan dan ia merupakan masalah kepada jabatan makanan untuk melupuskan lemak yang dikeluarkan dari babi-babi ini.
Kira-kira kira-kira 60 tahun yang lalu lemak babi dibakar untuk melupuskannya. Kemudian mereka mula memikirkan cara untuk menggunakannya. Pertama sekali mereka cuba bereksperimen dengan menggunakan lemak babi dalam pembuatan SABUN dan didapati ianya telah berjaya.
Kemudian, satu rangkaian telah ditubuhkan untuk memproses LEMAK BABI. Lemak babi kemudiannya telah diproses menggunakan bahan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Syarikat-syarikat pengiilangan yang pula telah membelinya untuk kegunaan dalam memproses produk mereka.
Mengikut undang-undang semua negara Eropah, satu peraturan telah dibuat iaitu setiap produk makanan, perubatan dan penjagaan kebersihan diri perlu mempunyai bahan-bahan yang disenaraikan di labelnya. Jadi, bahan ini telah disenaraikan sebagai LEMAK BABI. Mereka yang tinggal di negara eropah sejak 40 tahun yang lalu tahu tentang perkara ini.
Tetapi, produk-produk yang mengandungi LEMAK BABI ini adalah di bawah larangan bagi NEGARA ISLAM, yang mengakibatkan defisit perdagangan bagi negara pengeluar LEMAK BABI ini.
Mengikut undang-undang semua negara Eropah, satu peraturan telah dibuat iaitu setiap produk makanan, perubatan dan penjagaan kebersihan diri perlu mempunyai bahan-bahan yang disenaraikan di labelnya. Jadi, bahan ini telah disenaraikan sebagai LEMAK BABI. Mereka yang tinggal di negara eropah sejak 40 tahun yang lalu tahu tentang perkara ini.
Tetapi, produk-produk yang mengandungi LEMAK BABI ini adalah di bawah larangan bagi NEGARA ISLAM, yang mengakibatkan defisit perdagangan bagi negara pengeluar LEMAK BABI ini.
Pada satu masa dahulu, peristiwa yang berkaitan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor-faktor memprovokasi perang dingin pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru rifle telah dibuat di Eropah dan diangkut jauh merentasi benua melalui laut untuk sampai ke sana. Ia mengambil masa berbula-bulan untuk tiba ke sana dan serbuk peluru di dalamnya telah rosak disebabkan oleh pendedahan kepada air laut.
Kemudian, mereka mendapat idea iaitu memberi salutan peluru dengan lemak, yang merupakan LEMAK BABI. Lapisan lemak terpaksa digores dengan gigi sebelum menggunakannya. Apabila berita tentang salutan lemak babi ini merebak, tentera yang kebanyakannya Islam dan segelintir vegetarian, enggan untuk berperang.
Ini akhirnya membawa kepada perang saudara. Orang Eropah mengetahui fakta ini, dan mereka tidak lagi menulis LEMAK BABI, sebaliknya mereka mula menulis LEMAK HAIWAN. Semua orang-orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an tahu hakikat ini. Apabila syarikat-syarikat tersebut ditanya oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, lemak haiwan apa yang mereka gunakan, mereka beritahu ianya adalah lemak lembu dan biri-biri.
Di sini sekali lagi soalan dibangkitkan, jika ia adalah LEMBU atau Lemak BIRI-BIRI, ia masih haram untuk orang MUSLIM, kerana haiwan ini tidak disembelih mengikut UNDANG-UNDANG ISLAM. Oleh itu, ianya sekali lagi diharamkan.
Ini akhirnya membawa kepada perang saudara. Orang Eropah mengetahui fakta ini, dan mereka tidak lagi menulis LEMAK BABI, sebaliknya mereka mula menulis LEMAK HAIWAN. Semua orang-orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an tahu hakikat ini. Apabila syarikat-syarikat tersebut ditanya oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, lemak haiwan apa yang mereka gunakan, mereka beritahu ianya adalah lemak lembu dan biri-biri.
Di sini sekali lagi soalan dibangkitkan, jika ia adalah LEMBU atau Lemak BIRI-BIRI, ia masih haram untuk orang MUSLIM, kerana haiwan ini tidak disembelih mengikut UNDANG-UNDANG ISLAM. Oleh itu, ianya sekali lagi diharamkan.
Kini, syarikat-syarikat multinasional sekali lagi menghadapi kemarau wang yang teruk, 75% daripada pendapatan mereka datang daripada menjual produk mereka ke negara-negara Islam, dan ini memperolehi pendapatan berbilion dolar keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA ISLAM.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memulakan penggunaan kod, supaya hanya Jabatan Pentadbiran Makanan perlu tahu apa yang mereka gunakan, dan rakyat biasa tidak faham apa yang mereka tulis. Jadi, mereka pun mula menggunakan kod E. Kod E terdapat dalam majoriti produk firma multinasional termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Ubat gigi
Krim untuk bercukur
Gula-gula getah,
Coklat,
Gula-gula,
biskut,
Cornflakes,
Toffees,
Toffees,
Makanan dalam tin,
Buah-buahan dalam tin.
Sesetengah ubat Multi-vitamin
Sejak barangan ini digunakan di semua negara ISLAM secara RAHSIA, masyarakat kita sedang menghadapi masalah memalukan, kekasaran dan sexual promiscuity.
Sejak barangan ini digunakan di semua negara ISLAM secara RAHSIA, masyarakat kita sedang menghadapi masalah memalukan, kekasaran dan sexual promiscuity.
Jadi,, kepada semua orang MUSLIM atau orang yang tak makan daging (vegetarian) supaya menyemak bahan-bahan (ingredients) dalam produk kegunaan harian anda dan padankan dengan senarai berikut kod E. Jika mana-mana bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, cuba elakkannya, kerana ia telah mengandungi LEMAK BABI:
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432 , E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572 , E631, E635, E904.
Dr M. Amjad Khan
Institut Penyelidikan Perubatan
Amerika Syarikat
Begitulah evolusi dari lemak babi kepada kod E. Jika anda suka artikel ini sila klik "like & share" di bawah.
Labels:
kod E,
Lemak Babi
Tuesday, 27 May 2014
Coklat Cadbury Ada Babi dan Haram Dimakan
Coklat Cadbury ada babi, macam mana nak makan kalau ada babi. 2 jenis sampel coklat cadbury yang ada babi di dalamnya ialah Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Tak perlu makan kalau coklat Cadbury ada babi.
Coklat Cadbury ada babi memang betul, menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond DENGAN ada nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi. Gambar Coklat Cadbury ada babi di atas dari kosmo.
Anda dinasihatkan tengok nombor tu setiap kali nak beli Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Anda boleh ingat tarikh luput dan nombor tu atau sentiasa membawa nombor tu ke mana-mana anda pergi untuk membeli coklat Cadbury? Jadi apa pilihan anda, adakah ingin terus makan coklat Cadbury atau melupakannya sahaja? Fikir-fikirkanlah.
Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah menarik balik coklat Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond yang mengandungi babi itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam pada 24 Mei 2014. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menggantung sijil halal kedua-dua produk Cadbury iaitu coklat Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond berkuat kuasa serta-merta.
Monday, 26 May 2014
Seminar HLB 2014 Wisma MCA Kuala Lumpur 25 Mei 2014
Seminar HLB 2014 untuk Kuala Lumpur telah berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang pada 25 Mei 2014 iaitu semalam. Pintu dewan di tingkat 2 telah dibuka pada kira-kira pukul 8.30 pagi untuk semua peserta HLB 2014 Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Sebelum mula bertugas kena simpan beg dulu. Ini masih awal, baru ada beberapa beg.
Hari ini bertugas sebagai krew yang mengagihkan borang disclaimer kepada peserta yang datang di ground floor berhampiran lif. Selepas mengisi borang ini mereka akan diberikan sticker (biasanya wrist band, ni first time guna sticker) untuk dilekatkan ke bahagian dada kiri baju mereka sebelum memasuki dewan seminar HLB 2014 Dr Azizan Osman yang berada di tingkat 2 Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Borang pendaftaran, siapa belum ada borang boleh dapatkan dari saya. Jangan lupa tunjukkan E-Ticket semasa menyerahkan borang dan anda akan dapat sticker untuk dilekatkan pada baju. Untuk kali pertama ni, stickernya berwarna merah.
Sekuriti yang bertugas malam masih bertugas sambil menunggu shif pagi melapurkan diri. Meja sekuriti ini berada di sebelah lif di ground floor. Ramai juga peserta yang menggunakan lif ni walaupun mereka boleh terus ke tingkat 2 untuk mendaftar di hadapan dewan seminar.
Peserta yang masuk dari depan, iaitu dari pintu utama. Dari sini memang ramai. Ada juga yang keluar selepas mendaftar dan mendapatkan sticker untuk bersarapan pagi. Ada meja-meja yang menjual sarapan dibuka di depan Wisma MCA, Jalan Ampang ini.
Lif yang lengang. Masa ni masih pagi lagi, belum ramai peserta HLB 2014 Kuala Lumpur yang tiba di Wisma MCA ini.
Ada peserta HLB 2014 Kuala Lumpur yang mengisi borang disclaimer mereka di ground floor Wisma MCA.
Dan ada juga peserta yang mengisi borang di tingkat 2, Wisma MCA di hadapan dewan seminar HLB 2014 Kuala Lumpur yang akan bermula kira-kira 2 jam lagi di pagi yang nyaman ini.
Para peserta HLB 2014 Kuala Lumpur semua sudah masuk ke dalam dewan dan Dr Azizan Osman sudah memulakan perkongsiannya dengan para peserta. Kami bergerak ke tingkat 3 untuk bersarapan. Terima kasih Dr Azizan Osman kerana menyediakan sarapan untuk kami. Jemput makan.
Dari tangga tingkat 2 menuju ke tingkat 3, ada parking kereta di sebelah Wisma MCA. Rumah ke pejabat di sebelah tu?
Kelihatan gerai-gerai yang menjual sarapan di hadapan Wisma MCA, di tepi Jalan Ampang. Dalam pukul 7.30 pagi mereka dah mula beroperasi sampai tengahari pun ada lagi. Nak makan dan minum boleh jer beli dari sini.
Itu dia meja makanan sarapan pagi. Semua dah menuju ke sana.
Staf-staf yang dah ambil makanan boleh mula makan. Sedap ke?
Beratur untuk mengambil makanan dan minuman masing-masing. Makanan cukup untuk semua orang, sabar-sabar. Mari kita makan bersama-sama di HLB 2014 Wisma MCA Kuala Lumpur. Hari ini boleh pilih nak makan Nasi lemak, nasi goreng atau meehoon goreng dan air kotak. Hmmm,,,, sedap. Terima kasih Dr Azizan Osman.
Saya pilih Nasi Goreng. Ada sambal kerang, (banyak sambal kerang dia) telur rebus dan hirisan-hirisan timun. Air kotak pula, saya pilih air laici. Nasi goreng adalah makanan tradisional melayu, malah kaum lain juga di Malaysia.
Sudah buka tutup. Wah! Sedapnya. Alhamdulillah.
Allah hummabariklana..... Mari kita makan sama-sama sambil berkelah. Best!
Di tingkat bawah dihadapan kami ada air pancut tapi agak tersorok dibelakan pokok-pokok bunga yang merimbun. Cantik dan sejuk mata memandang. Tambah berseleralah kami makan sambil berkelah.
Nun di bawah sana kelihatan matahari semakin menerangi alam di Jalan Ampang, hadapan bangunan Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Mmm.... sedapnya, mari makan.
Wah! Thumbs up for our food today. Nak rasa marilah, jemput jemput...
Selly dah habis makan dah ni. Sekarang kita minum pula. Bismilllah..
Sebahagian staf dah habis makan sarapan dan turun semula ke tingkat 2 untuk bertugas di HLB 2014, Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Ada beberapa kumpulan mat salleh datang dengan kereta mereka dengan berpakaian kemas. Apa mereka nak buat kat Wisma MCA ni? Selly kata ada church atau chapel kat sini.
Meja-meja kecil menjual sarapan masih dibuka.
Ada yang makan sambil bersantai di bawah pokok di hadapan Wisma MCA Jalan Ampang ini. Lepas bersarapan, kami turun semula menyambung tugas di dewan di tingkat 2, Wisma MCA ini. Kenyang dah, alhamdulillah...
Kira-kira pukul 11.00 pagi kami naik ke tingkat 3 sekali lagi untuk briefing tentang pendaftaran peserta ke IMKK 12 - 15 Jun 2014 nanti.
Jom, jom... Cip Fithri dah tunggu. Cip Fithri adalah cip baru kami yang menggantikan Cip Zaidi yang telah resign. Tugas terakhir beliau ialah di MMM yang pertama pada awal Mei 2014 yang lalu di The Mines Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor. Tempat tu berada di belakang The Mines Shopping Centre. Anda tentu tahu kan?
Semua dah tiba dan berkumpul di meja panjang untuk briefing yang akan dilakukan oleh cip baru kami.
Briefing di adakan oleh cip baru kami, Cip Fithri, dan diterangkan cara-cara yang patut dilakukan, maklumat yang patut diisi dalam borang dan cara pembayaran.
Habis bertugas singgah sebentar di supermarket yang ada di ground floor Ampang Park tu, beli air, yoghurt dan kacang shandong. Lepas tu balik. Next HLB 2014 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 31 Mei 2014. Sesiapa yang ingin mendaftar percuma sahaja (untuk 3 orang) klik di sini: www.hlb2014.com Insyaallah kita jumpa di sana...
#HLB 2014
Labels:
#HLB 2014,
Dr Azizan Osman,
Kuala Lumpur,
Wisma MCA
Sunday, 25 May 2014
10 Resepi Roti Mudah Untuk Masak Di Rumah
Resepi roti yang mudah dan sedap bukan saja menyenanngkan malah menyelerakan. Kepada penggemar roti cubalah 10 Resepi Roti Mudah Untuk Masak Di Rumah ini.
Resepi Roti Mudah No 1.
Resepi roti ni mudah saja, cuma campurkan semua bahan-bahan kering kemudian pukul bersama-sama susu, mentega dan telur, kacau bersama bahan kering dan basah lepas tu tuangkan ke dalam kuali besi (cast iron skillet) yang telah dipanaskan dan bakar. Semudah abc.
Resepi Roti Mudah No 3
Resepi Roti Mudah No 1.
Roti Epal dan Herba
Sumber: smittenkitchen.com
Resepi roti ini sungguh mudah dibuat kerana ia menggunakan cebisan roti yang telah dimasak dan dicampurkan dengan epal dan herba-herba yang menambah kesedapan resepi roti ini.
Resepi Roti Mudah No 2.
Roti Jagung Kuali Leper
Sumber: browneyedbaker.com
Resepi Roti Mudah No 3
Roti Keju dan Kranberi
Sumber: joythebaker.com
Ini adalah adunan resepi roti yang mudah. Tiada mesin pengadun diperlukan, hanya perlukan tangan untuk mengadun roti. Cubalah untuk masak di rumah anda.
Resepi Roti Mudah No 4
Roti Foccacia Kentang dan Rosemari
Sumber: jamieoliver.com
Resepi roti yang mudah ini datang dari site jamie oliver yang terkenal dengan resepi yang mudah dan lazat. Nak rasa resepi roti dari jamie oliver? Cubalah resepi roti yang mudah ini. Sedap dan berbaloi.
Resepi Roti Mudah No 5
Roti Ban Cip Coklat
Sumber: butterbaking.com
Resepi roti yang mudah ini sangat menarik bagi anda yang meminati coklat. Intinya coklat cip dan di atasnya pula dihiasi dengan lorekan coklat putih yang sedap. Roti yang padat dan sarat dengan coklat. Anda perlu mencuba resepi roti ini.
Resepi Roti Mudah No 6
Roti Pisang Mentega Kacang dan Cip Coklat
Sumber: browneyedbaker.com
Roti pisang atau lebih terkenal dengan kek pisang memang mudah untuk dibuat jika anda mempunyai lebihan pisang yang telah terlebih masak. Cuba roti pisang ini dengan tambahan mentega kacang dan jika ada coklat cip, tambahkan ia untuk menambah sedapkan lagi resepi roti pisang mentega kacang dan coklat cip ini. Jom cuba. Sedap ni.
Resepi Roti Mudah No 7
Roti Bretzel
Sumber: smittenkitchen.com
Kepada anda yang gemarkan roti bretzel yang enak dengan sedikit taburan garam di atasnya sudah tentu tak akan melepaskan peluang mencuba resepi roti yang mudah ini. Ketika pertama kali saya mengenali roti ini terasa begitu sedap rasanya. Sampai sekarang rasanya tak berubah, masih sedap.
Resepi Roti Mudah No 8
Roti Labu Kuning
Sumber: sproutedkitchen.com
Labu kuning sangat sedap dan kaya dengan vitamin A. Jika ditambah pada roti tentulah ia menyedapkan roti walaupun resepinya mudah saja. Resepi roti ini jenis yang manis, jika anda tidak suka manis sangat, kurangkan kandungan gulanya.
Resepi Roti Mudah No 9
Roti Simpul Bawang Putih
Sumber: browneyedbaker.com
Roti ini lembut dan kaya dengan rasa bawang putih yang wangi. Untuk menyedapkannya lagi anda boleh cuba taburkan sedikit keju di atasnya. Untuk mendapatkan simpulan yang cantik anda boleh cuba membuat roti ini beberapa kali. Cubalah roti yang mudah ini yang menggunakan bahan asas tepung dan yis.
Resepi Roti Mudah No 10
Bagel Blueberi
Sumber: traceysculinaryadventures.com
Bagel adalah resepi mudah yang lebih kurang sama resepinya seperti donat, cuma ia dibakar menjadikannya lebih rendah kalori berbanding donat. Kali ini lebih istimewa kerana mengandungi buah blueberi yang lazat dan berkhasiat
Jika anda suka roti cubalah 10 resepi roti mudah ini dan share dengan kenalan anda dengan klik "like & share" di bawah.
Saturday, 24 May 2014
Latihan Pengawal Peribadi Wanita
Pengawal peribadi wanita lebih senang melakukan penyamaran sebagai pembantu peribadi, sekretari, penyambut tetamu dan sebagainya, mereka mendapat pemintaan yang tinggi dari eksekutif dalam biznes. Dengan bertambahnya jutawan-jutawan wanita sudah tentu mereka juga memerlukan pengawal peribadi wanita.
Pengawal peribadi wanita seramai 6 orang telah memulakan latihan pada 30 April 2014 di kem latihan pengawal peribadi di Beijing, China.
Bakal pengawal peribadi wanita menjalani latihan fizikal yang lasak dan bertarung dengan sengit.
Menurut laporan, di Eropah pengawal peribadi wanita telah menjadi perkara biasa. Di China permintaan untuk pengawal peribadi wanita semakin meningkat bermula sekitar tahun 2011 dengan meningkatnya ekonomi China dan wujudnya jutawan-jutawan wanita.
Calun-calun pengawal peribadi wanita datang dari pelbagai golongan masyarakat seperti veteren askar, polis, atlet dan 3% adalah pelajar yang baru graduate.
Kesemua latihan pengawal peribadi di kem pengawal peribadi ini dibuat menggunakan latihan yang dilalui oleh latihan pasukan khas (special force) dunia selama sebulan. Ia cuma lebih teruk sedikit dari latihan yang biasa dijalani oleh pasukan khas.
Pengawal peribadi sedang diuji kekuatan otot perut.
Pengawal peribadi wanita juga turut belajar Kursus Perlindungan VIP Israel, seni mempertahankan diri, Israel, membaca fikiran dari FBI, teknik peninjauan khas, memandu khas, kursus latihan anti-keganasan dan etika perniagaan antarabangsa, memandu kenderaan turun bebas, mendaki, berlawan, bergelut dan lain-lain untuk mendapatkan sijil.
Pengawal peribadi wanita berlatih bertarung tanpa senjata bila mendapat serangan menggunakan pisau.
Latihan survival juga dilakukan.
Pengawal peribadi wanita sedang dalam latihan lasak.
(H/T: Takungpao)
Pengawal peribadi wanita semakin mendapat tempat kini di China. Mereka sanggup bertarung bila berhadapan dengan bahaya. Anda ingin mengambil pengawal peribadi wanita? Klik "like & share" di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)