Showing posts with label kod E. Show all posts
Showing posts with label kod E. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

Mengapa Lemak Babi tidak ditulis sebaliknya kod E yang dicetak pada label?

Lemak babi yang ada dalam produk makanan atau produk penjagaaan diri tidak ditulis sebagai pig fat atau lemak babi.


Berikut adalah bahagian yang paling penting untuk anda baca dalam kes kod E jika anda tiada masa nak baca semua.
Jika mana-mana bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, cuba untuk mengelakkannya, kerana ia berkemungkinan mengandungi LEMAK BABI:

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Di hampir semua negara barat termasuk Eropah , pilihan UTAMA untuk daging ialah BABI. Terdapat banyak ladang di negara-negara tersebut yang membiak haiwan babi ini. Di Perancis sahaja ladang babi sahaja menyumbang lebih daripada 42,000 buah ladang.

Babi mempunyai kuantiti tertinggi LEMAK dalam badannya berbanding dengan mana-mana haiwan lain. Tetapi orang Eropah dan Amerika tidak mahu makan lemak.

Oleh itu, di manakah LEMAK BABI ini pergi? Semua babi dipotong dalam rumah sembelih di bawah kawalan jabatan makanan dan ia merupakan masalah kepada jabatan makanan untuk melupuskan lemak yang dikeluarkan dari babi-babi ini. 


Kira-kira kira-kira 60 tahun yang lalu lemak babi dibakar untuk melupuskannya. Kemudian mereka mula memikirkan cara untuk menggunakannya. Pertama sekali mereka cuba bereksperimen dengan menggunakan lemak babi dalam pembuatan SABUN dan didapati ianya telah berjaya. 

Kemudian, satu rangkaian telah ditubuhkan untuk memproses LEMAK BABI. Lemak babi kemudiannya telah diproses menggunakan bahan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Syarikat-syarikat pengiilangan yang pula telah membelinya untuk kegunaan dalam memproses produk mereka.

Mengikut undang-undang semua negara Eropah, satu peraturan telah dibuat iaitu setiap produk makanan, perubatan dan penjagaan kebersihan diri perlu mempunyai bahan-bahan yang disenaraikan di labelnya. Jadi, bahan ini telah disenaraikan sebagai LEMAK BABI. Mereka yang tinggal di negara eropah sejak 40 tahun yang lalu tahu tentang perkara ini.

Tetapi, produk-produk yang mengandungi LEMAK BABI ini adalah di bawah larangan bagi NEGARA ISLAM, yang mengakibatkan defisit perdagangan bagi negara pengeluar LEMAK BABI ini.

Pada satu masa dahulu, peristiwa yang berkaitan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor-faktor memprovokasi perang dingin pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru rifle telah dibuat di Eropah dan diangkut jauh merentasi benua melalui laut untuk sampai ke sana. Ia mengambil masa berbula-bulan untuk tiba ke sana dan serbuk peluru di dalamnya telah rosak disebabkan oleh pendedahan kepada air laut.

Kemudian, mereka mendapat idea iaitu memberi salutan peluru dengan lemak, yang merupakan LEMAK BABI. Lapisan lemak terpaksa digores dengan gigi sebelum menggunakannya. Apabila berita tentang salutan lemak babi ini merebak, tentera yang kebanyakannya Islam dan segelintir vegetarian, enggan untuk berperang.

Ini akhirnya membawa kepada perang saudara. Orang Eropah mengetahui fakta ini, dan mereka tidak lagi menulis LEMAK BABI, sebaliknya mereka mula menulis LEMAK HAIWAN. Semua orang-orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an tahu hakikat ini. Apabila syarikat-syarikat tersebut ditanya oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, lemak haiwan apa yang mereka gunakan, mereka beritahu ianya adalah lemak lembu dan biri-biri.

Di sini sekali lagi soalan dibangkitkan, jika ia adalah LEMBU atau Lemak BIRI-BIRI, ia masih haram untuk orang MUSLIM, kerana haiwan ini tidak disembelih mengikut UNDANG-UNDANG ISLAM. Oleh itu, ianya sekali lagi diharamkan.

Kini, syarikat-syarikat multinasional sekali lagi menghadapi kemarau wang yang teruk, 75% daripada pendapatan mereka datang daripada menjual produk mereka ke negara-negara Islam, dan ini memperolehi pendapatan berbilion dolar keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA ISLAM.


Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memulakan penggunaan kod, supaya hanya Jabatan Pentadbiran Makanan perlu tahu apa yang mereka gunakan, dan rakyat biasa tidak faham apa yang mereka tulis. Jadi, mereka pun mula menggunakan kod E. Kod E terdapat dalam majoriti produk firma multinasional termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

Ubat gigi
Krim untuk bercukur
Gula-gula getah,
Coklat,
Gula-gula,
biskut,
Cornflakes,
Toffees,
Makanan dalam tin,
Buah-buahan dalam tin.
Sesetengah ubat Multi-vitamin

Sejak barangan ini digunakan di semua negara ISLAM secara RAHSIA, masyarakat kita sedang menghadapi masalah memalukan, kekasaran dan sexual promiscuity.

Jadi,, kepada semua orang MUSLIM atau orang yang tak makan daging (vegetarian) supaya menyemak bahan-bahan (ingredients) dalam produk kegunaan harian anda dan padankan dengan senarai berikut kod E. Jika mana-mana bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, cuba elakkannya, kerana ia telah mengandungi LEMAK BABI: 

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432 , E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572 , E631, E635, E904. 

Dr M. Amjad Khan 
Institut Penyelidikan Perubatan 
Amerika Syarikat

Begitulah evolusi dari lemak babi kepada kod E. Jika anda suka artikel ini sila klik "like & share" di bawah.