Showing posts with label Dr Azizan Osman. Show all posts
Showing posts with label Dr Azizan Osman. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Shah Alam 24 Ogos 2014

Klinik Usahawan oleh Dr Azizan Osman di Shah Alam telah berlangsung pada 24 Ogos 2014 yang lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Berikut gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Alamat diambil dari website Setia City Convention Centre sebelum pergi ke sana, senang nanti kalau pemandu teksi tanya.

Dalam perjalanan menaiki komuter ke Stesen Batu 3, Shah Alam, kami tiba di Stesen Seri Setia.

Pukul 7.32pagi kami tiba di Subang Jaya. Kelihatan deretan orang yang sedang berjogin di taman berhampiran Stesen komuter Subang Jaya.

Itu dia dah nampak dah Setia City Convention Centre. Rupanya ia berada di sebelah shopping kompleks Setia City Mall, Shah Alam.

Setia City Mall, kami dah nak sampai ni.

Teksi yang kami naiki dibenarkan masuk ke dalam. Tak payah jalan kaki sampai depan dewan.

Selepas tamat klinik usahawan, kira-kira pukul 12 tengahari. Mengisi borang untuk MMM.


Orang terbalik? Gambar diambil dari cermin atas foyer dewan di Setia City Convention Centre selepas tamat klinik usahawan Dr Azizan.

Ada yang mendongak ke atas tengok bayang-bayang sendiri sementara menunggu untuk mengisi borang MMM selepas kelas Klinik Usahawan Dr Azizan Osman.

Peserta Klinik Usahawan Shah Alam keluar dari dewan selepas tamat kelas.

Ada peserta yang mengisi borang di luar dewan.

Kunjungan saya yang pertama ke Setia City Convention Centre, Shah Alam ketika menghadhiri Klinik Usahawan Dr Azizan 24 Ogos 2014

Kompleks membeli-belah Setia City Mall, ada air pancut yang cantik di sebelahnya berada sebelah menyebelah dengan Setia City Convention Centre di Shah Alam.



Klinik Usahawan yang berikutnya akan diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 September 2014.


Monday, 16 June 2014

IMKK The Mines MIECC 12 - 15 Jun 2014

Tahniah dan selamat datang ke IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) di The Mines MIECC 12 - 15 Jun 2014 


Hari pertama kelas bermula pada pukul 2 petang 12 Jun 2014. Kami tiba menjelang tengahari.


Kami tiba di Stesen Komuter Serdang di tengahari Khamis yang indah. Tak sabar nak ke IMKK.


Tak ramai orang menunggu komuter. Gambar dari dalam tren melalui tingkap kaca.


Sebelum keluar sempat snap gambar Kak Ti. Hmm.. nice.


2 Menara lif untuk orang kurang upaya di Stesen Komuter Serdang. Sebuah komuter berada di landasan.


Tiba di Dewan Mines, MIECC (The Mines International Exhibition Centre). Orang dah ramai beratur depan pintu dewan menunggu pintu dibuka. Wah! Seronoknya... Ini IMKK kedua saya sebagai peserta. 


Malam, kelas tamat pada hari pertama pada kira-kira pukul 12.00 pagi. Wow! Awesome! Pukul 12.00 pagi ke malam? Hehehe...


 Sedang keluar dari MIECC pada hari pertama selepas tamat kelas.

Menghampiri pintu. Agak sesak, kamera bergegar, tengok gambar dah jadi blurr...

Menghampiri pintu keluar, makin ramai orang. Kali ini terdapat kira-kira 8,000 orang peserta IMKK. Jumlah paling ramai pernah dicatat dalam sejarah IMKK. Thanks doc.

Tiba di jalanan bersebelahan The Mines Shopping Complex, alhamdulillah, kami berjaya mendapat teksi. Ni, gambar dari teksi kami. Woa... Jalan jem, harap tak lambat balik rumah di Taman Cahaya.

Kelihatan para peserta berjalan kaki balik ke hotel atau ke kereta masing-masing yang di pakir berdekatan.

Hari ke 2, kelas bermula pagi, pada pukul 8.30 pagi. Kami keluar awal dan singgah di Warung Fatimah, Stesen Maluri untuk bersarapan pagi. Kak Ti makan nasi lemak, dia kata dia tak berapa suka makan roti canai.

Fatimah berniaga bersama suami dan seorang pembantu wanita.

Warung ini berdekatan dengan tapak pembinaan MRT di Maluri, jadi ramai la pekerja MRT yang singgah untuk menjamu selera di sini setiap kali waktu rihat mereka. Kalau hujan pun mereka berteduh di sini.

Roti telur. Hari ni saya makan roti telur dengan kuah dal campur sedikit sambal tumis. Wah! Sedapnya...


Suami Fatimah sedang menunjukan kepakarannya menebar roti canai. Pandai la...


Komuter pada hari ke 2, hari Jumaat, tak ramai penumpang. Agak lengang jer.

Belakang tempat duduk kami pun tak ramai sangat, mungkin disebabkan komuter ini dari Kuala Lumpur, bukan ke Kuala Lumpur.


Cahaya pagi menyinar masuk ke dalam komuter, silau sikit bila ambik gambar kat luar.

Tiba di Stesen komuter Serdang pada hari ke 2 IMKK. Masih awal pagi.

Sebuah tren komuter meninggalkan Stesen Serdang menuju ke Kuala Lumpur.

Di pagi hari ke 4 (hari ke 3 takder gambar pulak, mmm...) ketika pulang dari MIECC untuk menukar baju dan mandi, (semalam saya tak tidur kat rumah) ada sebuah kereta Ferrari di perkarangan The Heritage Residences.

Kereta siapa ni? Hebat! Saya tengok ada patung Budhha sedang ketawa terletak di atas dashboardnya. Jadi...

Waktu makan tengahari pada hari ke 4 IMKK, kami nampak ada ikan keli di The Mines shopping complex. Dulu ikan kap, mana pergi ikan kap lagi cantik dengan sisiknya yang berwarna-warni.

 
Pada hari ke 4 dan terakhir, kira-kira pukul 5.00 petang, IMKK The Mines MIECC 12 - 15 Jun 2014 telah tamat dengan jayanya. Terima kasih Dr Azizan Osman. Sehingga berjumpa lagi di IMKK akan datang pada Oktober 2014, anda kaya dan berjaya!



Monday, 26 May 2014

Seminar HLB 2014 Wisma MCA Kuala Lumpur 25 Mei 2014

Seminar HLB 2014 untuk Kuala Lumpur telah berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang pada 25 Mei 2014 iaitu semalam. Pintu dewan di tingkat 2 telah dibuka pada kira-kira pukul 8.30 pagi untuk semua peserta HLB 2014 Wisma MCA, Kuala Lumpur.


Sebelum mula bertugas kena simpan beg dulu. Ini masih awal, baru ada beberapa beg.


Hari ini bertugas sebagai krew yang mengagihkan borang disclaimer kepada peserta yang datang di ground floor berhampiran lif. Selepas mengisi borang ini mereka akan diberikan sticker (biasanya wrist band, ni first time guna sticker) untuk dilekatkan ke bahagian dada kiri baju mereka sebelum memasuki dewan seminar HLB 2014 Dr Azizan Osman yang berada di tingkat 2 Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Borang pendaftaran, siapa belum ada borang boleh dapatkan dari saya. Jangan lupa tunjukkan E-Ticket semasa menyerahkan borang dan anda akan dapat sticker untuk dilekatkan pada baju. Untuk kali pertama ni, stickernya berwarna merah.


Sekuriti yang bertugas malam masih bertugas sambil menunggu shif pagi melapurkan diri. Meja sekuriti ini berada di sebelah lif di ground floor. Ramai juga peserta yang menggunakan lif ni walaupun mereka boleh terus ke tingkat 2 untuk mendaftar di hadapan dewan seminar.


Peserta yang masuk dari depan, iaitu dari pintu utama. Dari sini memang ramai. Ada juga yang keluar selepas mendaftar dan mendapatkan sticker untuk bersarapan pagi. Ada meja-meja yang menjual sarapan dibuka di depan Wisma MCA, Jalan Ampang ini.


Lif yang lengang. Masa ni masih pagi lagi, belum ramai peserta HLB 2014 Kuala Lumpur yang tiba di Wisma MCA ini.


Ada peserta HLB 2014 Kuala Lumpur yang mengisi borang disclaimer mereka di ground floor Wisma MCA.


Dan ada juga peserta yang mengisi borang di tingkat 2, Wisma MCA di hadapan dewan seminar HLB 2014 Kuala Lumpur yang akan bermula kira-kira 2 jam lagi di pagi yang nyaman ini.


Para peserta HLB 2014 Kuala Lumpur semua sudah masuk ke dalam dewan dan Dr Azizan Osman sudah memulakan perkongsiannya dengan para peserta. Kami bergerak ke tingkat 3 untuk bersarapan. Terima kasih Dr Azizan Osman kerana menyediakan sarapan untuk kami. Jemput makan.

Dari tangga tingkat 2 menuju ke tingkat 3, ada parking kereta di sebelah Wisma MCA. Rumah ke pejabat di sebelah tu? 


Kelihatan gerai-gerai yang menjual sarapan di hadapan Wisma MCA, di tepi Jalan Ampang. Dalam pukul 7.30 pagi mereka dah mula beroperasi sampai tengahari pun ada lagi. Nak makan dan minum boleh jer beli dari sini.


Itu dia meja makanan sarapan pagi. Semua dah menuju ke sana. 


Staf-staf yang dah ambil makanan boleh mula makan. Sedap ke?


Beratur untuk mengambil makanan dan minuman masing-masing. Makanan cukup untuk semua orang, sabar-sabar. Mari kita makan bersama-sama di HLB 2014 Wisma MCA Kuala Lumpur. Hari ini boleh pilih nak makan Nasi lemak, nasi goreng atau meehoon goreng dan air kotak. Hmmm,,,, sedap. Terima kasih Dr Azizan Osman.

Saya pilih Nasi Goreng. Ada sambal kerang, (banyak sambal kerang dia) telur rebus dan hirisan-hirisan timun. Air kotak pula, saya pilih air laici. Nasi goreng adalah makanan tradisional melayu, malah kaum lain juga di Malaysia.


Sudah buka tutup. Wah! Sedapnya. Alhamdulillah.
Allah hummabariklana..... Mari kita makan sama-sama sambil berkelah. Best!



Di tingkat bawah dihadapan kami ada air pancut tapi agak tersorok dibelakan pokok-pokok bunga yang merimbun. Cantik dan sejuk mata memandang. Tambah berseleralah kami makan sambil berkelah.


Nun di bawah sana kelihatan matahari semakin menerangi alam di Jalan Ampang, hadapan bangunan Wisma MCA, Kuala Lumpur.


Mmm.... sedapnya, mari makan.


Wah! Thumbs up for our food today. Nak rasa marilah, jemput jemput...


Selly dah habis makan dah ni. Sekarang kita minum pula. Bismilllah..


Sebahagian staf dah habis makan sarapan dan turun semula ke tingkat 2 untuk bertugas di HLB 2014, Wisma MCA, Kuala Lumpur.


Ada beberapa kumpulan mat salleh datang dengan kereta mereka dengan berpakaian kemas. Apa mereka nak buat kat Wisma MCA ni? Selly kata ada church atau chapel kat sini.


Meja-meja kecil menjual sarapan masih dibuka.


Ada yang makan sambil bersantai di bawah pokok di hadapan Wisma MCA Jalan Ampang ini. Lepas bersarapan, kami turun semula menyambung tugas di dewan di tingkat 2, Wisma MCA ini. Kenyang dah, alhamdulillah...


Kira-kira pukul 11.00 pagi kami naik ke tingkat 3 sekali lagi untuk briefing tentang pendaftaran peserta ke IMKK 12 - 15 Jun 2014 nanti.


Jom, jom... Cip Fithri dah tunggu. Cip Fithri adalah cip baru kami yang menggantikan Cip Zaidi yang telah resign. Tugas terakhir beliau ialah di MMM yang pertama pada awal Mei 2014 yang lalu di The Mines Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor. Tempat tu berada di belakang The Mines Shopping Centre. Anda tentu tahu kan?


Semua dah tiba dan berkumpul di meja panjang untuk briefing yang akan dilakukan oleh cip baru kami.


Briefing di adakan oleh cip baru kami, Cip Fithri, dan diterangkan cara-cara yang patut dilakukan, maklumat yang patut diisi dalam borang dan cara pembayaran.


Habis bertugas singgah sebentar di supermarket yang ada di ground floor Ampang Park tu, beli air, yoghurt dan kacang shandong. Lepas tu balik. Next HLB 2014 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 31 Mei 2014. Sesiapa yang ingin mendaftar percuma sahaja (untuk 3 orang) klik di sini: www.hlb2014.com Insyaallah kita jumpa di sana...
#HLB 2014