Ada banyak sebab mengapa kita harus mengambil mentega sebagai makanan harian kita. Tapi ingat mentega ya, bukannya lemak sayuran atau campuran lemak sayuran dan tenusu atau susu. Ada perbezaan kan antara kedua-dua jenis makanan ini kan?
Berikut adalah senarai kebaikan dan faedah mentega sekiranya ia diambil sebagai makanan harian anda:
- Mentega kaya dengan Vitamin A yang mudah diserap oleh badan kita untuk kesihatan kelenjar tairoid dan adrenalin.
- Mengandungi asid lurik, yang penting untuk sejenis asid yang penting untuk merawat jangkitan kulat dan candida.
- Mengandungi lesitin yang penting untuk metabolisme kolesterol.
- Mengandungi anti-oksidan yang melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Mempunyai anti-oksidan yang mampu mempertahankan arteri dari menjadi semakin lemah.
- Mentega adalah sumber makanan yang mengandungi Vitamin E dan K.
- Sumber yang sangat kaya dengan selenium iaitu sejenis mineral yang penting untuk kita.
- Lemak tepu dalam mentega mempunyai sifat-sifat anti-tumor dan anti-kanser yang kuat.
- Mentega juga mengandungi conjugated linoleic asid, yang sangat bagus sebagai agen anti-kanser yang mujarab, membina otot, dan meningkatkan tahap imuniti kita.
- Vitamin D yang terdapat dalam mentega penting untuk penyerapan kalsium dari makanan yang kita ambil.
- Melindungi daripada kerosakan gigi.
- Mentega adalah satu-satunya sumber makanan yang mempunyai sifat anti-kekejangan, yang melindungi sendi dari mendapat kalsifikasi (Calcification) iaitu proses pemendakan kalsium pada tisu lembut yang menyebabkannya mengeras.
- Anti-kekejangan dalam mentega mencegah pengerasan arteri, katarak pada mata, dan kalsifikasi kelenjar pineal (kelenjar yang mengeluarkan hormon untuk paten tidur & musim badan kita).
- Salah satu sumber Activator X, bagi membantu badan anda menyerap mineral dari makanan dan minuman yang diambil.
- Mentega mengandungi iodin dalam bentuk yang sangat mudah diserap oleh badan. Iodin penting untuk pembesaran & perkembangan yang normal.
- Mentega boleh membantu dalam kesuburan wanita.
- Mentega memberikan sumber tenaga segera, dan ianya tidak disimpan di dalam tisu adipos (tisu yang menyimpan lemak).
- Kolesterol yang ditemui dalam mentega adalah penting untuk tumbesaran otak dan sistem saraf kanak-kanak.
- Mengandungi arachidonic acid (AA) yang memainkan peranan dalam fungsi otak dan merupakan komponen penting membran sel.
- Melindungi daripada jangkitan pada perut dan usus bagi yang terlalu muda atau tua.
Mentega yang baik adalah mentega organik. Dan terbaik terbaik pula adalah mentega organik yang tidak di pasteurkan kerana pempasteuran memusnahkan sebahagian dari zat makanan yang ada. Untuk kesihatan jadikanlah mentega sebagai makanan harian.