Tuesday, 4 December 2012

Alpha Lipoic Acid (ALA)

Alpha Lipoic Acid (ALA) adalah sejenis asid lemak yang merupakan antioksidan yang kuat yang larut lemak dan air. Vitamin C dan E digunakan untuk memusnahkan radikal bebas. Setelah digunakan ia rosak dan akan dibaiki semula untuk digunakan kem oleh Alpha Lipoic Acid (ALA).

Alpha Lipoic Acid (ALA)

Alpha Lipoic Acid (ALA) telah digunakan di Jerman sejak tahun 1960an lagi untuk mengawal diabetes. Ia dihasilkan sendiri oleh badan anda. Terdapat juga kandungan yang sedikit Alpha Lipoic Acid (ALA) dalam makanan seperti ekstrak yis, daging organ haiwan seperti hati dan jantung, bayam, brokoli, tomato dan kentang.

Ia menukarkan gula kepada tenaga. Alpha Lipoic Acid (ALA) juga dikenali sebagai "Antioksidan Universal" kerana ia larut lemak dan air. Ia boleh berada di semua sel dalam badan anda untuk membantu memperbaiki kerosakan sel-sel tersebut.

Sebagai supplement carilah 100% R-Alfa Lipoik Asid (ALA)
Nama Lain ALA ialah:

- Lipoik asid
- Asid Thioctic
- 1,2-dithiolane-3-pentanoic asid
- 1,2-dithiolane-3-valeric asid
- 6,8-thioctic asid

Alpha Lipoic Acid (ALA) biasanya digunakan untuk:

  1. Peripheral neuropathy yang disebabkan oleh kecederaan, kekurangan makanan, kemoterapi atau oleh keadaan seperti diabetes, penyakit lyme, alkoholisme, kayap, penyakit tiroid, dan kegagalan buah pinggang. Gejala penyakit termasuk kesakitan, rasa terbakar, kebas, semut-semut, lemah dan gatal-gatal.
  2. Fungsi otak. Alpha Lipoic Acid (ALA) boleh melintasi halangan darah otak, dinding kapilari darh dan  struktur sel, dan meresap dengan mudah ke dalam otak. Ini adalah untuk melindungi tisu dan saraf otak dengan mencegah kerosakan oleh radikal bebas.
  3. Penuaan. Sebagai antioksidan, Alpha Lipoic Acid (ALA) boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel. Kerosakan radikal bebas dipercayai menyumbang kepada penuaan dan penyakit kronik.
  4. Lain-lain keadaan. Alpha Lipoic Acid (ALA) juga telah dicadangkan untuk katarak, glaukoma, pelbagai sclerosis, sindrom mulut rasa seperti terbakar, penyakit Alzheimer dan strok, tetapi kajian diperlukan untuk melihat jika ia berkesan untuk keadaan-keadaan ini.
Untuk kesihatan anda, jika anda mengambil ubat-ubatan, adalah lebih baik anda berjumpa doktor anda sebelum mula mengambil supplement Alpha Lipoic Acid (ALA)

Tuesday, 2 October 2012

Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?

Pertelingkahan antara kanak-kanak hanya perlu diperhatikan, hanya masuk campur bila keadaan menjadi ganas.
Kanak-kanak memang tak dapat dielakkan daripada bergaduh atau konflik. Selalunya ibu bapa akan masuk campur dan meleraikan perbuatan tersebut. Menurut pakar, ibu bapa tak sepatutnya masuk campur dalam pergaduhan anak-anak mereka sebaliknya hanya berdiam diri dan memerhati sahaja.

Ibu bapa hanya perlu menghentikan pergaduhan bila mereka sudah mengata atau mengejek dengan kata-kata yang melampau atau bila berlaku pukul-memukul (physical contact) yang membahayakan.

Ibu bapa perlu mencari punca pergaduhan tersebut dan menasihatkan cara-cara untuk mengatasinya. Ajar mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suara yang rendah, biarkan pihak lawan bersuara dan jangan sekali-kali memekik/menjerit. Ini akan membentuk cara mereka bersuara/berdebat di masa dewasa nanti.

Kanak-kanak perlu bergaduh untuk pembentukan personaliti & mengasah kemahiran sosial mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah bila berada dalam sesuatu komuniti. Mereka juga akan belajar cara menerima kekalahan dan kemenangan dalam kehidupan.

Monday, 1 October 2012

5 Langkah Keselamatan Penting Untuk Kanak-kanak

Keselamatan diri anda semasa kecemasan mungkin terletak ditangan anak anda yang masih kecil.
Keselamatan diri dan keluarga mungkin bergantung kepada kecekapan dan kepandaian seorang anak yang masih kecil.

Walaupun masih kecil pastikan anak-anak anda tahu apa yang perlu dibuat semasa kecemasan untuk keselamatan orang sekeliling dan diri kanak-kanak itu sendiri seperti ahli keluarga jatuh sakit, kemalangan, kanak-kanak itu sendiri hilang seperti di pusat membeli-belah, di pantai, di kawasan keramaian seperti ekspo, pamiran, majlis dan sebagainya.

Antara perkara yang perlu kanak-kanak tahu ialah:

  1. Perlu tahu bagaimana untuk memanggil 9-9-9 dan nombor kecemasan lain dan bila ia perlu untuk berbuat demikian.
  2. Perlu tahu nama penuh (atau nama pertama dan terakhir) ibu bapa mereka, 
  3. Alamat rumah mereka, 
  4. Nombor telefon rumah atau nombor handfon ibu bapa mereka.
  5. Sebagai langkah keselamatan, mereka mungkin perlu tahu nama penuh dan umur mereka sendiri.
Ada apa-apa lagi yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak untuk keselamatan ketika kecemasan? Pendapat anda dialu-alukan untuk kebaikan bersama.


Klik link berikut untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun yang telah menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.

http://gma.yahoo.com/blogs/abc-blogs/illinois-tots-911-may-saved-moms-life-153946341--abc-news-topstories.html

Untuk diri mereka sendiri, keluarga dan orang di sekeliling didiklah anak anda bagi menghadapi sebarang kecemasan demi keselamatan.

Friday, 28 September 2012

Thailand, Destinasi Baru Formula 1, 2014

Ketika saya ke Singapura menonton Formula 1 street race di waktu malam.
Menonton dari tepi jalan raya.  Jalan dipancar cahaya lampu yang sangat terang. Jika dilihat dari jauh, tempat ni seolah-olah satu kelompok terang berhampiran Marina Bay dengan bunyi enjin F1 yang hebat!
Formula 1 racing akan diadakan di Thailand pada tahun 2014 nanti. Thailand sebuah negara eksotik yang sudah pastinya menarik untuk dilawati. Perbincangan antara pihak Thailand dan principle Formula 1, Bernie Ecclestone telah diadakan di Singapura ketika diadakan perlumbaan Formula 1 di sana pada penghujung minggu lepas.

Thailand akan menjadi negara ke-2 yang mengadakan perlumbaan malam selepas Singapura, dan menjadi negara ke-3 yang mempunyai street race selepas Monaco dan Singapura. Lokasi F1 street racing ini ialah di bandar Bangkok, Thailand.

60% perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan Thailand dan 40% sponsor dari syarikat-syarikat swasta di antaranya ialah Red Bull.

 Tunggu kemunculan perlumbaan malam Formula 1 Street Racing di Bangkok, Thailand pada tahun 2014.

Sunday, 23 September 2012

Keburukan Antibiotic Resistance (Rintangan Antibiotik) dan Cara Mengatasinya

Jangan ambil antibiotik jika tidak perlu dan habiskan preskripsi yang diberikan doktor anda
Kesihatan penduduk dunia sangat terancam sebelum penemuan penicilin. Dengan hanya sedikit jangkitan bakteria, boleh menyebabkan kematian. Dan dengan adanya antibiotik banyak nyawa dapat diselamatkan dan penjagaan kesihatan kelihatan begitu mudah sehingga ianya digunakan dengan berlebihan sampai menyebabkan rintangan antibiotik.

Apabila rintangan antibiotik berlaku, antibiotik gagal untuk bekerja, akibatnya penyakit akan bertahan lama, lebih banyak lawatan ke doktor atau tempoh tinggal di hospital dilanjutkan dan keperluan untuk ubat-ubatan yang lebih mahal dan toksik. Sesetengah jangkitan yang mempunyai rintangan antibiotik boleh menyebabkan kematian.

 Rintangan antibiotik (Antibiotic resistance) adalah keupayaan mikroorganisma untuk menahan kesan antibiotik. Ia adalah rintangan terhadap jenis dadah tertentu.
  • Tahukah anda selesema (cold & flu), sakit tekak/kerongkong dan bronkitis disebabkan oleh virus?

  • Antibiotik hanya mampu membunuh/melawan bakteria sahaja, bukan virus.

  • Mengambil antibiotik apabila anda mempunyai virus lebih berbahaya pada kesihatan daripada baik kerana mengambil antibiotik bila tidak diperlukan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan kemudian yang menentang rawatan antibiotik ( Antibiotic resistance).

Jika Anda Mengidap Selsema (cold & flu) Antibiotik Tidak Berfungsi Untuk Anda! 

Antibiotik membunuh bakteria, bukan penyakit yang disebabkan oleh virus seperti:
  1. Selesema (cold & flu) 
  2. Kebanyakan batuk dan bronkitis;
  3. Sakit tekak/kerongkong
  4. Hidung berair.

Mengambil antibiotik untuk jangkitan virus, seperti batuk, selesema atau bronkitis, tidak akan:
  1. Menyembuhkan jangkitan
  2. Memastikan individu lain dari menjangkiti penyakit anda
  3. Membantu anda berasa lebih sihat

Bagaimana Mengambil Antibiotik Boleh Membawa Kemudaratan?

Sesetengah orang, mungkin mengalami masalah kesihatan cirit-birit daripada penggunaan antibiotik, sakit di bahagian yang berlainan badan dan pada wanita ia boleh meningkatkan risiko jangkitan yis.

Dan sudah tentu terdapat kebimbangan tentang kesan berbahaya dari berlebihan antibiotik dan rintangan antibiotik (Antibiotic resistance) terhadap kesihatan.

Apakah Makna Rintangan Antibiotik kepada Anda?

1) Membunuh bakteria yang salah. Banyak jenis bakteria hidup di atas & dalam badan tanpa menjejaskan kesihatan anda. Apabila antibiotik diberikan untuk selesema, virus tidak akan dibunuh - tetapi sebahagian dari bakteria ini akan terbunuh & sebahagian lagi akan belajar bagaimana untuk memerangi dan membuat antibiotik tidak berkesan bila berkali-kali terdedah kepada antibiotik.

2) Berjangkit. Jika anda mendapat jangkitan bakteria yang telah mempunyai rintangan antibiotik (antibiotic-resistant strain) dari orang lain, anda juga akan mempunyai jangkitan yang tidak boleh bertindak balas kepada antibiotik. Tanpa antibiotik yang kuat untuk memusnahkan bakteria ini, kesihatan anda mempunyai risiko yang serius - dan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

3) Peningkatan kos. Jika anda sakit kerana jangkitan bakteria dan antibiotik standard pertama (standard first line of defense antibiotics) yang biasanya murah tidak berkesan, doktor anda akan beralih kepada antibiotik line kedua dan seterusnya ketiga. Ini lebih mahal, ada yang sehingga 100 kali lebih mahal berbanding antibiotik standard pertama.

Kini doktor kehabisan pilihan untuk menangani jangkitan bakteria yang mempunyai rintangan antibiotik.

4) Kekurangan antibiotik. Walaupun kita mempunyai pelbagai jenis antibiotik berbanding dengan 50 tahun yang lalu, kita tidak membangunkan antibiotik pada kadar yang sama kita memerlukannya. Hari ini, terdapat situasi di mana orang mempunyai jangkitan bakteria yang kita tidak mempunyai antibiotik yang berkesan untuk mengembalikan kesihatan padanya.

5) Salah preskripsi. Kira-kira separuh daripada semua preskripsi antibiotik, digunakan untuk jangkitan virus, menjadikannya tidak berguna untuk kesihatan anda.

6) Salah pengambilan. Tetapi rintangan antibiotik juga boleh terjadi daripada cara pengambilan antibiotik yang salah oleh pesakit (walaupun antibiotik yang betul diberikan untuk jangkitan bakteria) dengan tidak mengambil preskripsi sehingga habis kerana menjangka kesihatan beliau sudah pulih. Dalam kes itu, bakteria yang paling lemah telah terbunuh.

Tetapi bakteria terkuat masih ada dalam badannya ketika ia memutuskan untuk berhenti mengambil dos antibiotik anda yang belum habis. Bakteria selebihnya akan berada dalam badan dan menghasilkan bakteria yang tahan antibiotik.

Mendidik diri anda bila antibiotik perlu dan tidak perlu digunakan boleh membantu anda melindungi diri anda, keluarga anda, rakan sekolah, rakan sekerja dan orang-orang di seluruh dunia dari ancaman rintangan antibiotik dari berlebihan antibiotik demi kesihatan.

Thursday, 20 September 2012

Apakah Millet dan Manafaat Kesihatannya

Millet atau sekoi dikenali sebagai makanan burung dan ternakan, tapi ia juga sangat berkhasiat untuk  anda.
Satu suku kaum nomad di Afrika mempunyai gigi yang sempurna tanpa kerosakan. Makanan ruji mereka adalah millet/sekoi (bijirin yang dimakan dengan meluas di Afrika) Dengan millet sebagai komponen utama diet mereka, keseluruhan sistem tubuh badan mereka adalah sihat.


Millet semakin digemari kerana:

  • Millet adalah salah satu makanan yang disukai oleh vegetarian kerana ia kaya dalam kedua-dua serat dan protein yang baik untuk kesihatan. 
  • Kajian menunjukkan hubungan langsung antara mengurangkan pengambilan daging dan pengurangan berat badan.
  • Minat terhadap millet telah berkembang, terutamanya dalam diet yang bebas gluten. 
  • Ia berkhasiat dan menyihatkan - menyediakan serat, iron, vitamin B, mangan, fosforus, dan magnesium - juga sangat beralkali, membuat ia mudah dihadam dan bagus untuk perut.
Millet adalah bijirin yang sering diabaikan, sedikit manis dan seperti rasa kacang begitu serba boleh ia boleh digunakan dalam segala-galanya dari pilaf ke cookie. Ia mempunyai kualiti menenangkan dan menyamankan perut.

Millet biasa digunakan terutamanya untuk makanan haiwan dan burung, tetapi millet sangat berkhasiat untuk kesihatan dan menjadi makanan ruji dalam diet sebahagian besar penduduk dunia, termasuk Afrika dan Asia.


Sejarah

Millet adalah bijirin purba, ia telah diusahakan selama kira-kira 6,000 tahun. Asalnya ditanam di iklim kering Afrika dan Utara Cina sejak Era Neolitik. (Beberapa tahun lalu, ahli arkeologi menemui semangkuk mi millet yang berusia 4000 tahun  di barat laut Cina). Penggunaan millet telah berkembang ke seluruh dunia. 

Orang-orang Rom dan Gaul membuat bubur menggunakan millet. Pada zaman pertengahan millet dimakan lebih meluas daripada gandum. Ia juga disebut dalam Perjanjian Lama sebagai bahan untuk roti. Hari ini, millet terus menjadi makanan ruji untuk 1/3 daripada penduduk dunia.

Jenis Millet dan Kegunaannya

Terdapat pelbagai jenis millet, yang utama ialah pearl, foxtail, proso dan finger. Yellow proso adalah jenis yang paling mudah dijumpai telah dibungkus atau dalam tong pukal di kedai-kedai makanan kesihatan. (Beli millet untuk kegunaan manusia, millet yang dijual untuk makanan haiwan dan burung masih mempunyai kulit luar yang tak boleh dihadham oleh manusia)

Di Ethiopia ia digunakan untuk membuat bubur. Millet kisar digunakan dalam flatbreads di India untuk membuat roti (roti tradisional India), di Caribbean, Ethiopia dan Eritrean injera, millet juga dimasak bersama peas dan bean  (dibuat dari millet jenis teff). Di Afrika Timur, millet digunakan untuk membuat bir. Di Timur Eropah millet digunakan sebagai bubur dan ramuan untuk penapaian minuman.

Manafaat Kesihatan

Millet adalah sumber protein yang luar biasa, menjadikannya sempurna untuk diet vegetarian yang sihat. Millet juga merupakan sumber yang kaya dengan niasin, copper dan mangan. Anda mungkin mahu mencuba millet jika anda alah/alergik kepada gandum.

Millet adalah whole grain dan oleh itu adalah kaya dengan serat dan fitonutrien. Fitonutrien dan serat mampu mengurangkan kadar kanser kolon, serat sahaja tidak mampu mengurangkan kanser kolon. Fitonutrien yang banyak terdapat dalam millet dipanggil lignan. Lignan boleh mencegah kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser payudara dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Millet juga kaya dengan magnesium dan vitamin B dipanggil niasin. Magnesium membantu merehatkan otot yang melapisi bahagian dalam arteri anda, ini boleh mengurangkan tekanan darah, ia baik untuk kesihatan anda. Magnesium juga berguna untuk pesakit asma dan orang yang mengalami migrain. Niasin boleh membantu mengekalkan tahap kolesterol darah pada tahap yang baik.

Pemilihan dan Penyimpanan

Dapatkan millet di kedai makanan kesihatan, kedai/pasar makanan Asia dan kedai-kedai gourmet. Millet adalah kecil, berupa seperti manik kuning pucat. Simpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang kering dan sejuk, dan millet boleh tahan sehingga sebulan. 

Dalam peti sejuk ia akan tahan sehingga setahun. Kadang-kadang millet yang telah dipecahkan di jual dalam bentuk kus kus. Tetapi kus kus kebiasaannya dibuat daripada semolina yang telah dipecahkan.

Cara Memasak Millet

Millet adalah bijirin serba boleh, menjadi tambahan yang sangat baik untuk diet yang sihat kerana anda menambah serat kepada menu anda dan tolak inci dari bahagian tengah/pinggang anda. Millet sangat pelbagai cara masakannya, ia boleh digunakan dalam hidangan utama dan pencuci mulut. Millet mempunyai rasa berkacang yang halus. Bergantung kepada cara millet dimasak, teksturnya boleh menjadi rangup atau lembut. Millet cenderung untuk menurut rasa makanan yang dicampur dengannya. 

Untuk memasak millet, 
  1. Campurkan 1 cawan millet dan 1 sudu teh minyak sayuran, 2 cawan air.  Biarkan mendidih. Mereneh dan tutup selama 25 hingga 30 minit. Ia akan berganda dalam kuantiti selepas semua air diserap. Jika ia ditutup dan tak dikacau ketika ia dimasak, anda akan menghasilkan bijirin yang kembang, jika selalu kacau, ia akan mempunyai konsistensi berkrim.
  2. Sebagai satu pembaharuan, cuba millet sebagai bijirin sarapan pagi yang panas. Anda boleh memasak dengan jus epal, bukannya air, dan campurkan dengan kismis, gula perang atau kekacang.
  3. Bijirin yang dimasak juga boleh dicampurkan dengan peas atau beans untuk membuat burger vegetarian.  Hanya gabungkan kedua-dua bahan (mereka harus cukup lembut sebagai satu doh/adunan), tambah beberapa perisa dan bentuk sebagai Patties. Bakar atau pan-fried seperti patty burger. 
  4. Millet juga berfungsi dengan baik sebagai sup dan stews. Hanya bilas millet dalam tapisan atau penapis dan tambah kepada campuran sup atau stew. Ia mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit untuk millet menyerap cecair dan menjadi lembut.
  5. Untuk memasak bijirin asas: Bilas 1 cawan millet dan tapis keluar airnya. Dalam periuk sederhana, masukkan 2 1/2 cawan air dan 1 cawan millet hingga mendidih. Tutup, kurangkan haba kepada sederhana rendah, dan masak selama 15 minit. Angkat dari api dan biarkan terbuka tanpa ditutup selama 20 minit. Gaulkan dengan mentega atau minyak zaitun dan campur sedikit garam, serbuk lada hitam atau herba. Boleh menghasilkan kira-kira 3 cawan.
  6. Untuk tekstur lembut seperti kentang lenyek, lebihkan air (dalam resepi 5) menjadikan 3 1/2 cawan dan reneh, tutup sehingga air diserap, kira-kira 45 minit hingga 1 jam.
  7. Untuk rasa lebih berkacang, sebelum memasak, goreng tanpa minyak sambil dikacau-kacau atas api sederhana, kacau sentiasa sehingga wangi, kira-kira 3 minit.
  8. Lebihan millet boleh dicampur ke dalam salad, goreng dengan tauhu dan sayur-sayuran, dibentuk menjadi croquettes/pegedil, atau masak bersama susu, madu, dan kayu manis untuk sarapan pagi.
Cubalah millet untuk kesihatan anda.