Saturday, 15 September 2012

10 Cara Untuk Mengurangkan Asid Urik Dalam Badan

Amaranth sejenis bijirin kecil yang beralkali bagus untuk menurunkan paras asid urik anda.  Bijirin kecil yang lain ialah cous cous dan millet yang juga bagus untuk kesihatan gigi.
Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan anda semasa proses penghadhaman (pemecahan) purine yang terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan. Asid urik biasanya tidak berbahaya pada kesihatan tetapi paras yang tinggi boleh menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang pada sesetengah orang.

Paras asid urik dalam badan di sebabkan oleh: 
  • fungsi buah pinggang yang lemah 
  • kekurangan potasium 
  • reaksi kepada ubat-ubatan & vitamin 
  • berdiet untuk menurunkan berat badan anda 
Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.

1. PERASA & REMPAH
  • Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali. 
  • Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.
2. SAYUR-SAYURAN. 
  • Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
  • Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.
3. BIJIRIN KECIL. 

Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, "Alkalinize or Die" bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet
Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

4. HERBA
  • Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan. 
  • Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida. 
  • Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda. 
  • Devil's claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan. 
  • Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.
5. PRODUK TENUSU 

Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam "Pemakanan dan Penyakit reumatik" pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai "kesan klinikal yang bermakna" dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari. 

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN

Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.

Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, "vegetarian chili", hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.

Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.

Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

7. CECAIR

Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong. 

Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri. 

Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

8. BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang. 

Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.

Menurut laporan "Pemakanan dan Penyakit reumatik", terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah. 

Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.

Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

9. BIJIRIN BEBAS YIS

Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang. 

Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.

Wednesday, 12 September 2012

Lelaki Tertua di Malaysia Berumur 117 Tahun

Pak Man tetap sihat walaupun sudah berumur lebih dari 100 tahun. Amalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan yang baik sehingga hari tua anda.

Centenarian, Abdul Rahman bin Abu Bakar adalah manusia yang tertua di Malayasia, meninggal dunia pada usia 117 tahun (8 Sept 2012). Alfatihah... Beliau dari Jertih, Terengganu. Rumah beliau di Kampung Denger, Bukit Puteri, Jertih.

Pak Man mengamalkan gaya hidup sihat dengan hanya makan makanan segar dan sayur-sayuran dan mengelakkan dari tabiat yang tidak sihat seperti merokok, ini membawa kepada kehidupan yang sihat dan umur panjang.

Pak Man, yang pernah bekerja sebagai penjaga kubur, beliau juga menjauhi makanan yang tidak sihat yang mengandungi jumlah gula atau garam yang berlebihan dan yang terlalu berminyak dan berkolesterol tinggi.

"Dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, Pak Man, yang juga tidak minum minuman berais, tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan utama seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, komplikasi jantung, dan tidak pernah menggunakan tongkat untuk berjalan atau cermin mata untuk melihat sehingga hari dia meninggal dunia." kata Arina.

Jadikan gaya hidup Pak Man sebagai contoh untuk kesihatan anda.

Diedit dari: http://www.nst.com.my/

Saturday, 8 September 2012

11 Bahan Toksik Dalam Febreze

Berhati-hati dengan penggunaan bahan kimia di rumah untuk keselamatan dan kesihatan anda. Mungkin anda boleh cuba bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan?
Febreze bukanlah bahan semburan ajaib yang boleh menghilangkan bau dan menyamankan sahaja. Penemuan ini mungkin memeranjatkan anda. Menurut kajian terdapat 87 bahan kimia dalam Febreze.

Di antara bahan-bahannya ialah:

  1. BHT - adalah neurotoksin (bahan yang toksik kepada otak dan sistem saraf), mengganggu hormon, toksin kepada sistem imun, dan merengsa kulit, mata dan paru-paru.
  2. Acetaldehyde - adalah karsinogen (punca kanser), mempunyai kesan ke atas pembiakan dan perkembangannya (bermakna ia boleh merosakkan janin dalam kandungan), toksin kepada sistem imun, dan merengsa kulit, mata dan paru-paru.
  3. Haruman - mengandungi sehingga 400 bahan, kebanyakan petrokimia. Pemerhatian klinikal oleh doktor perubatan telah mendapati bahawa pendedahan kepada wangian boleh merosakkan sistem saraf pusat dan menyebabkan kemurungan, hiperaktif, cepat marah, ketidakupayaan untuk menangani sesuatu, keburukan tingkah laku, sakit kepala, pening, ruam, hiper-pigmentasi, muntah, batuk, dan kerengsaan kulit. 95% daripada bahan kimia yang digunakan sebagai "haruman" datang dari petroleum! Menurut penyelidikan Julia Kendall (layari www.ehnca.org), bahan kimia yang paling biasa dalam wangian adalah etanol, benzaldehyde, benzyl acetate, pinene, aseton, benzyl alcohol, etil asetat, linalook, terpinene, metilena klorida, dan terpineol. Anda akan melihat bahawa banyak bahan-bahan ini telah ditemui dalam Febreze. 
  4. Propylene Glycol - juga karsinogen, Propylene glycol adalah toksik kepada sistem imun, dikaitkan dengan alahan, berkumpul dalam badan dan merengsa kulit, mata, dan paru-paru.
  5. 1,3-Dichloro-2-propanol - penyebab kanser.
  6. Limonene- penyebab alergi, toksin pada sistem imun dan kulit, paru-paru, dan merengsa mata
  7. Methyl pyrrolidone - toksin yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran, alahan, toksik kepada sistem imun, kulit dan mata, dan merengsa paru-paru
  8. Alkohol denatured (alkohol yang bukan sebagai minuman tapi untuk kegunaan lain), ia dikaitkan dengan kecacatan kelahiran, kanser, toksik kepada sistem organ, kulit & mata, dan kerengsaan paru-paru.
  9. Butylphenyl methylpropional - alergen, merengsa dan toksin pada sistem imun
  10. Ethyl acetate - lagi satu toksin sistem saraf dan otak (neurotoksin) yang juga dikaitkan dengan ketoksikan perkembangan janin dan pembiakan.
  11. Benzaldehyde - juga neurotoksin dan merengsa kulit, paru-paru dan mata.
Berhati-hatilah dengan penggunaan kimia dalam rumah untuk keselamatan dan kesihatan anda.

Friday, 7 September 2012

Microgreen Tinggi Khasiatnya!

Microgreen Selada (Cress).
Amalkan makan microgreen untuk kesihatan anda
Microgreen atau anak sayur-sayuran yang baru bercambah atau masih dalam peringkat anak pokok yang berumur dari beberapa hari hingga ke beberapa minggu. Pengusaha tanaman ini biasanya bukanlah petani biasa kerana mereka biasanya menanam dalam bangunan menggunakan sistem hidroponik (tanam tanpa tanah, cuma perlukan air dan beberapa bahan tertentu).

Jika petani yang mengusahakan microgreen ini mereka akan menunggu sehingga pokok itu menjadi agak besar sebelum mengambil pucuknya kerana dia mahu pokok itu mengeluarkan daunnya lagi untuk penuaian berikutnya.

Microgreen biasanya lebih mahal berbanding sayur biasa dan selalu digunakan di restoran fine dining dan restoran mahal, tapi ada juga microgreen yang biasa digunakan untuk memasak di rumah seperti taugeh ;)

Menurut kajian microgreen seperti red cabbage, cilantro, red garnet amaranth, green daikon radish mengandungi kandungan tertinggi untuk ascorbic acid (vitamin C), carotenoids, phylloquinoone (vitamin K) & tocopherols (Vitamin E) yang kesemuanya mengandungi antioksidan.

Microgreen red cabbage mengandungi vitamin C yang paling tinggi, sementara microgreen green daikon radish pula amat kaya dengan vitamin E.

Microgreen boleh digunakan sebagai salad, topping pizza, sandwich atau sebagai garnish (hiasan untuk makanan bila dihidang) dan pelbagai masakan.

Contoh-contoh microgreen ialah daun basil, beet, chard, celery, daun pasli, fennel, daun bawang, daun sup, daun ketumbar, kale, taugeh, alfalfa, cress, rosemary dan lain-lain.

Makanlah microgreen untuk kesihatan anda, khasiatnya lebih tinggi berbanding sayur-sayuran yang sudah matang. Kalau mahu anda boleh menghasilkannya sendiri kerana ia tidak memerlukan tanah pun. Makanlah microgreen selalu untuk kesihatan.

Tuesday, 4 September 2012

Senaman Tabata Ringkas dan Berkesan Membakar Kalori

Tabata memerlukan larian sepantas yang boleh hanya untuk 20 saat saja.
Kesihatan sudah pasti memerlukan senaman. Tabata adalah sejenis senaman yang berselang dan berintensiti tinggi yang memerlukan hanya 14 minit untuk melengkapkannya.

Pencipta senaman Tabata ialah Izumi Tabata, Ph.D., mendapati bahawa peserta dalam protokol senaman ini membakar kalori yang tinggi sehingga 48 jam selepas sesi senaman selesai.

5 langkah untuk melakukan protokol senaman Tabata:
  1. Mula dengan memanaskan badan selama 5 minit dengan berjalan cepat di atas treadmill. 
  2. Berlari pecut sepantas yang anda boleh selama 20 saat.
  3. Berjalan kaki cepat selama 10 saat. 
  4. Ulangi pergerakan 2 & 3 (berlari 20 saat dan berjalan 10 saat) sebanyak 8 kali. 
  5. Cool down selama 5 minit.
Satu senaman yang ringkas. Selamat mencuba dan bakar kalori yang berlebihan untuk kesihatan anda!

Saturday, 1 September 2012

5 Cara Untuk Menyihatkan dan Menguatkan Minda


Amalkan makan badam untuk kesihatan otak anda
Kesihatan badan dan otak amat penting. Pernahkah anda terserempak dengan seseorang, mukanya anda cam, tapi anda tak ingat namanya langsung. Ataupun anda baru saja parking kereta tapi dah terlupa kat mana?
Sebab terjadinya perkara begini ialah memori dalam otak anda, seperti juga badan anda otak boleh menjadi letih dan lemah. Tenaga diperlukan untuk menyegarkan otak anda.
Di antra cara untuk menyihatkan dan menyegarkan otak anda selain dari mengamalkan kismis dan kurma ialah:
  1. Makan badam. Badam sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin & telah digunakan berabad lamanya untuk meningkatkan prestasi memori. Ambil minyak badam bersama susu sebelum tidur atau rendam badam selama beberapa jam dan kupas kulitnya, kisar halus dan campurkan air dan sedikit gula atau madu dan minum sebelum tidur untuk badan dan memori yang lebih sihat.
  2. Jus apel. An apple a day keep the doctors away! Selain dari buah, jus apel sangat baik untuk otak. Satu kajian menunjukkan jus apel meningkatkan penghasilan  neurotransmitter acetylcholine di dalam otak yang seterusnya akan memperbaiki kuasa memori anda.
  3. Cukup tidur & lena. Tidur yang lena dan cukup dapat menguatkan otak anda. Tidur dengan lena selepas seharian bekerja kuat dan anda akan dapat merasakan perbezaannya pada keesokan hari. Kajian menujukkan otak memainkan semula imej-imej yang telah anda alami seharian dan membantu anda mengingatinya semula di masa depan bila anda memerlukannya.
  4. Rasa gembira dan nikmati hidup anda. Tekanan dalam rutin harian boleh melemahkan otak anda. Cuba tukar-tukar rutin dan lakukan aktiviti rekreasi untuk menyegarkan semula otak anda.  Lupakan kerja buat sementara waktu dan  ambil masa untuk bersama ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan, isteri atau anak-anak. Keluar bersiar-siar atau melancong, dengar muzik kegemaran anda atau lakukan apa saja hobi yang boleh menggembirakan anda.
  5. Bersenam. Seperti juga badan anda, otak juga perlukan senaman untuk menjadi sihat dan cergas, oleh itu jangan lupa mengambil masa untuk bersenam setiap hari atau beberapa hari sekali.
Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat. Untuk mendapatkan otak dan minda yang sihat dan cergas, jagalah kesihatan anda.

Friday, 31 August 2012

Selamat Hari Merdeka ke 55 pada 31 Ogos 2012

Logo hari Merdeka  Malaysia yang ke 55
Selamat menyambut Hari Merdeka Malaysia yang ke 55. Malam tadi telah diadakan Ambang Merdeka di KLCC. Satu konsert telah diadakan dan tepat pukul 12.00 malam, selama 8 minit, pertunjukan bunga api pula diadakan di Taman KLCC.

 Ke mana anda hari ini? Ke Dataran Merdeka jam 8 pagi untuk perarakan hari merdeka dan Stadium Bukit Jalil jam 8 malam nanti untuk perhimpunan hari merdeka? Kemasukan ke stadium percuma saja dan LRT hari ni pun memberikan perkhidmatan percuma untuk ke Dataran Merdeka dan ke Bukit Jalil. Tema tahun ini "Janji Ditepati".

Hari Merdeka tahun ini jatuh pada hari Jumaat 31 Ogos 2012, selang 2 minggu saja selepas hari raya aidilfitri yang jatuh pada 19 Ogos 2012 yang lalu. Hujung minggu yang panjang, ramai yang mengambil peluang untuk balik kampung. ;)


Google search (https://www.google.com.my/  ) hari ini menggunakan gambar bunga raya di kelilingi oleh daun bunga raya. Wah! Sungguh patriotik. I like ;)

Sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia perlu kerana:
  • Kita bertuah menjadi anak Malaysia
  • Kita hidup bersama dalam harmoni
  • Kita suka makanan kaum masing-masing
  • Kita telah mencapai kecemerlangan dalam masa 55 tahun yang lepas
  • Kita akan cemerlang pada 55 tahun akan datang dan seterusnya
  • Kita layak menyambutnya.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!