Thursday, 28 August 2014

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Shah Alam 24 Ogos 2014

Klinik Usahawan oleh Dr Azizan Osman di Shah Alam telah berlangsung pada 24 Ogos 2014 yang lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Berikut gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Alamat diambil dari website Setia City Convention Centre sebelum pergi ke sana, senang nanti kalau pemandu teksi tanya.

Dalam perjalanan menaiki komuter ke Stesen Batu 3, Shah Alam, kami tiba di Stesen Seri Setia.

Pukul 7.32pagi kami tiba di Subang Jaya. Kelihatan deretan orang yang sedang berjogin di taman berhampiran Stesen komuter Subang Jaya.

Itu dia dah nampak dah Setia City Convention Centre. Rupanya ia berada di sebelah shopping kompleks Setia City Mall, Shah Alam.

Setia City Mall, kami dah nak sampai ni.

Teksi yang kami naiki dibenarkan masuk ke dalam. Tak payah jalan kaki sampai depan dewan.

Selepas tamat klinik usahawan, kira-kira pukul 12 tengahari. Mengisi borang untuk MMM.


Orang terbalik? Gambar diambil dari cermin atas foyer dewan di Setia City Convention Centre selepas tamat klinik usahawan Dr Azizan.

Ada yang mendongak ke atas tengok bayang-bayang sendiri sementara menunggu untuk mengisi borang MMM selepas kelas Klinik Usahawan Dr Azizan Osman.

Peserta Klinik Usahawan Shah Alam keluar dari dewan selepas tamat kelas.

Ada peserta yang mengisi borang di luar dewan.

Kunjungan saya yang pertama ke Setia City Convention Centre, Shah Alam ketika menghadhiri Klinik Usahawan Dr Azizan 24 Ogos 2014

Kompleks membeli-belah Setia City Mall, ada air pancut yang cantik di sebelahnya berada sebelah menyebelah dengan Setia City Convention Centre di Shah Alam.



Klinik Usahawan yang berikutnya akan diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 September 2014.


Monday, 25 August 2014

31 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Bawang putih adalah salah satu herba yang biasa digunakan dalam masakan melayu, cina atau india dan lain-lain lagi. Selain untuk menambah perisa kepada makanan terdapat berbagai khasiat kesihatan dari bawang putih.


31 Khasiat Bawang putih ialah:

  1. Membantu merawat aterosklerosis.
  2. Membantu mengawal kolesterol yang lebih rendah. 
  3. Bawang putih berupaya menurunkan tekanan darah.
  4. Membantu merawat gout.
  5. Merawat dan mencegah selesema dan jangkitan saluran pernafasan.
  6. Mencegah pembiakan dan penyebaran bakteria.
  7. Membantu merawat Tuberculosis.
  8. Bawang putih boleh merawat luka yang bernanah.
  9. Membantu merawat Trichomoniasis (jangkitan kelamin.)
  10. Meningkatkan tahap metabolisme anda.
  11. Mencegah penyebaran kanser kolon, kanser pundi hempedu, kanser rektum, kanser payudara dan kanser prostat.
  12. Bawang putih membantu sistem pencernaan.
  13. Merawat jangkitan yis.
  14. Melarutkan pembekuan darah.
  15. Meningkatkan selera makan.
  16. Membunuh cacing dan parasit dalam usus anda.
  17. Membantu merawat katarak.
  18. Membantu merawat artritis.
  19. Membantu merawat kencing manis.
  20. Membantu merawat jangkitan Staphylococcus.
  21. Bawang putih membantu menghilangkan sakit gigi.
  22. Merawat jerawat.
  23. Menghilangkan ketuat.
  24. Membantu merawat tetter (penyakit-penyakit kulit yang gatal dan memberikan kesan pada kulit seperti panau, kayap, herpes, eczema dan impetigo).
  25. Membantu dalam rawatan bisul pada kulit.
  26. Mempunyai kesan menenangkan pada usus.
  27. Phytoncides dalam bawang putih digunakan untuk merawat asma, bronkitis kronik dan batuk kokol.
  28. Membantu menyembuhkan insomnia.
  29. Melambatkan proses penuaan.
  30. Menghalang pertumbuhan Candida albicans.
  31. Bawang putih juga menguatkan sistem imun badan.
Amalkan bawang putih untuk kesihatan anda, tambahkan bawang putih ke dalam makanan harian anda untuk kesihatan.


Saturday, 23 August 2014

Resepi Tat Nenas

Bahan-bahan Tat Nenas:



Pastri Tat Nenas (Kulit Tat)
225g/8oz/1 cawan mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
350g (2½ cawan) tepung gandum
¼ sudu teh garam
50g/4 sudu besar gula halus/gula aising/gula confectioner (atau secukup rasa)
2 sudu besar tepung jagung
1 biji kuning telur (untuk adunan pastri)
1 biji kuning telur + ½ sudu besar susu pekat (dikacau rata untuk sapuan atas tat)

Inti Tat Nenas (dari buah nenas segar):
250g nenas parut/diblend
150g gula (atau secukup rasa)
1 sudu besar jus lemon
½ -1 sudu teh tepung jagung
½ sudu besar bunga cengkih (jika suka)

Inti Tat Nenas (dari nenas dalam tin)
1 tin nenas (toskan dan perah airnya dan diblend kira-kira 10 saat)
¼ cawan gula pasir (atau secukup rasa)
1-1½ sudu teh tepung jagung
1 sudu teh jus lemon (jika suka)
½ sudu besar bunga cengkih (jika suka)

Cara-cara membuatnya:

Untuk membuat intinya masak kesemua bahan samada bahan inti menggunakan buah nenas segar atau nenas dalam tin. Gunakan api perlahan dan kacau selalu menggunakan senduk kayu supaya tidak hangit sehingga airnya kering dan warnanya keemasan. Rasa dan tambah gula jika perlu. Keluarkan bunga cengkih dari inti tat nenas dan sejukkan. Inti tat nenas ini tahan disimpan dalam peti sejuk selama 1 minggu.

Cara membuat pastri. Ayak tepung gandum, tepung jagung, garam dan gula kedalam mangkuk adunan. Masukan mentega dan telur dan digaul bersama. Jika doh terlalu kering, tambahkan mentega (kira-kira 1 sudu besar). Bahagikan doh kepada 30 bahagian dan bulat-bulatkan.

Nipiskan bola kecil yang telah dibuat dan masukan intinya kemudian bentukkan memanjang kira-kira 1 - 1½ inci panjangnya. Gunakan tapak tangan untuk membentuk tat nenas. Gunak pisau kecil untuk membuat bentuk berpangkah pada bahagian atas tat. Sapukan telur dan susun dalam dulang (dialas parchment paper jika suka) dengan jarak 1 inci di antara tat nenas.

Panaskan oven 350F (180C) dan bakar selama 20 -25 minit atau sehingga tat nenas berwarna perang keemasan.

H/T: novice baker

NOTA MASAKAN TAT NENAS:
  1. Sapuan telur pada permukaan tat nenas boleh menggunakan telur sahaja. Jika dicampur telur dicampur dengan susu pekat ia akan kelihatan lebih berkilat dan keemasan.
  2. Resepi ini boleh dapat kira-kira 24 - 30 biji tat nenas.
  3. Jika suka boleh ditambah 1 sudu besar shortening ketika menguli tat nenas untuk menjadikannya lebih rapuh dan cair di mulut.
  4. Jika doh/pastri tat nenas anda terlalu kering dan berderai tambahkan sedikit air atau mentega yang telah dilembutkan pada suhu bilik.

Thursday, 21 August 2014

Mohd Zulfadli sent you an invitation

 
Top corners image
     
 
   
 
 
 

Mohd Zulfadli has invited you to join Twitter!

 
 
Accept invitation
 
     

Whatever you choose to focus on, is what will expand!

Whatever you choose to focus on, is what will expand!


Tuesday, 19 August 2014

1 Sahaja Cara Untuk Berjaya.

Anda ingin berjaya? Hanya ada 1 sahaja cara untuk berjaya, tiada cara lain lagi iaitu dengan memberi yang terbaik atau memberi segala-galanya yang anda ada untuk mencapai kejayaan yang diinginkan.


Sudahkah anda memberikan yang terbaik?

"Always Do Your Best. Your best is going to change from moment to moment; it will be different when you are healthy as opposed to sick. Under any circumstance, simply do your best, and you will avoid self-judgment, self-abuse and regret."
- Miguel Angel Ruiz

(H/T: T. Harv Eker)


Hakikat Bersyukur

Bersyukur itu nampak mudah, tapi hakikat sebenarnya ia agak sukar...
(H/T: fb hasryn)
Kenapa berkata sedemikian?
  1. Solat 5 waktu itu tanda syukur namun tidak semua melakukan dengan sempurna
  2. Asyik mengeluh, merasa sentiasa tidak cukup juga tanda kita belum bersyukur
  3. Selalu mengata orang lain, memburukkan orang lain, menganiaya orang, dan 
  4. lain-lain perkara mazmumah tanda kurangnya rasa dan jiwa 'bersyukur'

Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga kita...


Monday, 18 August 2014

Kenapa Anda Teringin Makan atau Mengidam?

Tentu anda pernah teringin atau mengidam untuk makan sesuatu. Teringin makan atau mengidam ini amat tinggi sehingga melepasi perasaan lapar terutamanya ketika anda berasa tertekan (stress).


Di sebalik rasa teringin makan atau mengidam adalah cara badan anda memberitahu anda telah kekurangan zat-zat makanan yang tertentu. Selalunya dengan mengambil makanan yang cepat mengeluarkan kalori, badan akan merasa selamat, seterusnya badan akan keluar dari mod ikhtiar hidup (survival).

Jika anda ingin makan atau mengidam:
  1. Coklat anda kekurangan magnesium. Anda sepatutnya makan koko (raw cocoa), kekacang, biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Makanan bergula atau manis anda kekurangan kromium (patut makan brokoli, anggur, keju, ayam), karbon (patut makan buah-buahan segar), posforus (patut makan ayam, daging, ikan berlemak, telur, produk tenusu, kekacang (nut), sayur-sayuran dan bijirin), sulfur patut makan kranberi, horseradish, kobis, bunga kobis) & tryptophan (patut makan keju, raisin, ubi keledek, bayam).
  3. Roti, pasta dan makan berkabohidrat anda kekurangan nitrogen. Anda sepatutnya makan makanan berprotin tinggi seperti daging, ikan berlemak, kekacang, biji chia (chia seed)).
  4. Makanan berlemak anda kekurangan kalsium. Anda sepatutnya makan susu organik, keju, sayur-sayuran berdaun hijau.
  5. Makanan bergaram/masin anda kekurangan klorid (patut makan ikan berlemak, susu kambing), silikon (patut makan biji gajus, kekacang, biji-bijian).
Lain kali jika anda teringin makan atau mengidam sesuatu pastikan anda mengambil makanan atau makan makanan yang benar-benar diperlukan badan anda dan tidak begitu mengikut makan apa yang anda teringin makan atau mengidam.


Wednesday, 13 August 2014

Hidup Lebih Mudah

Falsafah saya ialah: Ia bukan urusan saya apa yang orang kata dan fikir tentang saya. Saya adalah saya dan saya lakukan apa yang saya lakukan. Saya tidak mengharapkan apa-apa dan menerima segala-galanya. Ia membuat hidup lebih mudah. "- Anthony Hopkins


Bebas dari pendapat orang lain; tidak mengharap; amalkan terima apa saja dalam kehidupan anda - maka anda akan tahu apakah kegembiraan sebenar.

Tuesday, 12 August 2014

Kerja Lebih Kuat Dari Orang Lain Jika Ingin Berjaya


Kerja kuat sudah tentu ada ganjarannya. Sentiasa positif dan fokus pada matlamat anda. Segala impian anda akan menjadi kenyataan.

6 Jenis Jus Untuk Detoks Bagi Membersihkan Toksin Dalam Badan Anda

Detoks atau nyahtoksin amat diperlukan oleh badan anda untuk membuang segala toksin dari pengambilan makanan dan minuman, ubat-ubatan, pengaruh alam sekitar dan sebagainya. Berikut dapatkan 6 resepi jus untuk detoks atau untuk membersihkan sistem badan anda.


Jus 1 Hijau
1 tangkai kale
1 genggam daun bayam
1 biji kecil letucce romaine
1/2 tangkai daun pasli
1 batang timun
6 batang saderi
1 biji lemon

Jus 2 Melembap
1 inci halia
1 tangkai kale
1 tangkai daun pudina
1 batang timun
1 biji lemon (diparut kulitnya bahagian kuning)
2 cawan nenas yang dicincang
1 biji epal

Jus 3 Hijau + Halia
1 tangkai kale
1 genggam daun bayam
1 biji kecil letucce romaine
1/2 tangkai daun pasli
1 batang timun
6 batang saderi
2 biji epal hijau besar
2 biji lemon
2 inci halia

Jus 4 Akar
2 inci halia
2 biji ubi bit (bersama daunnya)
1 biji lemon (bersama parutan kulitnya dari bahagian kuning)
2 biji epal
3 batang karot

Jus 5 Melembap & Menghadam
2 batang timun
1 biji lemon
2 cawan nenas
2 cawan air kelapa
1/2 cawan jus aloe vera

Jus 6 Susu Badam
32 oz susu badam organik
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu teh buah pala
2 sudu besar vanilla
Secubit garam
2 peket stevia mentah (jika suka)

Untuk membuatnya  hanya blend dan jadikan jus. Hidangan untuk 2 orang.

Minum ketika perut anda lapar/kosong. Amalkan minum jus-jus ini untuk membuang toksin dari badan anda atau untuk detoks.





Monday, 11 August 2014

Kebaikan Terapi Air

Terapi air amat ringkas dan tidak memerlukan belanja yang tinggi. Lakukan sewaktu bangun pagi sebelum menggosok gigi atau mencuci muka atau jika tidak pun hendaklah jangan makan atau minum apa-apa 2 jam sebelum dan selepas melakukan terapi air ini.


Terapi air mempunyai berbagai manfaat termasuklah melegakan tekanan perasaan, mengurangkan berat badan, kulit cantik (glowing), rasa segar dan bertenaga sepanjang hari dan penghadaman yang baik.

Ada beberapa cara untuk melakukan terapi air. Antaranya ialah:

Cara 1
Minum 1.5 liter (kira-kira 5 - 6 gelas) air sekaligus selepas bangun tidur tanpa menggosok gigi atau membasuh muka terlebih dahulu.

Cara 2
1. Semasa bangun tidur di waktu pagi, sebelum memberus gigi, minum 4-6 gelas air setiap gelas 160 ml (kira-kira 640 - 960 ml).
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit.
3. Selepas 45 minit bolehlah anda makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 15 minit.
5. Untuk yang tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air sekaligus pada awalnya bolehlah bermula dengan mengambil air yang sedikit dan ditambah secara beransur-ansur menjadikan 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan ini boleh menyembuhkan penyakit kepada yang sedang sakit dan yang lain juga boleh menikmati kehidupan yang sihat.
*Minum air yang disimpan dalam bekas tembaga dapat menyihatkan jantung. Tembaga larut ke dalam air dan menyebabkan air berion dan membunuh bakteria dan virus yang tidak dikehendaki. Ini dapat mengelakkan penyakit bawaan air.

Cara 3
Petua ini datangnya dari seorang lelaki yang berusia 88 tahun yang kelihatan begitu sihat. Bila ditanya apakah rahsia beliau, beliau memberikan amalan berikut yang diamalkannya untuk kekal sihat.

1. Sebelum tidur malam, gosok gigi terlebih dahulu.
2. Jangan makan apa-apa 2 jam sebelum tidur.
3. Ketika bangun tidur pada setiap pagi, sebelum basuh muka, gosok gigi atau berkumur-kumur, minum 7 hap air  sekaligus. (1 hap = 0.18 liter).
4. Selepas itu boleh makan sarapan pagi. Pastikan sarapan yang diambil tinggi khasiatnya dan mempunyai kandungan vitamin yang tinggi.
5. Selepas makan sarapan pagi, boleh minum seperti biasa. Selepas selesai bersarapan pagi jangan minum apa-apa selama 2 jam.
6. Begitulah juga selepas makan tengahari dan makan malam, 2 jam berikutnya perlu berpuasa.
*Air yang digunakan sebaik-baiknya disimpan semalaman dan diminum bahagian atasnya sahaja.

Menurut data yang dikumpul oleh Hospital Khuen Ming, sehingga akhir tahun 1970 terapi minum air putih ini dapat menyembuhkan penyakit antara lain ialah:
  1. Sakit kepala, gangguan otak, tekanan darah tinggi, gangguan saraf, lumpuh, encok / rasa sakit otot atau tulang, telinga berbunyi, dada berdebar, kaki tangan lemas. 
  2. Batuk, batuk kering, asma, jangkitan pernafasan 
  3. Cerebritis, gangguan hati, penyakit buah pinggang, urulithiasis 
  4. Terlampau banyak gastric acid, sakit perut, gastroptosis, peptic ulcer, desentri prolapseani, susah buang air, hemorheid (buasir), kencing manis. 
  5. Mata sakit, mata merah, pendarahan mata, kemerosotan daya penglihatan 
  6. Datang bulan tidak teratur, pek-tai, kanser payudara, kanser rahim 
  7. Penyakit hidung, telinga dan tekak. 


Bergantung parah atau tidaknya penyakit serta keadaan tubuh pesakit, penyembuhan dengan terapi minum air adalah antara 1-15 minggu. Yang memerlukan penyembuhan lebih daripada 15 minggu hanyalah penyakit orang tua "pinsul" yang disebabkan gangguan otak. Tiap hari mesti minum 3 x sehari @ 7 hap (pagi, siang dan malam) selama minggu pertama atau sehingga selera makannya normal, kemudian diteruskan terapi air, minum 1 x sehari @ 7 hap seperti biasa dan dijangka sembuh selepas 18 minggu. (Soenarko, 1979).