Friday, 10 February 2012

Kesihatan: Sebab dan Akibat

Untuk kesihatan, amalkan pemakanan seimbang dan bersenam 30 minit sehari.
Gambar: shashacatering.com
Untuk kesihatan anda disyorkan makan oat dan melakukan senaman 30 minit setiap hari tapi semuanya seakan-akan terbiar.

Jadi apa kata mulai hari ini mulakan makan oat dan lakukan senaman 30 minit setiap hari demi kesihatan anda.
Mengapa? Cuba fikirkan ini.
Jika anda membeli sebuah kereta dan inginkan ia masih berjalan dengan lancar selepas 10 tahun, sudah tentu anda akan membelanjakan wang dan masa untuk servis berkala dan penjagaan kereta tersebut. Masuk akal kan?

Begitu jugalah dengan kesihatan badan anda, jika anda ingin hidup katalah selama 100 tahun, anda perlulah melabur usaha dan masa untuk mengekalkan dan menjaga diri anda.

Itu semua persamaan kesihatan yang mudah atas sebab dan akibat: Jika: anda minum, hati anda gagal perlahan-lahan; anda merokok, paru-paru anda gagal, jika anda gemuk atau obes hari ini, anda mungkin makan berlebihan dan tidak menggerakkan badan anda dengan banyak sehingga saiz anda jadi begini.

Jika 100 tahun merupakan titik noktah hidup anda, apakah tahap kesihatan dan kecergasan anda ketika anda berumur 60 tahun? Fikirkannya.

Thursday, 9 February 2012

Metro Network, Moscow Yang Cantik dan Unik

Salah satu stesen di rangkaian Metro Network, Moscow.
Foto: nomaders.com
Bandar Moscow, selain dikenali sebagai bekas ibu negara komunis juga sebuah bandar yang bersejarah dan unik. Metro Network atau rangkaian keretapi bawah tanah mempunyai stesen-stesen yang sungguh indah dan unik.

Metro Network di Moscow mempunyai stesen-stesen yang paling cantik di dunia dilengkapi dengan lampu antik, hiasan kaca berwarna dan dinding marmar.

Diktator Soviet, Joseph Stalin pada masa itu telah mengarahkan artis dan arkitek membina "istana yang indah untuk rakyat". Pada tahun 1935, 13 stesen yang pertama dibuka, Metro Network Moscow dijulang sebagai kejayaan utama seni bina untuk kerajaan Soviet Union.

Diantara stesen-stesen yang paling indah untuk dikunjungi ialah Komsomolskaya, Novoslobodskaya, Elektrozavodskaya dan Arbatskaya di rangkaian Metro Network, Moscow.

Wednesday, 8 February 2012

Rumah Api KTM Tumpat

Rumah api KTM Tumpat bukan ini.
Satu-satunya stesen KTM yang mempunyai rumah api ialah Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan. Rumah api KTM Tumpat yang bersejarah ini telah dibina pada tahun 1950an untuk kemudahan kapal-kapal yang belayar kerana dahulunya Tumpat adalah sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900an..

Rumah-rumah api dibina ditempat-tempat strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Sebelum itu terdapat sebuah rumah api lama yang diperbuat daripada kayu yang dibina pada awal 1900an terletak di Padang Mahkota, Tumpat. Rumah api lama setinggi 30 kaki yang dibina berbentuk empat segi dan meruncing ke atas dan dibuat pelantaian dibahagian atas sebagai tempat lampu ini telah dirobohkan bila rumah api baru siap dibina.

Rumah api KTM Tumpat yang ada sekarang terletak di kawasan stor KTM Tumpat, dibuat dari batu-bata dan berbentuk tirus ke atas setinggi 70 kaki. Ukurlilit bahagian bawahnya ialah 37’ 9". Tangga dibina di bahagian dalamnya untuk naik dan turun bagi memasang dan memadamkan lampunya.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, rumah api KTM Tumpat ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat.

Kini ia dengan perkembangan teknologi moden ia tidak digunakan lagi, tinggal sebagai sejarah dan untuk dilihat oleh para pelancong yang datang ke Tumpat ini.

Tuesday, 7 February 2012

Resepi : Moist Chocolate Cake Kukus


Moist Chocolate Cake setelah ditopping.
Foto:http://cokelatmanisku.blogspot.com/

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (fresh milk pon boleh)
1 cawan minyak masak/mentega cair (yan guna minyak jagung)
1 cawan gula castor ( gula pasir pon boleh)
1/2 cawan susu pekat manis


Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik


Bahan C
3 biji telur


Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.


Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.


Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.


Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.


from: http://cokelatmanisku.blogspot.com/

Monday, 6 February 2012

Koko Mencegah Kanser Kolon

Pancutan cokelat kaya dengan koko. Koko  baik untuk kesihatan dan sedap  pula.
Cokelat memang sedap untuk dimakan, malah ia juga baik untuk kesihatan & dapat mempertahankan anda dari mendapat kanser kolon. Koko yang menjadi bahan utama dalam cokelat kaya dengan flavonoid dan antioksidan.

Mengikut 1 kajian kesihatan di Sepanyol,

  • koko boleh mempertahankan badan dengan mengganggu proses pembentukan sel-sel tumor.
  • koko juga boleh mempercepatkan proses "chemoprevention mechanism" (sistem yang membantu menghalang pembentukan kanser) iaitu proses semulajadi badan menggantikan sel-sel yang mati atau tak sihat dengan yang baru dan sihat.
Selama 8 minggu kajian telah dijalankan ke atas tikus yang sihat dengan memberi diet kaya dengan koko (12%) kemudian di "induced" dengan faktor yang menyebabkan kanser. Keputusan menunjukkan diet yang tinggi dengan koko mengurangkan "crypts" sejenis manisfestasi biasa untuk kanser kolon.

Jadi makanlah atau minumlah cokelat yang sememangnya kaya dengan koko untuk kesihatan kolon anda.

Saturday, 4 February 2012

6 Keburukan Membaling Keretapi Yang Bergerak

Membaling batu ke arah keretapi yang bergerak satu perbuatan yang mengganggu keselamatan
Keselamatan keretapi samada monorel, lrt, komuter, mrt dan sebagainya boleh terjejas akibat terkena lontaran  batu atau sebarang objek keras kepada kereta api yang sedang bergerak.

Masalah keselamatan ini boleh:
  1. Memberi kesan serius dan kadang-kadang membawa maut. 
  2. Tingkah laku yang mengganggu keselamatan ini juga boleh menyebabkan kelewatan dalam jadual perjalanan keretapi tersebut.
  3. Mencederakan penumpang (mungkin pelancong asing) dan kakitangan yang bertugas terutamanya pemandu lokomotif (keretapi)
  4. Menyebabkan kerosakan harta-benda keretapi seperti cermin dan lampu pecah.
  5. Mewujudkan kos yang tak sepatutnya pada perkhidmatan keretapi.
  6. Menyebabkan orang-ramai merasa keselamatan tak terjamin.
Ia biasanya dilakukan oleh pelajar sekolah rendah atau menengah yang tidak memperdulikan keselamatan orang-lain hanya untuk bersuka-suka. Peranan ibu-bapa amat penting untuk mengatasi masalah keselamatan orang-ramai dan keretapi ini.

Kos untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan keretapi yang lebih baik kepada orang-ramai. Vandalisma yang memberi gangguan keselamatan ini boleh menghadapi hukuman setimpal jika tertangkap.

Friday, 3 February 2012

Bergaya Dengan Palazzo

Bergaya santai dan relaks dengan palazzo.
Foto:bb-fashions.com
Bergaya dengan seluar panjang adalah salah satu jenis pakaian yang digunakan untuk menutup aurat oleh wanita Islam. Jika seluar ketat samalah macam tidak menutup aurat kan? Apa kata kita cuba seluar besar yang dinamakan Palazzo. Ia sesuai dipakai oleh semua peringkat, kurus atau gemuk bahkan wanita mengandung.


Seluar palazzo besar dan selesa.
Foto:dancefashionswarehouse.com
Sejenis seluar panjang longgar atau seluar besar yang menarik ialah Palazzo. Palazzo berasal dari pakaian untuk penari ballet. Ia sesuai digayakan ke majlis rasmi, ke pejabat mahu pun untuk bersantai. Cukup bergaya kan?