Saturday, 14 January 2012

Kuih Pau Inti Ayam

Kuih Pau Ayam. Foto: Chetambiz

BAHAN DOH KULIT PAU
500gm tepung pau/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
2 sudu besar shortening
250gm air suam
UNTUK INTI
300gm isi ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong dadu
1 biji lobak merah dipotong dadu
2 sudu besar kari ayam, garam dan gula
2 ulas bawang putih dan bawang merah
CARA MEMBUATNYA

DOH
gaul semua bahan-bahan kecuali air
kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
uli tepung hingga licin (tidak melekat di tangan)
tutup kain lembab, biar kembang 2x ganda
tumbuk adunan dan bahagi menjadi adunan kecil
bulat-bulatkan dan masukkan inti
lapik adunan atas daun pisang atau kertas
biarkan adunan tadi kembang/naik
panaskan kukusan
masukkan adunan dan kukus lebih kurang 10 minit/ sehingga masak
siap untuk dihidang
INTI
panasakan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
masukkan kari yang telah dibancuh dan masukkan isi ayam, kacau
masukkan kentang, garam, lobak merah dan air
biarkan mendidih dan menjadi pekat
masak hingga lembut
Resipi: Mat Gebu

Sara 1Malaysia Dilancarkan Pada 12.1.12

Skim Sara 1Malaysia membantu anda membuat pelaburan

Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia adalah satu lagi skim yang sekali lagi memberi peluang kepada golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah (RM500 paling rendah).

Sara 1Malaysia, Skim pelaburan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, semalam ini boleh memberikan pulangan dari RM5000.00 hingga RM13,000.00 dalam masa 5 tahun. Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk memulakan skim, yang pertama seumpamanya.

Sara 1Malaysia ialah hibrid pelaburan unit amanah dan produk pinjaman. Ia mampu menjana aliran tunai yang konsisten atau insentif bulanan. Ia memberi pilihan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membayar tunai atau mengambil pinjaman sebanyak RM5,000.00 untuk mengambil bahagian dalam skim ini.

Pinjaman boleh dibuat melalui RHB Bank, Maybank, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional bermula dari 30 Januari 2012.

Mereka yang membayar tunai dalam Sara 1Malaysia akan mendapat RM134 bulanan atau RM13, 000 selepas lima tahun. Dan yang mengambil pinjaman akan membayar bank RM84 sebulan dan menerima wang tunai sebanyak RM50 sebulan, atau RM5, 000 selepas lima tahun.

Jika anda tidak mengambil wang tunai bulanan, sebaliknya meletakkan kembali ke dalam skim ini dan biarkan wang anda berkembang, mereka yang dibayar tunai akan melihat pulangan sebanyak RM13, 000 selepas 5 tahun melalu Sara 1Malaysia ini.

Thursday, 12 January 2012

Tip Untuk Menegangkan Kulit Muka

Untuk kelihatan awet muda hanya lakukan senaman muka yang diberikan setiap pagi.
Ada berbagai cara dan pelbagai produk digunakan untuk menegangkan kulit muka supaya nampak lebih cantik dan awet muda. Selain dari selalu gembira, selalu senyum dan berfikiran positif perlu buat senaman juga. Ada satu tip ni tak perlu gunakan apa-apa produk dan senang pula. Cuma perlukan effort anda sahaja.

Caranya:
Setiap kali bangun pagi nganga mulut seluas yang boleh, jelirkan lidah sepanjang yang boleh dan bukakan mata seluas yang boleh dan kekal dalam keadaan ini selama 1 atau 2 minit. Lakukan setiap hari dan nikmatilah kulit muka yang cantik dan tegang. Senaman ini akan menarik otot-otot dimuka dan seterusnya menegangkannya.
Nota: Untuk meningkatkan kesihatan yang lebih baik, angkat tangan dan siku pada paras dada bila sambil membuat senaman muka di atas.

Cubalah, semoga anda mendapat muka yang tegang dan menawan serta kesihatan yang baik

Wednesday, 11 January 2012

Vitamin B12 dan Asid Folik Meningkatkan Daya Ingatan

Vitamin B12 dan Asid Folik Dapat Meningkatkan Daya
Ingatan atau Memori
Vitamin B12 dan Asid Folik dapat meningkatkan kecergasan ingatan (memori) setelah diambil selama 2 tahun, menurut satu kajian yang dijalankan di Australian National University.

Vitamin mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan kesejahteraan penuaan dan mental yang sihat, serta mengekalkan kognitif berfungsi dengan baik.

Kajian dijalankan ke atas 700 orang yang berusia 64 - 70 tahun, 1 kumpulan diberikan dos asid folik dan vitamin B12 setiap hari sementara 1 kumpulan lagi diberikan pil placebo yang menyerupai vitamin dan asid folik tersebut.

Dos yang diberikan adalah 400 mikrogram asid folik dan 100 mikrogram Vitamin B12.

Setelah 1 tahun diberikan kumpulan yang mengambil vitamin dan mengambil pil placebo yang menyerupai vitamin tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam memori masing-masing. Tetapi selepas 2 tahun dan ujian dijalankan sekali lagi, kumpulan yang diberikan vitamin menunjukkan peningkatan yang positif dalam memori mereka berbanding yang mengambil pil placebo.

Monday, 9 January 2012

Anwar Ibrahim Bebas dari Tuduhan Liwat Kedua.

Anwar Ibrahim dihadapan mahkamah setelah dibebaskan.
Gambar: kl-today.com

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Ini adalah kes tuduhan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kes berlaku di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 dengan pembantunya sendiri Mohd Saiful.

Kes ini mula dibicarakan pada 3 Februari 2010 dan diputuskan hari ini 9 Januari 2011. Jam 9.45 pagi tadi Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah setelah dibebaskan dari tuduhan liwat. Dekat 1  tahun baru tamat perbicaraan.

Yang pertama dulu dengan pemandu beliau sendiri, Azizan Abu Bakar pada tahun 1998 dan telah dibebaskan dari tuduhan liwat tersebut. Ingat lagi macam mana kekecohan berlaku di media Malaysia. Rasa macam tak percaya pun ada masa tu. Betul ke Datuk Seri Anwar Ibrahim ni?

Tip Melancong ke Uzbekistan.

Matawang Uzbekistan. Foto:atsnotes

Republik Uzbekistan dahulunya adalah sebuah negeri di bawah Negara Rusia. Selepas Rusia berpecah ia kini sebuah negara tersendiri yang dikelilingi oleh Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Uzbekistan adalah negara yang paling ramai penduduk di Asia Tengah, dengan rekod 28 juta orang. Kira-kira 90 peratus daripada mereka beragama Islam. Bahasa Uzbekistan dan Rusia digunakan dengan meluas, sementara Bahasa Inggeris biasa digunakan di kalangan generasi muda.

Uzbekistan mempunyai banyak tugu-tugu kuno, alam semulajadinya yang kaya, dan kemajuan yang pesat hari ini menarik perhatian seluruh dunia. Berabad-abad lamanya, negara ini berada di persimpangan Laluan Sutera yang terkenal dengan pedagang, ahli geografi, pendakwah, dan seterusnya pelancong.yang mengembara.

Dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur dan persamaan demografi (agama dan penduduk pelbagai etnik), rakyat Malaysia akan mendapati Uzbekistan menarik untuk dikunjungi.

Ia pasti lebih menarik kerana Uzbekistan menempatkan beratus-ratus monumen bersejarah Islam, sebahagian besar daripadanya mendapat status Tapak Warisan Unesco.

Umat Islam tidak akan mempunyai masalah makanan, rumah sembelihan secara umumnya dimiliki dan diuruskan oleh orang Islam. Makanan dari jenis yang tidak pedas biasanya disediakan.

Uzbekistan adalah sebuah negara empat musim dan memberikan landskap yang berbeza dan pengalaman merasai setiap musim.

Adalah lebih baik untuk menukar Ringgit kepada US Dolar lebih awal kerana tidak banyak money changer di Uzbekistan. US Dollar $1 adalah kira-kira 1700 Sum (sebotol 1 liter air mineral berharga 1000 Sum). Sum ialah matawang bagi Uzbekistan.

Tour guide anda akan menasihati anda untuk menukar dolar Amerika Syarikat (AS) kepada Sum bila perlu sahaja kerana sukar untuk menukar Sum kembali kepada mata wang lain.

Visa untuk lawatan boleh diperolehi di Kedutaan Republik Uzbekistan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut hubungi 03-4253 3406, e-mel kepada embassy@uzbekembassy.com.my atau mail@uzbekembassy.com.my atau lawati http://uzbekembassy.com.my/.

Tip:
Simpan salinan kedua Pengisytiharan Custom bersama-sama dengan semua baucar hotel yang diberikan kepada anda mungkin berguna apabila diperiksa. Simpan juga semua resit yang lain jika pegawai-pegawai Kastam di lapangan terbang memintanya semasa anda ingin berlepas pulang.

Sumber: nst

Saturday, 7 January 2012

Koop 1Malaysia



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) telah Perkenalkan koperasi 1Malaysia (Koop 1 Malaysia). KedaiKoop 1Malaysia adalah hasil kerjasama koperasi Permodalan Felda (KPF)Berhad dan Felda Trading yang mengedarkan barangan runcit sedia ada di luarBandar dan tanah rancangan Felda.


Barangan yang dipasarkan di kedai Koop 1Malaysia adalah lebih murahberbanding kedai biasa sehingga 40%. Buat masa sekarang ada 24 jenisproduk hasil Koop 1Malaysia dan akan ditambah kepada 126 jenis produk barumenjelang bulan Mac 2012.


Koop 1Malaysia yang Memasarkan produk hasil koperasi Felda Trading ini akandiperluaskan kepada setiap daerah kerana mendapat sambutan positif daripenduduk tempatan. Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian selepasmerasmikan kedai tukar kepada koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad danpromosi produk Koop 1Malaysia di Bera.


Disamping itu sebelum ini telah ada 3 buah pusat pengedaran kecil di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Subang, Selangor.


Terdapat 1 program yang diberi nama program tukar, iaitu penukaran kedairuncit kepada coopmart. Kira-kira 100 buah kedai runcit telah didaftarkan untukprogram ini dan 89 buah kedai runcit telah berjaya ditukar kepada coopmart.Proses tukar yang dilakukan membabitkan Pengurusan kewangan danpenyeliaan produk kepada cara yang lebih teratur dan Moden.


Di antara barang yang diedarkan ialah keperluan harian seperti beras, susu,lampin Bayi dan lain-lain.


Komitmen Kementerian dan KPF dalam usaha untuk membantu rakyat di luar bandar & tanah rancangan adalah menjadi keutamaan.
Sumber: Utusan