Muffin yang berkhasiat ini dibuat dari yoghurt, walnut, rasberi dan germa gandum. Anda boleh mulakan hari anda dengan muffin.
Muffin bukan saja sesuai untuk sarapan tapi juga pada waktu makan yang lain. Anda boleh memasak muffin ini pada hujung minggu dan simpan untuk dimakan pada minggu berikutnya. Jika ingin tahan lebih lama, boleh disimpan dalam peti sejuk. Ia sungguh berkhasiat dan sedap. Berikut adalah resepinya dari befitwithkristen
Raspberry Walnut Muffins
Adapted from a raspberry muffin recipe posted on Kretchmer.com.
Makes 24 muffins
Ingredients
2 cups whole wheat pastry flour
1 cup of wheat germ (I used Kretchmer)
2 tbsp baking powder
2 eggs
1/2 cup low-fat milk
1/2 cup plain low-fat Greek yogurt
6 oz unsweetened apple sauce
2 tbsp coconut oil, melted
3/4 cup honey
1 cup fresh or frozen raspberries
1 cup walnuts chopped
2 – 3 tbsp sugar in the raw
zest of 1/2 a small lemon
Method
Pre-heat oven to 350°
Mix the dry ingredients in a bowl (flour, wheat germ & baking powder)In a second bowl, whisk together the eggs, milk, yogurt, honey, apple sauce and coconut oil. Slowly mix the wet ingredients in with the dry. Stir until thickened. Add the raspberries, walnuts and lemon zest; mix well.
Use an oil sprayer to grease your muffin tins. Evenly distribute the batter and top with a touch of sugar in the raw for added sweetness. Bake for 20 minutes or until muffins are slightly browned.
Enjoy the muffin!
Friday, 14 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Sejarah Malaysia Diadakan Dalam Talian (Online)
Sejarah Malaysia akan dipaparkan kepada umum, begitu pengumuman oleh Arkib Negara Malaysia awal minggu lepas. Jabatan Arkib Negara Malaysia akan membuat dokumen-dokumen sejarah dari seluruh negara yang tersedia kepada orang awam dalam format digital dan dijangka akan mula online pada bulan April 2013 untuk dokumen sejarah.
Sejarah dikatakan oleh setengah orang sebagai tidak penting.
5 sebab mengapa sejarah negara penting.
Permohonan akan dibuat untuk mendapatkan rekod Tanah Melayu semasa zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British dari universiti-universiti asing. Jabatan Arkib Negara Malaysia pada peringkat awal proses pendigitalan akan melibatkan rekod urusetia negeri dari 1880-an hingga tahun 1940-an.
Ini melibatkan bilangan dokumen yang sangat besar iaitu kira-kira 3 juta halaman dokumen dan 2,000 jam rakaman filem, video dan audio.
Kita boleh membina negara Malaysia sebagai negara maju dengan adanya paparan sejarah.
Sejarah dikatakan oleh setengah orang sebagai tidak penting.
5 sebab mengapa sejarah negara penting.
- Sesetengah orang tidak mengetahui bagaimana negara telah mencapai apa yang ada sekarang. Adalah mustahil untuk sebuah negara maju tanpa memahami bagaimana negara itu sampai ke tahap sekarang.
- Penyelidik, ahli sejarah dan penganalisis politik sering tidak dapat mencari atau mendapat akses kepada dokumen-dokumen penting dari masa lalu.
- Pada tahun 2008, Malaysia kalah dalam perebutan Pulau Batu Putih. Ini mungkin tidak terjadi jika kita mempunyai arkib yang lebih utuh.
- Sejarah akan membantu untuk mendidik orang ramai mengenai peristiwa-peristiwa yang telah membentuk sejarah negara, termasuk insiden Memali tahun 1985 dan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
- Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui sejarah negara kerana kita perlu belajar dari masa lalu secara kolektif untuk membina masa depan kita.
Terdapat jurang di dalam rekod-rekod yang disimpan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Contohnya seperti:
- Dokumen "sensitif" politik dari masa lalu, yang tidak boleh diakses kepada penyelidik dan orang awam, kini boleh disediakan kepada rakyat Malaysia. Seperti rundingan dengan penjajah British sebelum kita mencapai kemerdekaan, penghujahan yang dibuat kepada Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan negara dan rekod Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) semasa Perang Dunia II.
- Terdapat arkib di London yang mendapati sejarah yang tak pernah diketahui seperti Pulau Pinang dan Melaka pernah dianggap sebagai British crown states dan mempunyai kemungkinan untuk dijadikan crown colonies.
Permohonan akan dibuat untuk mendapatkan rekod Tanah Melayu semasa zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British dari universiti-universiti asing. Jabatan Arkib Negara Malaysia pada peringkat awal proses pendigitalan akan melibatkan rekod urusetia negeri dari 1880-an hingga tahun 1940-an.
Ini melibatkan bilangan dokumen yang sangat besar iaitu kira-kira 3 juta halaman dokumen dan 2,000 jam rakaman filem, video dan audio.
Kita boleh membina negara Malaysia sebagai negara maju dengan adanya paparan sejarah.
Labels:
Malaysia,
pelancongan,
Sejarah
Monday, 10 December 2012
Sekitar MAHA 2012
MAHA 2012 baru saja berlalu dari 23 november - 2 disember 2012 yang lalu. Berikut ada sedikit gambar untuk tatapan bersama semasa saya berkunjung ke sana.
Sehingga kita bertemu lagi di MAHA 2014.
| Saya tiba di MAHA 2012, waktu petang, hujan rintik-rintik |
| Antara tram yang digunakan untuk mengangkut pengunjung di kawasan MAHA 2012 secara percuma |
| Demo pemerahan susu. Terdapat lembu susu, kerbau susu dan kambing susu di sini |
| Peralatan pemerahan susu |
| Johan pertandingan penjantan kambing, dimenangi oleh kacukan Boer. Kambing ni besar dan jinak. |
| Lembu kacukan Brahman, dari Bentong, Pahang. |
| Dodol panas Melaka di Pavilion Negeri Melaka |
| Belacan asli tiada pengawet, pewarna dan lain-lain. Produk natural, hanya garam dan udang. |
| Pizz Vitato di Pavilion Negeri Kelantan |
| Keladi tikus di Pavilion Negeri Kelantan, MAHA 2012. |
| Perkarangan Pavilion Negeri Kelantan di MAHA 2012, Maeps Serdang, Selangor. |
| Perkarangan rumah negeri Trengganu, ada batu bersurat dan anak penyu di tamannya |
| Ikan arowana emas di Pavilion Negeri Perak |
| A cowboy is a man with guts and a horse, di rumah koboi di Laman Penternakan, MAHA 2012 |
| Rumah atau Pavilion Negeri Johor |
| Pokok melaka di perkarangan Pavilion Negeri Melaka |
Saturday, 8 December 2012
Objektif MAHA, Maeps, Serdang, Malaysia.
MAHA 2012 yang lepas telah berlangsung dari 23 November - 2 Disember 2012. Ketika ingin berkunjung ke MAHA saya ada mengajak beberapa orang kawan, tapi mereka tak ingin ke sana kerana mereka beranggapan ia hanyalah membuang masa saja, memenatkan, tambahan hujan selalu turun dan lapangan menjadi agak lecak dan mengotorkan kaki dan pakaian untuk ke MAHA 2012.
| MAHA 2012: Rumah Negeri Sembilan di waktu malam. |
MAHA atau 'Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show' mempunyai 5 objektif.
Objektif MAHA ialah:
- Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
- Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
- Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
- Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa.
Pelbagai pengalaman dan peluang boleh didapati dari MAHA, terpulang kepada minat seseorang yang mengunjungi MAHA. Ada yang ingin melihat kemajuan yang telah dicapai dalam bidang pertanian & perikanan, peluang perniagaan yang ada, mesin-mesin terbaru, peralatan, spesis yang ada, lokasi dan jenis pertanian atau pernigaan yang dijalankan dan pelbagai ilmu lagi boleh ditimba dari MAHA 2012.
Friday, 7 December 2012
Gambar pokok melaka, di MAHA 2012
Melaka sebuah negeri di Malaysia yang diberi nama sempena nama pokok melaka. Pernahkah anda melihat pokok melaka? Saya sendiri tak pernah melihatnya sebelum ini. Semasa saya berkunjung ke MAHA 2012 baru-baru ini saya telah terjumpa pokok ini di perkarangan rumah negeri Melaka atau lebih di kenali sebagai Pavilion Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Thursday, 6 December 2012
10 Jenis Makanan Untuk Mengelakkan Kanser Paru-paru
Kanser Paru-paru seperti jenis kanser yang lain juga adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal yang mungkin mengancam pesakit melalui malnutrisi, kegagalan organ atau jangkitan. Faktor pemakanan atau diet boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser paru-paru.
Kanser paru-paru berkemungkinan boleh dielakkan dengan pengambilan antioksidan seperti Vitamin A, C dan E. Ramai pesakit kanser mati dari malnutrisi dan/atau jangkitan, kedua-duanya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak betul.
Pengurangan berat badan semada secara beransur-ansur atau drastik adalah tanda untuk penyakit kanser paru-paru. Kira-kira 60% daripada pesakit kanser paru-paru telah mengalami penurunan berat badan yang ketara pada masa diagnosis pertama.
Tetapi terdapat juga isu-isu lain fisiologi yang mempengaruhi status pemakanan pesakit seperti masalah penghadaman, hypometabolism, makanan tak dapat diserap (malabsorption) dan halangan di sistem penghadaman..
Jenis Makanan Untuk Mengelakkan Kanser Paru-paru
1) Sayur-sayuran cruciferous organik
Sulforaphane, sebatian sulfur yang terkandung dalam sayur-sayuran cruciferous mempunyai ciri-ciri anti-kanser. Secara umumnya, sayur-sayuran yang lebih berkualiti yang digunakan oleh pesakit kanser paru-paru, membolehkan mereka hidup lebih lama. Contoh sayur-sayuran cruciferous ialah brokoli, kobis dan taugeh.
2) Jagung segar dan sayur-sayuran berdaun hijau
Jagung segar yang berwarna oren-kuning jagung adalah kaya dengan lutein, manakala sayur-sayuran berdaun hijau pula kaya dengan folat yang mampu melindungi dari kanser paru-paru.
3) Labu kuning dan karot
Kedua-duanya adalah antara sumber terkaya alfa karotena yang melindungi daripada kanser paru-paru. Kajian ekstensif yang mengesahkan radikal bebas yang terlibat dalam permulaan dan perkembangan kanser. Jadi, tahap darah yang rendah kandungan antioksidan pemakanan dikaitkan dengan kadar kematian akibat kanser yang meningkat
4) Tomato merah
Diet yang tinggi dengan tomato berwarna merah mungkin mengurangkan risiko keseluruhan kanser sehingga kira-kira 50%, termasuk kanser paru-paru. Lycopene flavonoid dalam tomato boleh menggandakan kapasiti perlindungan karotena.
5) Kacang
Kacang Brazil adalah sumber yang kaya dengan selenium yang mengurangkan 50% dalam keseluruhan kadar kematian akibat kanser dan mengurangkan risiko kanser paru-paru sehingga ke 50%. Pengambilan yang lebih tinggi vitamin E daripada kacang dan biji benih (contohnya: biji bunga matahari dan lain-lain biji) juga boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 55%.
6) Ikan
Ikan tenggiri, ikan kod atau ikan bilis yang kaya dengan lemak omega-3 yang diperlukan untuk menterbalikkan cachexia dengan menghalang faktor pergerakan lipid yang dihasilkan oleh tumor yang sedang berkembang, yang menyebabkan pemecahan tisu adipos (tisu lemak) pesakit.
7) Beri dan buah-buahan organik
Buah beri dan buah-buahan organik seperti blueberry, kiwi, lada benggala dan jambu batu (guava) adalah beberapa sumber terkaya asid askorbik. Kekurangan asid askorbik dikaitkan dengan gejala kanser.
8) Makanan yang kaya dengan L-tryptophan
Soya (soy isolate), ayam tanpa lemak organik, sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang dan biji-bjian kaya dengan asid amino, yang menghasilkan serotonin neurotransmitter - yang kemudiannya ditukar kepada melatonin neurohormone yang boleh meningkatkan kelangsungan hidup pesakit.
9) Rempah
Kunyit mengandungi curcumin, yang mampu memberi kesan positif kepada transkripsi gen untuk mendorong kanser apoptosis sel (kematian sel diprogram).
Bawang mengandungi quercetin, seperti tamoxifen dadah anti-estrogen, mempunyai kaitan yang sama dengan type II estrogen mengikat tapak di garisan sel kanser paru-paru, dengan itu, ia boleh mengawal pertumbuhan sel.
10) Teh Kuning (Teh Cina) dan Teh Hijau (Teh Jepun)
Ini boleh menghalang perkembangan tumor dengan menyekat angiogenesis (pertumbuhan salur darah baru). Ia boleh mengurangkan kesan toksik kemoterapi dengan mengurangkan dos ubat kimo digunakan melalui meningkatkan cytotoxicity teh ini. Ia juga boleh menghalang atau mengurangkan penyerapan zat besi (iron) yang diperlukan sel-sel kanser untuk berkembang.
90% daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan pelan pemakanan yang khusus dan direka secara individu. Pengekalan berat badan yang sesuai dan kualiti hidup boleh dicapai melalui terapi pemakanan bagi pesakit kanser dan kanser paru-paru.
Labels:
Anti Kanser,
kanser,
Kesihatan,
Makanan
Tuesday, 4 December 2012
Alpha Lipoic Acid (ALA)
Alpha Lipoic Acid (ALA) adalah sejenis asid lemak yang merupakan antioksidan yang kuat yang larut lemak dan air. Vitamin C dan E digunakan untuk memusnahkan radikal bebas. Setelah digunakan ia rosak dan akan dibaiki semula untuk digunakan kem oleh Alpha Lipoic Acid (ALA).
Alpha Lipoic Acid (ALA) telah digunakan di Jerman sejak tahun 1960an lagi untuk mengawal diabetes. Ia dihasilkan sendiri oleh badan anda. Terdapat juga kandungan yang sedikit Alpha Lipoic Acid (ALA) dalam makanan seperti ekstrak yis, daging organ haiwan seperti hati dan jantung, bayam, brokoli, tomato dan kentang.
Ia menukarkan gula kepada tenaga. Alpha Lipoic Acid (ALA) juga dikenali sebagai "Antioksidan Universal" kerana ia larut lemak dan air. Ia boleh berada di semua sel dalam badan anda untuk membantu memperbaiki kerosakan sel-sel tersebut.
Sebagai supplement carilah 100% R-Alfa Lipoik Asid (ALA)
Nama Lain ALA ialah:
- Lipoik asid
- Asid Thioctic
- 1,2-dithiolane-3-pentanoic asid
- 1,2-dithiolane-3-valeric asid
- 6,8-thioctic asid
Alpha Lipoic Acid (ALA) biasanya digunakan untuk:
- Peripheral neuropathy yang disebabkan oleh kecederaan, kekurangan makanan, kemoterapi atau oleh keadaan seperti diabetes, penyakit lyme, alkoholisme, kayap, penyakit tiroid, dan kegagalan buah pinggang. Gejala penyakit termasuk kesakitan, rasa terbakar, kebas, semut-semut, lemah dan gatal-gatal.
- Fungsi otak. Alpha Lipoic Acid (ALA) boleh melintasi halangan darah otak, dinding kapilari darh dan struktur sel, dan meresap dengan mudah ke dalam otak. Ini adalah untuk melindungi tisu dan saraf otak dengan mencegah kerosakan oleh radikal bebas.
- Penuaan. Sebagai antioksidan, Alpha Lipoic Acid (ALA) boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel. Kerosakan radikal bebas dipercayai menyumbang kepada penuaan dan penyakit kronik.
- Lain-lain keadaan. Alpha Lipoic Acid (ALA) juga telah dicadangkan untuk katarak, glaukoma, pelbagai sclerosis, sindrom mulut rasa seperti terbakar, penyakit Alzheimer dan strok, tetapi kajian diperlukan untuk melihat jika ia berkesan untuk keadaan-keadaan ini.
Untuk kesihatan anda, jika anda mengambil ubat-ubatan, adalah lebih baik anda berjumpa doktor anda sebelum mula mengambil supplement Alpha Lipoic Acid (ALA)
Labels:
Asid Lemak,
Kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)



