Tuesday, 31 January 2012

Khasiat Kunyit

Kunyit bagus untuk kesihatan. Boleh digunakan dalam pelbagai masakan.
Kunyit adalah salah satu herba yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah menjadi amalan terutamanya kaum Melayu dan India.

Kunyit padat dengan nutrien menjadikannya antioksidan yang lebih kuat untuk kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran .

Antioksidan adalah nutrien utama dalam menjaga kesihatan yang:

  • Menyokong fungsi ingatan 
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan sistem imun
  • Dan secara keseluruhan, membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas .

Kandungan antioksidan kunyit datang dari sebatian aktif yang dipanggil curcuminoids, yang mengandungi antioksidan yang:

  • 5 hingga 8 kali lebih kuat daripada vitamin E, juga lebih kuat daripada vitamin C
  • 3 kali lebih berkuasa daripada biji anggur atau ekstrak kulit kayu pain
  • Cukup kuat untuk memusnahkan oksidan yang paling aktif iaitu radikal hidroksil

Selain dari kepadatan nutrien untuk kesihatan, ia berkalori rendah dan termogenik semula jadi dalam kunyit meningkatkan tahap kesihatan metabolisme anda, ia membantu anda membakar kalori. Ini penting jika anda cuba untuk menguruskan badan.

Sementara itu, hampir semua orang yang hidup di dunia kini mengalami tekanan hidup yang tinggi yang mampu mengganggu kesihatan. Kunyit mengandungi sejenis adaptogen - bahan yang membantu menyokong badan anda terhadap tekanan dan meningkatkan kesihatan sistem imun.

Amalkan penggunaan kunyit demi kesihatan anda setiap hari kerana ia menyokong banyak fungsi - mata, kulit, tulang dan sendi, hati, penghadaman dan banyak lagi.

Monday, 30 January 2012

Tarian Singa @Latest Recipe, LMKL 30 Januari 2012

Pagi tadi kira-kira pukul 9.15 pagi persembahan Tarian Singa telah diadakan di Restoran Latest Recipe dan seluruh LMKL sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012.

Selepas persembahan tarian, singa merah dan emas ini mengadakan persembahan akrobatik yang mendebarkan dihadapan pintu utama hotel (tak sempat tangkap gambar akrobatik ni sebab bateri habis). 

Sungguh meriah LMKL hari ini. Enjoy the photos!

Persembahan dimulakan di lobi hotel, Front Office & Conservatory

Kemudian menaiki tangga menuju ke Latest Recipe Restaurant

Kelibat 2 ekor singa, merah dan emas mula kelihatan melalui dinding cermin LR.

Singa emas masuk dari bahagian kiri restoran Latest Recipe.

Singa merah pula terus mengelilingi LR dari sebelah kanan restoran

Kedua-dua singa bertembung dan bertegur sapa sebelum meneruskan tarian.

Singa emas menaikkan kepalanya dengan hebatnya dalam perjalanan keluar ke pintu besar Latest Recipe.

Sang singa makan limau dan ambil angpau dulu sebelum keluar dari LR dan
meneruskan lenggok ke Restoran Prime pula dan ke seluruh bangunan LMKL.

Saturday, 28 January 2012

Pelancongan Unik di Guangzhou, China

Roda Ferris tertinggi di dunia terletak di Menara Canton, Guangzhou, Cina
ketika dalam pembinaan. Foto: imagechina.com
Pelancongan merupakan satu hobi yang menarik. Sudahkah anda membuat pelancongan ke Guangzhou, China kerana di sini terdapat Ferris Wheel tertinggi di dunia dengan ketinggian 450 meter dan tertinggi terletak di Menara Canton, Guangzhou, China. Ferris wheel ini jauh melepasi ketinggian Singapore Flyer, Ferris wheel tertinggi di dunia sebelum ini setinggi 165 meter.

Pelancongan ke Ferris wheel yang terletak di Guangzhou ini unik kerana ferris wheelnya tidak dibina seperti Ferris wheel biasa seperti rekaan Singapore Flyer atau London's Eye di England. Ferris wheel ini dibina mendatar dalam bentuk bulatan mengelilingi puncak bangunan Menara Canton memberikan pengalaman pelancongan yang menarik.

Ferris wheel di Menara Canton ini mempunyai 16 buah kapsul yang mampu membawa 4 - 6 orang pelancong bagi setiap kapsul menjadikan muatan keseluruhan seramai 96 orang yang akan memberikan pengalaman pelancongan yang hebat.

Ferris wheel Menara Canton ini dibina menggunakan teknologi makro-molekul yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan yang jelas sehingga 360 darjah.

Ferris wheel ini mengambil masa 20 - 40 minit setiap pusingan dan mula dibuka pada pelancongan dan lawatan pada 2 September 2012.

Friday, 27 January 2012

LMKL 7th Annual Dinner 19 Januari 2012

LMKL annual dinner telah berlangsung pada 19 Januari 2012 yang lalu dengan meriahnya. Tema malam ni Haloween Spooktacular. Berikut sedikit gambar-gambar majlis makan malam yang diadakan. Lucky draw telah dilakukan selepas persembahan terakhir oleh F&B Service, agak lewat. Walaubagaimanapun semuanya berjalan lancar dan semuanya gembira pada majlis sekali dalam setahun ini.
Kaunter pendaftaran. En Sunny membahagikan door gift (LMKL Magicube)

Pintu masuk ke LMKL Annual Dinner 2012 bertemakan hantu....

Lorong ke majlis selepas melepasi 2 mayat di pintu masuk. Seram...

Makanan yang dihidangkan bercampur daraaaahhh.....

ABC Hantu Kak Limah pun ada. Mana mari ni...?

2 ketul otak manusia yang dihurungi ulat hijau dan biji mata, termasuk dalam menu malam ni.

Setting meja spooktacular.....

Close up centrepiece di tengah meja makan. Menakutkan ah?

Le Meridien Kuala Lumpur 7th Annual Dinner. Tema malam ini Halloween Spooktacular

Ada seorang hantu askar jepun sedang minum malam ni. Baru keluar dari hutan...

Persembahan pertama dari top management. Chef Antoine menyembur racun pada
hantu-hantu. Turut membuat persembahan GM, Greg G, Fauzy etc.

Ucapan pembukaan majlis LMKL annual dinner oleh GM.

Persembahan ke-2 oleh peserta-peserta pertandingan nyanyian.
Tom, pemenang tempat ke-3 sedang menyanyikan lagu Isabella bersama peserta lain.

Pertandingan Interdepartment bermula. Peserta pertama dari Sales Department.
Hantu-hantu perempuan berdebat.

Peserta interdepartment ke-2. Kitchen department. Chef Antoine, Chef Budiman dan
lain-lain jadi King Satan dan hantu-hantu yang menakutkan.

Peserta interdepartment ke-3, Housekeeping Department. Haider dan
dan kawan-kawan menarikan tarian hantu yang gemalai dan mengasyikkan.

Peserta pertandingan interdepartment ke-4, Laundry Department, menjual
pelbagai jenis hantu. Kelihatan hantu kopek, dracula, pocong  dan lain-lain.

Peserta ke-5 pertandingan interdepartment, Front Office mempersembahkan
hantu lelaki sedang mengorat hantu perempuan.

3 orang hakim yang mengadili pertandingan interdepartment malam ini.
GM dan 2 rakan lain.

Peserta ke-6 dan terakhir malam ini F&B Service. Tom bawa motor dan Rajan
membonceng tiba dengan skuter Vespa muncul dari belakang ballroom.

Peserta ke-6 sedang beraksi, Tom bercakap bahasa Thailand, (tak sangka dia pandai cakap
 Thai) dan Rajan mengubati pesakit, Apek (baju putih) dan Albert sedang terbaring sebagai pesakit.

Tuesday, 24 January 2012

Raikkonen kembali ke F1 dengan aksi ujian persendirian di Valencia

Kimi Raikkonen kembali beraksi di F1 pada 2012 setelah 2 tahun bersara. Foto: krspace

Juara dunia 2007, Kimi Raikkonen telah kembali memandu kereta Formula 1 buat kali pertama dalam tempoh 2 tahun. Raikkonen menghabiskan hari Isnin (semalam) dengan  memandu Renault 2010-spec di litar Valencia Sepanyol dalam sesi ujian yang diatur khas yang direka untuk membantu dia membiasakan diri dengan F1 bila dia kembali ke sukan itu musim ini.

Finn, yang akan berlumba untuk pasukan Lotus (dahulu Renault) pada tahun 2012, akan menghabiskan 2 hari akan datang dengan R30. Dia akan menumpukan perhatian untuk menyesuaikan diri kepada kokpit F1 selepas memandu dalam Kejohanan Rally Dunia dan juga akan mendapat peluang pertama untuk mencuba tayar Pirelli, walaupun dia menggunakan tayar demonstrasi-spec pengeluar Itali.

Raikkonen kali terakhir memandu kereta F1 di Grand Prix Abu Dhabi 2009 apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada Ferrari. Selepas ujian persediaan ini, Raikkonen akan menyertai rakan sepasukan baru Romain Grosjean dan menilai kereta Lotus 2012 pada sesi pertama pra-musim pelbagai pasukan, bertempat di Jerez dari 7-10 Februari 2012.


Monday, 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Pentas yang didirikan bersebelahn pasar malam Taman Cahaya
Indah. Kelihatan pemuzik tradisional Cina sedang membuat persembahan.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di seluruh dunia sempena sambutannya pada hari ini  23 Januari 2012. Tahun baru ini dikenali sebagai tahun Naga Air. Semoga tahun baru ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama kaum di negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, murah rezeki dan aman sentosa semuanya.

Tadi saya ke pasar malam Tmn Cahaya Indah, Ampang. Tak ramai peniaga dan pengunjung, saya naik basikal ajer, tak payah jalan kaki. Kaum Cina semuanya tutup kedai, termasuk juga kaum lain- india dan melayu pun ada yang tutup.

Gong Xi Fa Cai, Xi Nian Kuai Le!

Biskut Kacang Pea (Green Peas Cookies)

Foto:auntyyochana
Biskut kacang peas ni adalah salah satu juadah yang popular sempena sambutan tahun baru Cina
Bahan-Bahan
1 cwn Tepung Kcg Peas
1 cwn Tepung Gandum
1/2 cwn Gula Aising
1/2 st Baking Powder
1/2 st Garam
1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning

Cara-Cara

  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.