Monday, 30 June 2014

Jadual Waktu Untuk Berbuka Puasa dan Imsak bagi seluruh Malaysia 1435 Hijrah - 2014 Masihi.

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak memang selalu dicari-cari setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia bagi memudahkan anda membuat persiapan untuk berbuka dan untuk bersedia berhenti makan ketika bersahur. Betul ke? Jom kita tengok jadual waktu berbuka puasa dan imsak.

Gambar: juliajamaludin
Doa Berbuka Puasa

“Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin”

“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”


Jadual Waktu Untuk Berbuka Puasa dan Imsak bagi seluruh Malaysia 1435 Hijrah - 2014 Masihi
Sumber: mysumber.com

Selamat berbuka puasa dan bersahur dan semoga Jadual Waktu Untuk Berbuka Puasa dan Imsak bagi seluruh Malaysia 1435 Hijrah - 2014 Masihi ini berguna untuk anda.

Sunday, 29 June 2014

1 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 29 Jun 2014

Hari ini hari pertama umat islam di seluruh Malaysia dan beberapa negara yang lain seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.


Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa 1435H. Semoga Ramadhan kali ini anda mendapat pahala yang berlipat kali ganda lebih baik dari yang sudah.

10 Amalan Puasa Yang Luar Biasa



Saturday, 28 June 2014

Perbanyakkan Amalan di Bulan Ramadhan ini 1435H / 2014M

Jom kita lakukan di bulan Ramadhan ini sebaik yang boleh. Inilah peluang keemasan kita yang tak sepatutnya kita lepaskan.

Gambar: mysumber.com

Perbanyakan amalan-amalan ini di bulan Ramadhan yang mulia dah barakah ini:
  • Lakukan solat sunat.
  • Khatam Al-quran
  • Banyak berdoa
  • Lazimkan beriktikaf
  • Selalu bersedekah setiap hari.


Thursday, 26 June 2014

Apakah Pemakanan Yang Tidak Baik?

Apakah pemakanan yang tidak baik? Anda mungkin rasa anda sudah makan dengan baik atau sudah mengambil makanan yang seimbang bila anda mengambil segala jenis zat makanan yang disyorkan oleh piramid makanan iaitu bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan produk tenusu, protin dan paling sedikit lemak dan minyak. Anda rasa pemakanan anda baik?


Pemakanan anda baik jika sudah mengambil makanan seimbang, mungkin juga tidak kerana pemakanan yang tidak baik dan perlu dielakkan adalah yang dipenuhi toksik dan menjana penyakit yang mungkin serius.

Berikut adalah sifat-sifat pemakanan yang tidak baik:

1) Sebahagian besar diet anda terdiri dari makanan mati (makanan yang telah dimasak, mikrowave dan lain-lain).

2) Sebahagian besar diet anda terdiri dari makanan berproses (diluntur, dikilang, ditin, dipek dan lain-lain).

3) Kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4) Kuranag minum air kosong untuk kekal terhidrat sebaliknya lebih suka minum minuman yang telah siap dari kilang. (minuman tin, kotak, botol dan lain-lain yang dikeluarkan dari kilang).


5) Mengambil gula dan karbohidrat yang berproses.

6) Mengambil makanan yang diubahsuai secara genetik seperti jagung, soya atau gula daripada gula bit GM (genetically modified sugar beets).

7) Mengambil sejumlah besar produk tenusu yang diproses atau di pasteur (seperti susu lembu yang diproses atau dipasteur).

8) Mengambil makanan yang mengandungi beratus-ratus jenis tambahan makanan kimia yang berbeza dari MSG dan aspartame kepada pelbagai bahan pengawet kimia.

9) Makanan yang diibungkus di dalam bekas makanan bertoksik, termasuk plastik dan resin epoksi yang mencemarkan makanan dengan BPA.


10) Makan makanan terutamanya terdiri daripada makanan konvensional yang telah tercemar oleh racun perosak.

11) Mengandungi kuantiti besar minyak yang tidak sihat seperti minyak jagung, minyak soya atau minyak separa-hidrogenasi.

12) Sebahagian besar makanan goreng atau makanan yang dimasak pada suhu yang sangat tinggi yang memusnahkan nutrien yang mewujudkan sebatian karsinogenik yang berbahaya pada kesihatan.

13) Dibuat dengan makanan yang telah diubah suai dan bahan-bahan tidak asli seperti minyak hidrogenasi (hydrogenated) seperti gula bertapis (yang menghilangkan mineral), lemak susu homogenized, dan sebagainya.

14) Sebahagian besar makanan terdiri dari produk haiwan.

Tanpa disedari sebahagian besar dari masyarakat moden mengambil makanan seperti di atas yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari pemakanan yang tidak baik.


Wednesday, 25 June 2014

13 Perkara Mudah Untuk Dilakukan Bagi Mencapai Hidup Luar Biasa

Cara Mudah Untuk Hidup Luar Biasa adalah meniru bulat-bulat cara orang yang luar biasa dan melakukan perkara-perkara mudah untuk kejayaan dan membuat kehidupan luar biasa dan mengekalkan hidup luar biasa.


Kunci kepada kejayaan dan hidup luar biasa adalah mudah. Ia adalah kesan kumulatif (terkumpul) tabiat harian yang mudah yang membawa kejayaan dan hidup yang luar biasa hebat.

13 Perkara Mudah Bagi Mencapai Hidup Luar Biasa

1) Anda mesti tingkatkan keyakinan
  • Pertama sekali hilangkan rasa malu. 
  • Ketahui anda adalah orang yang luar biasa. 
  • Orang yang berkeyakinan mempunyai kelebihan tersendiri. 
  • Fahami kecekapan anda dan nilai yang anda berikan. 
  • Berasa selesa dengan kekuatan dan kelemahan anda. 
  • Berikan pemahaman kepada orang lain tanpa rasa sombong untuk memaparkan keyakinan. 
  • Selain itu, bersenam, berpakaian yang lebih baik dan gunakan kedudukan kuasa seperti berdiri dengan lengan terbuka untuk meningkatkan keyakinan anda dan lebih menghargai diri anda. Ini adalah tanda-tanda keyakinan.

2) Anda perlu berhati-hati dalam membenarkan orang yang masuk ke dalam hidup anda.
  • Beri perhatian kepada orang yang anda benarkan ke dalam hidup anda. 
  • Tahap tenaga anda meningkat atau menurun berdasarkan apa yang anda lakukan dan dengan siapa anda lakukan. Jika orang disekeliling anda mengurangkan tenaga anda dan meletihkan anda, keluarkan mereka dari kehidupan anda. 
  • Jika orang yang anda benarkan dalam hidup anda membuat anda bertenaga, rasa lebih bersemangat dan berapi-api untuk lebih majukan diri, hargai mereka dan terokai getaran positif mereka untuk mencapai lebih kejayaan dan hidup lebih bahagia.
3) Anda mesti bercakap benar.
  • Bercakap benar boleh menjadi menakutkan dan sukar.
  • Bila anda bercakap benar anda bebas dari kerisauan dan tak perlu ingat cakap apa kepada siapa.
  • Anda akan mendapat reputasi sebagai seorang yang jujur dan orang juga akan mula bercakap benar dengan anda.
  • Mulakan bercakap benar hari ini dan jangan berhenti.
  • Bercakap benar kepada diri anda dan kepada orang lain ketika senang dan ketika susah untuk bercakap benar.
  • Bercakap benar untuk menekankan yang anda serius untuk hidup yang jujur dan luar biasa

4) Anda perlu mengamalkan kesedaran
  • Kesedaran adalah mengenai memberi perhatian dan sedar tentang dunia di sekeliling anda.
  • Dalam dunia yang pantas & multi tasking, mula beri perhatian dan perasan dunia di sekeliling kita. Hanya perlahankan hidup dan hargai persekitaran terdekat anda.
  • Berikan tumpuan kepada tanggungjawab dan pengalaman anda dan bertindak balas kepadanya dengan satu objektif, belas kasihan dan sikap tidak menghukum.
  • Anda akan mendapati kesedaran membantu anda bertindak balas lebih baik kepada semua pengalaman hidup dengan tenang, waras dan harapan, walaupun ianya pengalaman yang tidak menyenangkan.

5) Anda perlu menerima perubahan
  • Perubahan tidak boleh dielakkan. Bermula dari anda lahir hingga mati.
  • Orang bekerja, berkahwin, bertukar kerja dan berpindah ke bandar lain atau ke luar negara bila tiba masanya atau mungkin meninggal dunia.
  • Benarkan diri anda untuk merasakan semua emosi yang datang bersama-sama dengan perubahan. Tangani sebarang tanda-tanda rintangan yang mengancam untuk menyekat atau menghalang kemajuan anda, seperti sikap bertangguh dan tiada semangat untuk melakukan tugasan anda.

6) Lebihkan ketawa dan senyuman
  • Orang yang luar biasa sentiasa kelihatan gembira dan tersenyum kerana mereka memilih untuk menjadi begitu. Mereka optimis.
  • Mereka memberi tumpuan kepada sudut yang positif dalam hidup bukan tenggelam dalam negatif kehidupan. 
  • Mengakui bahawa kehidupan yang baik membawa penuh dengan jenaka dan humor & sebaliknya pula adalah  tragedi.
  • Senyuman membuat anda nampak lebih muda dan menarik dan mengurangkan tahap stress.
  • Senyuman dan ketawa boleh berjangkit, anda akan membuat orang lain juga rasa gembira.

7) Anda mesti memaafkan dan bergerak ke hadapan
  • Kita semua pernah tersinggung atau disakiti. Belajar memaafkan agar perasan tidak memberi kemaafan memberatkan diri anda dan menarik anda ke bawah.
  • Memaafkan bermakna melepaskan kemarahan dan mengiktiraf tidak ada gunanya membenarkan kebencian menguasai hidup anda. Maafkan diri sendiri dan maafkan orang lain.
  • Melepaskan segala perasaan yang tak baik dan bergerak ke hadapan. 
  • Mula dari latar belakang yang bersih, dan anda akan menikmati kehidupan yang benar-benar gembira dan luar biasa.

8) Anda mesti suka apa yang anda lakukan
  • “Do what you love; Love what you do.” - Steve Jobs. Jika sesuatu cabaran berlaku anda tidak akan mudah mengalah sebab anda suka apa yang anda lakukan.
  • Jika anda tidak dapat mencari apa yang anda suka, mulakan menyukai apa yang anda buat walaupnn perkara kecil contohnya: rakan sekerja & buat yang terbaik. Anda akan diingati atas kesan yang anda tinggalkan.

9) Anda perlu mendapatkan bantuan dan bimbingan
  • Tiada orang yang tahu segala-galanya. 
  • Anda perlukan bantuan, nasihat, sokongan dan bimbingan di sepanjang jalan. 
  • Orang yang luar biasa tidak takut untuk mendapatkan bantuan, bertanya & berminat untuk belajar perkara baru. 
  • Ini bukan lemah tetapi tanda menghormati kemahiran dan pengetahuan orang lain. 
  • Pastikan anda menghargainya dan berterima kasih selepas itu. Anda akan menjadi lebih hebat nanti.

10) Anda perlukan tidur yang cukup.
  • Anda tidak perlu bekerja terlalu kuat sehingga selalu mengabaikan tidur. Ini akan membunuh produktiviti anda, membunuh sel-sel otak dan membunuh peluang anda untuk berjaya tanpa mengetahuinya.
  • Tidur yang cukup di antara 7 - 8 jam penting supaya anda bangun segar, bertenaga dan bersedia untuk hari mendatang.

11) Anda perlu menunjukkan kebaikan yang tidak dijangka.
  • Kebaikan yang sedikit (walaupun kepada haiwan) adalah kuasa yang kuat yang boleh mengubah persepsi dan pengalaman orang.
  • Berbuat kebaikan jangan harapkan balasan. Kisah kebaikan anda menunjukan anda ambil berat.
  • Apabila anda membuat kebaikan, orang akan perasan dan inilah peluang untuk membuat perubahan positif dalam dunia yang petnuh dengan kegilaan, tak sabar dan gelojoh ini.
12) Beri maklum balas dan pujian yang ikhlas.
  • Beri maklum balas dan pujian yang ikhlas walaupun berinteraksi secara kebetulan.
  • Sampaikan penghargaan yang ikhlas kepada mereka. Ini akan membuka pintu untuk anda juga mendapat maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui prestasi anda dalam kehidupan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
  • Orang akan serta-merta menyukai orang yang suka kepada mereka dan bersedia untuk memberi bantuan dan sokongan.
  • Kata-kata yang mudah seperti "terima kasih" dan "good job" boleh dibayar kembali sebanyak 10 kali ganda atau lebih.

13) Anda perlu berseronok (have fun).
  • Berseronoklah, raikan kejayaan demi kejayaan kecil yang anda capai.
  • "Jika anda berseronok dan berbuat baik maka kejayaan akan datang." - Sir Richard Branson
  • Anda hanya manusia biasa. Anda perlukan masa untuk bercuti, berseronok dan have fun untuk menaikkan semangat dan membangkitkan kreativiti anda.
  • Kejayaan tidak wujud dalam sekelip mata. Anda boleh enjoy perjalanan anda menuju kejayaan dan hidup luar biasa.

Friday, 20 June 2014

Memancing dari pintu bilik di Chalet Terapung Seri Idaman di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang

Chalet Terapung Seri Idaman yang diuruskan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan adalah antara tempat yang menjadi tarikan kepada pemancing dan bagi anda yang ingin lari dari hiruk pikuk dan kebisingan kota dan menikmati persekitaran kampung nelayan yang damai sambil melihat pemandangan yang mengadap ke jambatan ke2 Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim. Destinasi anda tentunya ke Chalet Terapung Seri Idaman.

Chalet Terapung Seri Idaman, Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang.
Gambar: harian metro

Chalet Terapung Seri Idaman terletak di Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang. Selain kegiatan memancing sambil bersantai terdapat juga kemudahan untuk kursus atau mesyuarat. Harga bilik di sini sangat berpatutan yang paling murah tak sampai RM100 - RM200 lebih sahaja bagi bilik yang paling mahal.

Jika anda ingin memancing di sini perlulah membawa umpan dan peralatan memancing sendiri. Selain dari itu anda juga kena bawa keperluan makanan ringan, minuman dan sebagainya kerana pekan terdekat adalah sejauh 3km dari Chalet Terapung Seri Idaman.

Chalet Terapung Seri Idaman di waktu malam.
Gambar: ahmadaki

Terdapat banyak ikan di kawasan ini kerana kebetulan Chalet Terapung Seri Idaman ini dibina berdekatan dengan sebuah kelong. Jenis-jenis ikan yang biasa dipancing oleh pemancing di sini ialah ketuka, gelama, kekacang, sembilang dan ketam. Umpan yang berkesan di sini ialah udang atau umpun-umpun, cubalah, tentu anda akan mendapat habuan yang ditunggu-tunggu.

Di sebelah Chalet Terapung Seri Idaman terdapat sebuah restoran makanan laut yang dibuka dari pagi kira-kira pada mulai pukul 11 pagi hingga 1 pagi. Selain dari restoran ini destinasi pelancungan yang menarik di sini ialah Akuarium Pulau Pinang dan Muzium Perang selain tempat popular lain di Pulau Pinang.

Gambar: maihomestay

Menurut pengurus besarnya, iaitu Pengurus Besar Persatuan Nelayan Negeri dan Kawasan Pulau Pinang Selatan bagi tahun 2014 Encik Omar bin Hassan, sambutan terhadap Chalet Terapung Seri Idaman sangat memuaskan sehingga pihak mereka terpaksa menolak sebahagian dari tempahan yang diterima. Untuk memenuhi permintaan yang meningkat ini, sekarang mereka dalam proses untuk membina lebih banyak lagi chalet untuk Chalet Terapung Seri Idaman.

Thursday, 19 June 2014

Pendapatan RM1000 Sehari Jual Umpun-umpun

Umpun-umpun, perumpun atau pumpun sarung adalah sejenis haiwan paya bakau atau pesisiran pantai yang berupa seperti cacing tanah dan panjang boleh mencapai sehingga 40cm. Pemancing yang ingin memancing udang galah dan ikan memang sukakan umpun-umpun.


Umpun-umpun ada 3 jenis iaitu:

1) Umpun-umpun Bakau (Ruat Lumpur @ Ruat Nipah): Banyak terdapat dalam lumpur di kawasan paya bakau. Panjangnya boleh mencapai 40cm.

2) Umpun-umpun Pasir atau Umpun-umpun Merah. Umpun-umpun ini terdapat dipesisiran pantai yang berpasir dan saiznya kecil dan pendek sedikit.

3) Umpun Sarung atau Umpun-umpun Sarang. Umpun-umpun ini mempunyai banyak kaki seperti kaki lipan. Yang ni paling disukai pemancing kerana ia berada dalam sarungnya sendiri dan lambat mati dan paling tahan lasak berbanding 2 jenis umpun-umpun yang lain.

Umpun-umpun biasanya hidup di dalam lumpur ini yang kadang-kadang agak dalam sehingga mencapai ke paras pinggang. Bukan senang untuk mencari umpun-umpun kerana pencarinya terpaksa berdepan dengan haiwan berbisa seperti ular air selain dari kepenatan yang ketara akibat dari terpaksa meredah lumpur paya bakau yang kadang-kala menjadi dalam.

Lebih mencabar lagi, umpun-umpun ini perlu dicari dan dikorek dari lumpur menggunakan tangan kerana umpun-umpun adalah sejenis cacing yang lembut dan mereka tak mahu ia terputus jika ditarik dengan kasar. Kadang-kadang bila ditarik, ular air yang bisa pula ditarik. Mereka harus berhati-hati dan tabahkan semangat untuk meraih pendapatan dari umpun-umpun.

Di Taiping, seorang warga emas Rubiah Samsudin, 64, bersama 2 orang rakannya Zaharah Abdul Majid, 64, dan Samaiah Osman, 53 meraih pendapatan RM1000 sehari hanya dengan menjual umpun-umpun kepada pemancing yang datang untuk memancing.

Umpun-umpun dijual menggunakan sukatan tin susu atau tin sukatan beras dengan harga RM10 setin. Setiap hari mereka bertiga menerima pesanan tidak kurang dari 100 tin umpun-umpun. Pesanan umpun-umpun diperolehi dari pemancing sekitar daerah Taiping, Larut, Matang, Lumut dan Kerian yang datang ke perairan ini untuk memancing.


Pernah mereka mendapat tempahan paling tinggi sebanyak 200 tin. Untuk ini mereka bertiga perlu bekerja mencari umpun-umpun dari pagi hingga ke senja meredah lumpur yang boleh mencapai paras pinggang dari pagi hingga ke senja untuk memenuhi permintaan umpun-umpun yang tinggi ini.

Monday, 16 June 2014

IMKK The Mines MIECC 12 - 15 Jun 2014

Tahniah dan selamat datang ke IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) di The Mines MIECC 12 - 15 Jun 2014 


Hari pertama kelas bermula pada pukul 2 petang 12 Jun 2014. Kami tiba menjelang tengahari.


Kami tiba di Stesen Komuter Serdang di tengahari Khamis yang indah. Tak sabar nak ke IMKK.


Tak ramai orang menunggu komuter. Gambar dari dalam tren melalui tingkap kaca.


Sebelum keluar sempat snap gambar Kak Ti. Hmm.. nice.


2 Menara lif untuk orang kurang upaya di Stesen Komuter Serdang. Sebuah komuter berada di landasan.


Tiba di Dewan Mines, MIECC (The Mines International Exhibition Centre). Orang dah ramai beratur depan pintu dewan menunggu pintu dibuka. Wah! Seronoknya... Ini IMKK kedua saya sebagai peserta. 


Malam, kelas tamat pada hari pertama pada kira-kira pukul 12.00 pagi. Wow! Awesome! Pukul 12.00 pagi ke malam? Hehehe...


 Sedang keluar dari MIECC pada hari pertama selepas tamat kelas.

Menghampiri pintu. Agak sesak, kamera bergegar, tengok gambar dah jadi blurr...

Menghampiri pintu keluar, makin ramai orang. Kali ini terdapat kira-kira 8,000 orang peserta IMKK. Jumlah paling ramai pernah dicatat dalam sejarah IMKK. Thanks doc.

Tiba di jalanan bersebelahan The Mines Shopping Complex, alhamdulillah, kami berjaya mendapat teksi. Ni, gambar dari teksi kami. Woa... Jalan jem, harap tak lambat balik rumah di Taman Cahaya.

Kelihatan para peserta berjalan kaki balik ke hotel atau ke kereta masing-masing yang di pakir berdekatan.

Hari ke 2, kelas bermula pagi, pada pukul 8.30 pagi. Kami keluar awal dan singgah di Warung Fatimah, Stesen Maluri untuk bersarapan pagi. Kak Ti makan nasi lemak, dia kata dia tak berapa suka makan roti canai.

Fatimah berniaga bersama suami dan seorang pembantu wanita.

Warung ini berdekatan dengan tapak pembinaan MRT di Maluri, jadi ramai la pekerja MRT yang singgah untuk menjamu selera di sini setiap kali waktu rihat mereka. Kalau hujan pun mereka berteduh di sini.

Roti telur. Hari ni saya makan roti telur dengan kuah dal campur sedikit sambal tumis. Wah! Sedapnya...


Suami Fatimah sedang menunjukan kepakarannya menebar roti canai. Pandai la...


Komuter pada hari ke 2, hari Jumaat, tak ramai penumpang. Agak lengang jer.

Belakang tempat duduk kami pun tak ramai sangat, mungkin disebabkan komuter ini dari Kuala Lumpur, bukan ke Kuala Lumpur.


Cahaya pagi menyinar masuk ke dalam komuter, silau sikit bila ambik gambar kat luar.

Tiba di Stesen komuter Serdang pada hari ke 2 IMKK. Masih awal pagi.

Sebuah tren komuter meninggalkan Stesen Serdang menuju ke Kuala Lumpur.

Di pagi hari ke 4 (hari ke 3 takder gambar pulak, mmm...) ketika pulang dari MIECC untuk menukar baju dan mandi, (semalam saya tak tidur kat rumah) ada sebuah kereta Ferrari di perkarangan The Heritage Residences.

Kereta siapa ni? Hebat! Saya tengok ada patung Budhha sedang ketawa terletak di atas dashboardnya. Jadi...

Waktu makan tengahari pada hari ke 4 IMKK, kami nampak ada ikan keli di The Mines shopping complex. Dulu ikan kap, mana pergi ikan kap lagi cantik dengan sisiknya yang berwarna-warni.

 
Pada hari ke 4 dan terakhir, kira-kira pukul 5.00 petang, IMKK The Mines MIECC 12 - 15 Jun 2014 telah tamat dengan jayanya. Terima kasih Dr Azizan Osman. Sehingga berjumpa lagi di IMKK akan datang pada Oktober 2014, anda kaya dan berjaya!



Tuesday, 3 June 2014

BAGAIMANA CARA MENDAPAT KEKAYAAN DALAM MASA 7 HARI

BAGAIMANA CARA MENDAPAT KEKAYAAN DALAM MASA 7 HARI
-dari Ustaz Yusuf Mansur


BAGAIMANA CARA MENDAPAT KEKAYAAN DALAM MASA 7 HARI

  1. Amalkan dhuha 12 rakaat.
  2. Zohor 12 Rakaat (4 sunat sebelum, 4 zohor, 4 sunat selepas)
  3. Tahajjud 12 rakaat.

CUMA, ..
PERHATIAN!!!
PERHATIAN!!!
PERHATIAN!!!

<< 7 MALAM PENENTUNYA >>

tahukah anda:
BERKAT ISTERI ITU KERANA REDHA SUAMINYA.

tahukah anda:
BERKAT ANAK ITU KERANA REDHA IBUNYA.
=================================

Pada saat Isteri itu berdoa waktu Tahajjud,
Duhai suami...AMINKAN doa isterimu..
-berkat suami ada disitu
- maqbulnya ada di situ.

Pada saat anak itu berdoa waktu tahajjud,
duhai ibu, AMINKAN doa anakmu.
-berkat ibu ada disitu
-maqbulnya ada di situ.

=================================
Suami, DENGAR dan AMIN kan doa isterimu pada tahajjud itu,
Ibu, DENGAR dan AMIN kan doa anakmu pada tahajjud itu.

tahajjud dan sedekah itu sangat berat.
jadinya faedah dan kelebihannya juga sangat luar biasa.

MOHON SAHABAT SEKALIAN AMALKAN YA.

kuasa Allah itu, pemberian Allah itu adalah luar dari pemikiran kita.

=================================

Apabila ada masalah,
Ada hajat,
Dan ada keinginan,

Dan ingin diperdengarkan kepada Allah swt.
Atau kesusahan yang kita hadapai di dunia ini,

Kita jauhkan pinggang kita dari tempat tidur,
kita bangun tahajjud,
Kita memohon kepada Allah,
Bermunajat kepadanya,
Disaat yang lain sedang lena tidur.
Kemudian kita sempurnakan sedekah,

Kalau kita melakukan tahajjud,
kemudian bersedekah,
Kita tidak pernah tahu,
Hadiah apa yang Allah akan beri kepada kita.

Kerana kita melakukan tahajjud dan sedekah,
Boleh jadi..
Apa yang Allah berikan jauh lebih besar dari apa yang kita minta.

<< DOAKAN SAYA ISTIQOMAH DALAM PERJUANGAN INI >>

Sumber: Fb Abe Nuddin

Monday, 2 June 2014

Senarai Non Halal

SENARAI NON HALAL. Please forward to our muslim. 

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI: 

-minyak masak lam soon (cap helang & buruh) 
-Ubat pearl cream arche (thailand) 
-Ajinomoto (thailand) 
-Ais krim harga rm1.00 ke atas
-Semua tauhu buatan orang cina




-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand
-Sabun FAB berbuku
-Lobak jeruk
-Mee & kueteow basah buatan cina
-Krim muka hazeline show
-semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina
-Daging burger import
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina
-Kasut bola jenis gold cup
-Berus gigi jenis reach
-Mee kering (sanggol)
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 jalan kuchai lama kl
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
-Have pearl cream
-Ramuan kentucky fried chicken & mc donald
-beehon segera siam
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam




SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:


-Dairy milk coklat
-Coklat cadbury/ chewing gum
-Sugus strawberry
-Passer doily mixture
-Trebo mint chewing gum / peppermint
-Scothes vikmin
-Share extra atrenght
-black current jelly
-Royal gulaman & decarl oranges
-Valvis gelatin
-Sarung kapsul ubat
-Ais krim dalam bekas plastik
-Gula gula fruities
-Cake met- vilber funch
-Coklat cake
-Tepung kastard lady's choice
-Semua jenis jelly dan gincu bibir
-Keseluruhan jenis sheisedo
-Lady's choice jelly





SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL


-Barangan avon keseluruhannya

-Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
-Minyak rambut brylcream (hijau)
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin
-Seluruh ubat batuk jenis sirap
-Keseluruhan ball pen dakwat kering
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi
-pringles potato chips
*kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas,pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang. 





TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA

Amaran oleh kerajaan malaysia berHati-Hati sebelum makan. Dr safurah hj jaafar: Principal assistant directory ministry of health, malaysia Tel 03-2540088 Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide) 


*E100 *E110 *E120 *E140 *E141 *E153 *E210 *E213 *E214 *E216
*E234 *E252 *E270 *E280 *E325 *E326 *E327 *E334 *E335 *E336 *E337 *E422 *E430 *E431 *E432 *E433 *E434 *E435 *E436 *E440 *E470 *E471 *E472 *E473 *E474 *E475 *E476 *E477 *E478 *E140 *E481 *E482 *E483 *E491 *E492 *E493 *E494 *E495 *E542 *E570 *E572 *E631 *E635 *E904
*babi sudah jelas haramnya . 


Risalah ini diedarkan oleh dr. Rasheed Mos,UNiversiti malaya kl,persatuan pengguna malaysia, majlis agama islam malaysia,jabatan kastam malaysia. Kajian ini hasil gabungan oleh mahasiswa utm,uum,usm,uia,um,ukm & Cap. Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :
1.Shampoo dan facial DOVE 2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR. JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati websitehttp://www.halaljakim.gov.my/ 


Sekian wassalam.
HARAP DIHEBAHKAN.
Sumber: Whatsapp


Sunday, 1 June 2014

5 Manfaat Kesihatan Utama Ubi Keledek

Manfaat kesihatan yang ada pada ubi keledek kadang-kadang diambil mudah kerana lebih ramai orang yang gemarkan makanan telah siap dimasak atau makanan segera. Manfaat kesihatan ubi keledek mengatasi ubi kentang yang ramai menyukainya itu terutama sebagai french fries atau chips. Manfaat kesihatan yang paling tinggi terdapat dalam ubi keledek berwarna merah, diikuti oren, kuning dan putih.


5 Manfaat Kesihatan Utama Ubi Keledek ialah:

1) Kandungan serat yang tinggi.
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Untuk setiap hidangan (200g) terdapat kira-kira 7 gram serat, ubi keledek merupakan tambahan karbohidrat untuk hidangan makanan anda. Serat yang tinggi memberikan kelebihan kepada ubi keledek iaitu "kualiti pembakaran perlahan" bermakna tenaga kalori mereka digunakan lebih perlahan-lahan dan cekap daripada karbohidrat rendah serat.

2) Untuk kesihatan jantung
Ubi keledek kaya dengan

  • Vitamin B6. Vitamin B6 penting untuk menguraikan bahan yang dipanggil homosistein yang boleh menyebabkan pengerasan arteri/saluran darah. Vitamin B6 membantu dalam menjaga dinding saluran darah fleksibel dan sihat yang membolehkan darah mengalir dengan bebas.
  • Potassium yang memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah dengan menghapuskan natrium yang berlebihan dan mengawal keseimbangan cecair dalam darah.  juga merupakan elektrolit penting yang membantu mengawal irama semula jadi jantung, dan mengekalkan fungsi normal otak dan sistem saraf pusat.


3) Kaya dengan beta-karotena
  • Beta-karotena atau vitamin A adalah antioksidan penting. Hanya dengan makan seketul ubi keledek bersaiz sederhana anda telah melengkapkan keperluan Vitamin A badan untuk sehari.
  • Vitamin A penting untuk pencegahan beberapa jenis kanser kerana ia adalah salah satu antioksidan yang paling kuat.
  • Beta-karotena melindungi kulit secara dalaman dari kerosakan sel oleh sinar UV akibat pancaran matahari dengan cara memesongkan pancaran matahari dan membaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh sinar UV yang berlebihan.
  • Vitamin A mempunyai khasiat untuk kesihatan mata dan pencegahan kehilangan penglihatan dan degenerasi makula kepada mata anda.
4) Sumber yang kaya dengan mangan (manganese)
Ubi keledek mengandungi mangan yang merupakan mineral surih yang jarang dibincangkan, yang mana mempunyai beberapa kelebihan kesihatan yang baik. 
  • Mangan adalah komponen penting dalam metabolisme karbohidrat. Ia membantu menyokong tahap gula yang sihat dalam darah. Ini membolehkan anda berasa kenyang selama berjam-jam berbanding dengan kepuasan sementara jika anda makan kebanyakan karbohidrat lain berbanding ubi keledek.
  • Mangan merupakan kofaktor enzim yang memainkan peranan penting dalam penjanaan tenaga serta penggunaan antioksidan yang cekap. 
  • Mangan digunakan untuk merawat anemia dan sebagai rawatan untuk beberapa gejala prahaid di kalangan wanita.


5) Kaya dengan vitamin C dan E
Ubi keledek juga kaya dengan vitamin C dan E. 
  • Ini adalah vitamin antioksidan yang kuat yang memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit dan usia yang panjang.
  • Vitamin C dan E memainkan peranan yang besar dalam kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut anda, menjadikannya makanan tambahan popular. 
  • Gabungan beta-karotena, vitamin E dan vitamin C dalam satu makanan membuat ubi keledek satu daripada "makanan kecantikan". Vitamin A. C & E semuanya menyumbang kepada, kulit berseri dan rambut yang bersinar.
Kongsikan 5 manfaat kesihatan utama ubi keledek ini dengan kenalan anda untuk mereka amalkan bersama anda. Klik like & share di bawah.