Saturday, 6 May 2017

Mulia Kita Kerana Agama

Soalan:-
Bang..betul ke dengan agama ni kita dimuliakan..?

Jawapan:-
Dik..karpet yang diletak kat masjid tu pun Allah dah muliakan..takde sape berani pakai kasut jalan atas die..walaupun karpet murah je dik..
Kalau sape pakai kasut jalan atas karpet masjid tu confirm kene kejar dengan parang dik..Sebab ape??Sebab karpet tu ade hubungan dengan agama Allah..

Cube adik pegi hotel 7 star..Karpet mahal tau dik..TAPI orang pijak2 je dik..
Sebab takde kemuliaan..Kalau jalan atas karpet tu tak pakai kasut confirm orang panggil "orang gile"..
Sebab ape?? Sebab karpet tu takde hubungan dengan agama Allah dik..

Karpet yang ade kena mengena dengan agama pun Allah muliakan dik..
Takkan manusia yang hidup taat kpd agama Allah jadi hina pula...

Bagus analogi ni...bagi senang semua paham...betapa mulianya kita ni kerana agama kita...islam Allah angkat darjat dan muliakan kita dengan agama yakni Islam. Jadi barang siapa yg mengambil selain dari Islam pasti dlm kehinaan........

Benar..👍🏻👍🏻👍🏻

Satu orang Kaya, jadi Mulia sebab Agamanya
Satu orang Miskin, jadi Mulia kerana Agamanya
Satu orang Kaya, akan jadi Hina jika dia meninggalkan Agamanya
Satu orang Miskin, akan jadi Hina jika dia meningglkan Agamanya

Allah letak Kemuliaan itu pada Agama seseorang,

Kalau Allah letak kemulian pada Harta, nescaya Qarun telah berjaya, tapi, seperti apa yang berlaku, Qarun binasa kerana dia meninggalkan Agama.

Kalau Allah letak kemulian pada Pangkat, nescaya Firaun telah berjaya, tapi, seperti apa yang berlaku, Firaun binasa kerana dia meninggalkan Agama

.....

Kemuliaan itu hanya ada dalam Agama !!!

No comments:

Post a Comment