Sunday, 7 May 2017

Di dunia ini semua orang hebat

Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada pertalian.

Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.

Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."

Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap.

Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"

Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.

Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.

Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.

Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.

Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.

Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram,sayang tetap begitu percaya padaku?"

Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula."

Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.

Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.

Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.

Setelah membaca cerita ini, jangan dibiarkan sepi sahaja, teruskan hantar kepada orang lain.
Anda akan ikut berbahagia apabila orang yang tadinya susah berhasil mengubah kehidupannya.

Lapan kalimat di bawah ini adalah intisari kehidupan :

1. *Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, biarpun diberi gunung emas tidak akan boleh merasakan kebahagiaan.*

2. *Orang yang tidak boleh bertolak-ansur, seberapa banyak pun temannya, akhirnya akan bersendirian.*

3. *Orang yang tidak tahu bersyukur, seberapa pintar sekalipun, tidak akan berjaya.*

4. *Orang yang tidak bertindak berlandaskan kenyataan, seberapa cerdas sekalipun; tidak akan tercapai cita-citanya.*

5. *Orang yang tidak mahu bekerjasama dengan orang lain, seberapa giat sekalipun kerjanya tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik.*

6. *Orang yang tidak mampu menyimpan, dapat rezeki terus pun; tidak akan boleh menjadi kaya.*

7. *Orang yang tidak mahu merasa puas (qanaah), seberapa kaya pun tidak akan bahagia.*

8. *Orang yang tidak menurut nasihat orangtua, sekalipun dia bekerja kuat; hidupnya tidak akan berkat.*

# Di dunia ini *TIDAK ADA ANAK NAKAL.*
# Di dunia ini *TIDAK ADA ANAK BODOH.*

*~Bro N*

No comments:

Post a Comment