*BERAPA UMURMU? SUDAH 50 TAHUN!*
Firman Allah SWT: *"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat."* *(Fathir 37)
Dapat difahamkan maksud ayat ini "...Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat..." dari sabda Nabi SAW: *"Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yang dipanjangkan ajal sehingga umur 50 tahun."* *(Bukhari)*
Ibn Abbas menafsirkan ayat yang tersebut yang bertepatan dengan hadis ini: *"Umur yang Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dalam firmanNya ini ialah 50 tahun."*
Al-Khattabi berkata: *"Maknanya orang yang Allah panjangkan umur sehingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran (alasan). Hal ini kerana umur 50 tahun merupakan umur yang dekat dengan kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap2 bertemu Allah."* *(Tafsir al-Qurthubi)*
Bagaimana manusia berumur 50 tahun masih lalai? Nabi SAW mengkhabarkan: *"Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan2."* *(Bukhari)*
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya: *"Bermakna sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Buat yang terbaik dalam usia berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu. Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!"*
Maka para ahli ilmu menasihati bagaimana menjalani umur yang sudah mencecah 50 tahun:
*🌿Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam perkara yang tidak ada manfaat untuk akhirat*
*🌿Jangan melampau dalam berhias, bersolek dan berpakaian*
*🌿Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal*
*🌿Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat*
*🌿Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian*
*🌿Banyakkan berdoa mengharapkan keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah*
*🌿Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada waktu pagi dan petang*
*🌿Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya*
*🌿Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta*
*🌿Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*
*🌿Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*
*🌿Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*
*🌿Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*
*🌿Bereskan segala hutang yang sedia ada dn jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain*
Semoga manfaat untuk semua walaupun anda belum lagi 50 tahun.
No comments:
Post a Comment