Tuesday, 16 May 2017

bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan

💦Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.

💦Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

💦Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

💦Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.

💦Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.

💦Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.

💦Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.

💦Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.

💦Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.

💦Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.

💦Cari guru, dan belajarlah al-Quran.

💦Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.

💦Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.

💦Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.

☘Ustaz Dusuki Abdul Rani.☘

No comments:

Post a Comment