Friday, 5 May 2017

Maksud Mimpi

"Asalam . Tumpang tanye ,ape maksud mimpi org yg dh mati dan belum mati tp mati dlm mmpi tu? Tiap tiap hari dpt mmpi burok ."
"Wslm... sebelum tidur ada amalkan sunnah sebelum tidur?"
"Jangan ceritakan soal mimpi dalam facebook.

Sama ada ia mimpi buruk atau baik. Bimbang kalau ia mimpi baik akan mengundang cemburu atau iri hati orang, kalau ia mimpi buruk memang ditegah daripada menceritakannya pada umum. Cuma jika mimpi itu diceritakan pd orang yg alim & tahu agama tidak mengapa utk mendapatkan nasihat mereka sahaja.

Usah dirisaukan sangat soal mimpi, benar. Adakalanya mimpi itu membawa maksud, tapi apakah semuanya membawa maksud & boleh ditakwil(ditafsir)?

Mimpi ada 3 jenis tau tak?
1/mimpi dr Allah iaitu mimpi2 baik
2/mimpi dr syaitan, mimpi2 buruk & aneh
3/mimpi pembawakan, iaitu mimpi yg datang daripada apa yg kita ingin, rasa, lihat, fikir atau idamkan sebelum tidur.

Imam nawawi dalam al azkar menyebut "jika baik mimpimu maka baiklah yg akan engkau dapat" insya Allah. "

No comments:

Post a Comment