adamcorrielee - Ramai yang mengadu pd saya
- adamcorrieleeRamai yang mengadu pd saya,
. "Saya tertekan, rasa nak lari saja dari dunia ni"
.
"Saya banyak hutang, anak-anak lapar nak makan .. ðŸ˜, saya nak lari tinggal dorang je la"
.
"Semua aku kena buat, aku ni kuli batak dorang ke.. baik aku blah mcm tu. Padan muka Dorang.."
.
Dari dalam rahim ibu lagi, kita tlh berjanji pd Allah akan menjadi HAMBA Nya yang melakukan segala perintahNya dan meninggalkan LaranganNya.
.
Setiap org akan melalui pelbagai ujian yang berbeza-beza. Kita rasa ujian kita sgt berat. Tugas kita sgt berat hingga kita sanggup campak ujian yang sebenarnya HADIAH dari ALLAH utk kita tanpa rasa serba salah dan lari tinggalkan HADIAH itu seperti tidak berharga.
.
HADIAH dari ALLAH tu.. bkn dari makhlukNya yang lemah.
Semua org ada masalah, cuma kita tak tahu sahaja.
.
Ada org tu, masalah dia lagi hebat dari kita.. tapi dia tidak menceritakannya kepada org lain. .
Dihdapan kita , dia senyum tp disebaliknya dia sedang menanggung beban 10kali ganda berat dari kemampuannya. .
Kenapa boleh jadi cam tu.. kerana dia yakin setiap ujian yang Allah berikan utk meningkatkan DARJAT dirinya di sisi ALLAH , sentiasa berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan.. berusaha menjadi yang terbaik dan bermanfaat utk masyarakat dan AGAMA. .
Kenapa perlu kita PUTUS ASA dgn RAHMAT ALLAH?
.
Seorang MUKMIN akan terus berjuang ... krn dunia ini tempat menuai pahala.. di akhirat kelak baru di hitung amal ibadat kita.
.
Rugilah kita asyik mengeluh .. melayan perkara remeh temeh dan melayan bisikan SYAITAN utk kita berputus asa melakukan kebaikan.
.
Saya bknlah ustaz..
Saya juga bknlah motivator..
tp bercakap berdasarkan pengalaman melalui saat-saat sukar, kecewa, hampir putus asa dan tertekan.
Tp syukur Saya temui cahaya kebenaran, cahaya harapan , CAHAYA kasih sayang / rahmat dari ALLAH.
.
Terus mengharap pada ALLAH
Bukan pada makhluk
.
Selamat Hari Buruh
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
.
#adamcorrie
#muhasabahdiri
No comments:
Post a Comment