Monday, 3 July 2017

Tutup lah Aib Orang

AIB ORANG BUKAN UNTUK JAJAAN

Kali ini saya ingin mengajak anda mengikuti kisah Abu Abdul Rahman Hatim bin Alwan, terkenal dengan gelar Al-Asham, seorang ulamak Khurasan, meninggal di Wasyjard, dekat kota Tarmidz, pada tahun 237 H (852 M),moga bermanfaat kerana pesan nabi bahawa ulamak itu pewaris nabi.

Suatu hari seorang wanita datang menemui Hatim bin Alwan Al-Asham untuk menanyakan suatu masalah. Ketika berada di hadapan beliau, wanita tersebut tiba-tiba terkentut agak kuat bunyinya hingga ia pun menjadi sangat malu kepada Hatim.
Untuk menjaga perasaan wanita itu, Hatim bin Alwan Al-Asham berpura-pura tuli dan berkata kepadanya:

"Tolong kuatkan suaramu jika bercakap kepadaku sebab aku tidak mendengar apa yang engkau ucapkan."Mendengar kata-kata Hatim, wanita itu merasa lega dan berkata dalam hatinya:
"Ia tentu tidak mendengan bunyi kentutku tadi."

Sejak ketika itu Hatim berpura-pura tuli dan mendapatkan julukan "Al-Asham (Si tuli)",hinggalah wanita itu meninggal 15 tahun kemudian.

Sebenarnya tidaklah begitu sukar bagi kita untuk menutup aib seseorang, akan tetapi manusia lebih suka membuka aib saudaranya daripada menutupinya. Dalam kisah di atas, demi menjaga kehormatan seorang wanita, Hatim bin Alwan Al-Asham rela berpura-pura tuli sepanjang wanita itu masih hidup. Seandainya Hatim menunjukkan bahwa dirinya mendengar kentut wanitu itu, tentunya ia akan merasa sangat malu dan tidak akan mendatangi beliau lagi.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa menutup aib saudaranya sesama Muslim, maka Allah menutup aibnya di hari kiamat kelak. Dan barang siapa membuka aib saudara muslimnya, maka Allah membuka aibnya hingga Allah akan membuka keburukannya tersebut di rumahnya sendiri." (HR Ibnu Majah dengan sandad Hasan)

"Dan barang siapa menutup aib seorang Muslim di dunia, maka Allah menutup aibnya di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong seseorang, selama orang itu mau menolong saudaranya." (HR Ahmad)

Kepada banyak orang,bercerita kisah orang lain yg menjadi bahan gelak, menjadi umpatan,kejian itu adalah sesuatu yg bagaikan garam dlm makanan,tak sedap kalau berbual tak bergelak ketawa,tak bercerita,tidak membawa berita yg dihiasi dg tokok tambah utk menyedapkannya.Ketika orang lain terasa malu,tersipu, ada orang membawa cerita aibnya utk popular,utk jadi bahan bersembang.

Kesalahan seseorang bukan untuk dijaja,tetapi carilah jalan penyelesaian,atau maafkan dan tamatkan disitu,bukan dicerita sana sini utk tujuan orang lain tahu.Walaupun kisah itu benar, tetapi ianya aib kpd seseorang,sebaiknya ditutup dan Allah memberi ganjaran yg sama suatu ketika bila kita juga terbuat perkara yg aib.Jika kita menangkap pencuri,hak kita hanyalah menyerah kpd pihak berkuasa menghukum jika kita tidak mahu memaafkan,bukan dijaja seantero dunia,dimalukan dlm fb seperti yg dibuat oleh seorang koperat kosmetik.Apakah kita ingin popular atas aib orang meskipun ia hanya seorang bibik,meskipun kita dipihak benar,apakah kerugian kita boleh ditebus dg menaibkan orang lain,apakah membuka aib sedemikian itu balasan hukuman yg diajar oleh Islam?

Bandingkan kisah Hatim dan pengorbanannya untuk menjaga aib seorang wanita dg diri kita.Mungkin kita tidak segigih Hatim,tetapi contohilah sekadar mampu demi mematuhi pesan nabi dan janji Allah.
Bercakaplah pada perkara baik sahaja mengenai seseorang,bukan aibnya.Hikmah mengapa kita selalu mendengar kisah orang alim orang bercerita kebaikannya sahaja adalah kerana aib mereka ditutup oleh Allah kerana mereka tidak membuka aib orang.Jika kita terasa mengapa orang suka bercerita keburukan kita,  cuba kita merenung diri,mungkin kita juga suka membuka aib orang,dan itu balasan yg kita terima seperti janji nabi ini.Jomlah kita jadi orang yg bercakap dan mengajak perkara kebaikan sahaja utk diri kita atau orang lain.

Wallahua"lam abdghaniharon

No comments:

Post a Comment