Saturday, 1 July 2017

Makna Bacaan Dalam Solat

As'salamualaikum dan minta maaf semua. Untuk perkongsian dan sama-sama ulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang dilakukan (ramai sebenarnya, termasuklah saya 😅). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita (saya dan kalian semua umat Islam) renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
_Allah Maha Besar._

*Doa Iftitah:*
_Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam._

*Al-Fatihah:*
_Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat._

Bacaan ketika
*rukuk:*
_Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya._

Bacaan ketika
*bangun dari rukuk:*
_Allah mendengar pujian orang yang memujinya._

Bacaan ketika
*iktidal:*
_Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian._

Bacaan ketika
*sujud:*
_Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya._

Bacaan ketika
*duduk di antara dua sujud:*
_Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku._

Bacaan ketika
*Tahiyat Awal:*
_Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad._

Bacaan ketika
*Tahiyat Akhir:*
_Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung._

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

*"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."*

■ Ertinya, tiga ayat di atas *Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.*

■ Ketika Kita mengucapkan _"AlhamdulillahiRabbil 'alamin"._

_Allah menjawab:_ *"Hamba-Ku telah memuji-Ku."*

■ Ketika kita mengucapkan _"Ar-Rahmanir-Rahim"._

_Allah menjawab:_ *"Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."*

■ Ketika kita mengucapkan _"Maliki yaumiddin"._

_Allah menjawab:_ *"Hamba-Ku memuja-Ku."*

■ Ketika kita mengucapkan _“Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”._

_Allah menjawab:_ *“Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”*

■ Ketika kita mengucapkan _“Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”_

_Allah menjawab:_ *“Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”* (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

*Sabda Rasulullah SAW*

```"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(Hadis Riwayat Muslim)```

No comments:

Post a Comment