MULAKAN LANGKAH MEMPERBAIKI DIRI
Tidak mengapa jika dipersalahkan kerana kita memang banyak salah.
Tidak mengapa disangka buruk kerana kita memang banyak keburukan.
Tidak mengapa jika dibenci kerana kita sendiri pun masih kuat membenci.
Disamping Allah tahu siapa kita...kita sendiri pun dapat mengagak siapa kita yang sebenarnya, sekiranya kita jujur dengan diri sendiri. Manusia hanya mengungkapkan apa yang tidak kita sukai kerana keegoan diri.
Ingatlah wahai diri,
Permulaan jalan mujahadah untuk menjadi manusia yang baik itu adalah tidak merasa diri lebih baik daripada manusia lain.
SUDAH BAIKKAH SAYA
"Sudah Baikkah saya" Jika saya sudah solat 5 waktu tepat pada waktunya?
"Sudah Baikkah saya" Jika saya telah mengerjakan haji & umrah beberapa kali?
"Sudah Baikkah saya" Jika saya telah bersedekah setiap hari?
"Sudah Baikkah saya" Jika hari-hari saya buat dakwah, memberi nasihat dan tegur orang lain yang berbuat salah?.
"Sudah Baik kah saya" Jika sudah pakai jubah, dan menutup aurat dengan sempurna?.
"Sudah Baik kah saya" Jika setiap malam solat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir?.
"Sudah Baikkah saya" Jika setiap hari saya ke masjid atau surau utk solat & menambah ilmu.
"Sudah baikkah saya"
Jika setiap saat saya menolong orang lain?.
Al-Quran, surah An-Najm ayat 32:
فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى
"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa
Aisyah (ra) ditanya orang "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "yaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "yaitu orang yang merasa dirinya buruk".
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letakkan diri kita dalam keadaan :
"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah".
"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik".
Wujudkan KEIKHLASAN hindari IRI & DENGKI
Selalu mengharapkan REDHO ALLAH
Latih diri agar selalu TAWADHU jauhkan dari penyakit UJUB & TAKABBUR
Selalu perbaiki diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang
Hanya Allah yang akan terus memberi kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.
#pesananuntukdirisendiri
No comments:
Post a Comment